NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Khamis, 20 September 2012

Senibina Yang Awsome Kat Colmar Tropicale


Akak mmg suka betul tengok bangunan-bangunan yg cantik.. Kalau dekat Colmare Tropicale ni mmg superb...dengan rekabentuk dan gabungan warna yg sangat2 sweeeetttt..So u all layan la gambar yg cantik ni...Terasa diri ini berada di kota Peranchis..nak pergi sana tak berapa nak mampu lagi...so ambik mood dulu la kat sini ye...









Gambar-gambar yg gojes ini hasil drp CINCIN KAWIN FOTOGRAFI. Sekiranya ada yg berminat untuk mendapatkan pakej-pakej menarik bolehlah hubungi ownernya 0126359842 (shah).

Cuti Hujung Minggu Di Colmare Tropicale


Pin..Pin..Pon..Pon...nak p mana hujung2 minggu ...Jom kita ke 
Colmare Tropicale Bukit Tinggi.
 Yahooooo !!!!

Perjalanan 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur...Dekat kan...So boring-boring dah tak tau nak p mana jom ikut akak. Sebelum masuk bayar tiket dulu ....Ok fine...

Entrance : RM12.00 (Adult)
RM8.00 (Kid)
Rabbit Park : RM3.00






Colmar Tropicale ni dibina ala-ala perkampungan Peranchis. Direka berasaskan perkampungan Colmar di Alsace, France pada abad ke-16. Colmar Tropical dibangunkan oleh Berjaya Hill cukup terkenal dengan bangunan-bangunan dan suasananya yang

 betul-betul terasa seperti berada di Eropah.


Sangat..sangat...sangat ...cantik..u all. Kalau dah datang sini mmg tak sah la kalau tak ambik gambar. Gambar-gambar yg gedevas ni semua my hubby yg tangkap...
Cantik kan !!!!

If ada yang berminat untuk abadikan moment-moment spt perkahwinan, potret, harijadi or saja suka-suka untuk koleksi peribadi bolehlah hubungi shah (0126359842) drp





Swan yg menjadi tumpuan klu dah sampai kat sini..Ada dua ekoq...satu lagi warna putih...Dua2 comeiiii...Tapi garang boleh tahan...Pelahap pulak tu....Habis roti aku...konon beli pasai nak save budget... Jangan tak tau  air tin pun RM6.00 kat atas ni... Habih dah konon dok Peranchis hambik la....


Tuan blog pun nak gelemer jugak...Tgh belakon la tu...takdan nak in mood dah kena snap..Hampeh betui!!!! Oklah dari takdak.



Isnin, 17 September 2012

Kenape saya pilih ATKIN ?????????



Kenape akak pilih Atkin ??? Takut nak jawab mcm soalan peksa STPM la pulak.. Setelah dua tahun dok kaji dok baca dok review mcm2 pasal spesis diet ni...dan pernah cuba pun masa tahun pertama tu ..hasilnya tak jadi sebab tak tahan daulat. 

Malahan dah melambak testimoni2 yg berjaya dgn cara diet ni tp akak yg masih kelembapan tahap gaban dgn style diet ni. Semuanya berpunca hanya satu tak leh tahan klu makan nasi...hmmmmm



Akhirnya dengan  tekad dan semangat membara Januari 2012 akak pun mulalah dengan diet ni...tapi masa tu  tak ikut secara detail lagi takut kanoti sekali lagi. Akak cuma tukar cara pemakanan yg selama ni penuh dengan menu nasi. Biar lambat asal selamat kan....Dah letih la dengan badan gemuk ni....Duit habis dengan beli ubat diet jagan cerita la..Klu kumpul2 mau beriban-riban rasanya. Oklah nnti akak sambung utk next entri....bubaiiiii....

Cerita Atkins


Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
*Induction sekurang kurangnye 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la...kalau banyak nak turun,lame la induction ok?

Induction ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak asas kepade diet ini...tak buat induction,sori,gemuk la smpai bebile...huhu...

Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat...tapi percaye cakap aku,korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire...jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet...huhu..:D

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..
Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan 

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !


InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...fuyoh! 
Sumber SAYA NAK KURUS

Khamis, 6 September 2012

Apa yang ada di Muzium Tentera Darat






Sebagai satu lagi produk dan tarikan pelancong Muzium Tentera  sewajarnya menjadi  pusat sumber ilmu dan rujukan kepada generasi akan datang dlm mendekatkan diri kepada bidang ketenteraan khususnya dalam cabang tentera darat. Tabik tuan !!!!





Sekitar Muzium Tentera Darat




Ammar yg benar2 teruja melawat Muzium Tentera..Tambah lagi berpeluang masuk dalam keretapi yg dia tak pernah naik pun. Budak-budak sekarang kalau tanya LRT...MRT dia tahu la...tren pra sejarah mcm ni mana la depa tau kan..So ini satu pendedahan cukup baik ...So bawaklah anak-anak anda datang ke muzium ini. Tak payah bayar pun. Masuk FREE aka PERCUMA.




Sementara itu, pengunjung yg datang ke muzium ini juga memaparkan suasana kesultanan Melayu Melaka, di mana wilayah itu suatu ketika pernah digelar "Venice Timur" berikutan hubungan jalan laut yg popular di era perdagangan antara Timur dan Barat.

Ia juga menjadi titik pertemuan budaya Melayu, Cina , India, Arab, Portugis, Belanda dan Inggeris. Antara yg menarik di dalam Muzium Tentera Darat ini ialah penjelajahan yang merasakan seolah-olah anda berada di era mereka.


Aku anak tentera..bangganya !!! Muzium Tentera Darat


Sebaik melangkah kaki di Muzium Tentera Port Dickson...terasa bangganya akak menjadi sebahagian daripada keluarga tentera. Lokasi tak jauh dari Pantai Port Dickson. 

Alamat :
Muzium Tentera Darat
Kem Si Rusa
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

GPS Koordinat :2° 29'47.64N 101° 50'52.31E

Pengunjung akan disajikan kisah perjuangan, keringat,darah,nyawa dan air mata ATM. Pastinya tidak akan membuatkan sesiapa pun merasa bosan ketika menyingkap kembali pelbagai khazanah, artifak, koleksi dan peralatan ketenteraan.
Semua yang dipamerkan di muzium ini merupakan saksi sebuah perjuangan demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini. Ini adalah ikon sektor pelancongan yang baru, sebuah muzium yang menceritakan segala-galanya perjuangan tentera darat.




Gambar credit to my hubby CINCINKAWIN FOTOGRAFI. Kalau uols berminat utk foto-foto pic kahwin, family boleh call 0126359842 (shah).




Bermain- main pasir...







Berkelah Di Pantai Yang Indah


Tetiba rasa nak g piknik pulak....En. Hubby buat kalut last minit..Tapi trip kali ni kami p dua family. Baru syok p ramai2 kan. So kami decided nak masak. Pagi2 dah bertolak nak berebut tempat la konon dgn parking. Gambar kredit pada my hubby from CINCINKAWIN FOTOGRAFI. Kalau ada yg berminat nak abadikan gambar kawin, tunang. family boleh lah call 0126359842 (shah). 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...