NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Selasa, 25 Oktober 2011

Taman Burung Kuala Lumpur - Part 1


















Lepas berpanas-panasan dekat Tugu Negara kami bergerak ke KL Bird Park. ..Bayaran masuk RM15.00 utk dewasa (with myKad). Kanak-kanak RM10.00. 





Suka tengok family ni......


Menghayati Sejarah Negara - Part 2



















Korang tau dak pasal sejarah Tugu Negara ni................mesti ramai yg tak tahukan....so akak nak share la sikit info mengenai sejarah ni.

Sumber : Berita Harian Online

Lima patung-patung gangsa itu setiap satunya tingginya 15 meter. Setiap satu berdiri di atas tubuh musuh-mush yang mati digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas komunis ( 1941-1945), dan di zaman daurat (1948-1961), di mana pengganas komunis (Bintang Tiga) mengganas secara gerila dengan menyerang dan memusnahkan kepentingan-kepentingan British di Tanah Melayu.
Mengikut Sejarah, Tunku Abd.Rahman telah mendapat ilham untuk membina Tugu Negara ini semasa mengadakan Lawatan Rasmi Ke Amerika Syarikat pada tahun 1961. Dalam lawatan tersebut, Tunku Abd.Rahman telah berpeluang dan diberi penghormatan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat, untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat, iaitu Tugu Pahlawan Iwojima.

Apabila Tunku Abd.Rahman, pulang ke tanah air, beliau telah mengarahkan pelan untuk membina Tugu Negara yang serupa dengan menyesuaikan bentuk pasukan bercirikan Pasukan Askar Melayu.

Sebuah kawasan di Jalan Parlimen, yang tidak jauh dari kediaman rasmi Tunku telah dipilih untuk membina tugu gangsa ini.

Menjelang tahun 1963, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta ringgit telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk derma dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Seorang pengukir bangsa Itali telah dihubungi, yang bernama Filex De Weldon, telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja mengukir patung-patung gangsa ini.
Filex De Weldon, mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan empat patung manusia berdiri, dan beberapa patung yang menyerupai patung yang terlentang dan tertirap. Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).





















Ahad, 16 Oktober 2011

Menghayati Sejarah Negara


















Baru-baru ni kami seke;uarga meluangkan masa melawat Tugu Negara Malaysia. Lokasi dekat Jln Parlimen. Setelah hampir 12 tahun menetap di Selangor, baru ni lah tergerak hati nak melihat sendiri Tugu Negara. Kami tiba jam 10 pagi...pada hari ahad. Suasana agak sibuk dengan kehadiran bas-bas pelancong.





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...