NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Sabtu, 5 Oktober 2013

Outstanding Color Emarald Green


Emarald Green ada beran ??????? Color yg superb bagi aku. Lambang keberanian. 













Isnin, 30 September 2013

Klong Ngae aka Krongngek - Syurga Bundle

Salam...salam tak jawab dosa..jawab dapat pahala..PEACE

Entri tertunda lagi. Patutnya aku up n3 ni dulu baru n3 Songkhla. Takpa la suka hati mak bapak sudah. Baca sama gak kan. Hari kejadian hari Sabtu. Hari yang ditunggu coz kami nak p pasar bundle yang gila besaq kat selatan Thailand. Dah lama kami tak p. Coz kekangan masa...tudia ayat...ada kangkang kangkang pulak skema la sangat.

Lokasi KHLONG NGAE tapi local utara panggil KOKNGEK..terok betui punya tonasi.
Terletak tak jauh dari sempadan bukit kayu hitam. Aku rasa perjalanan lebih kurang setengah jam shj. Nampak sign board kat bawah ni ada simpang 3 belok kanan. 
Dalam 5 minit pun takdak aku rasa dah sampai. Kedudukan pasar sebelah kiri jalan.
Seropa macam pasar malam la jugak tapi takdak la payung kaler maler macam pasar malam kat Malaysia ni. 




Dok dalam kebun getah lagi. Pilihan pakaian dan kasut bundle adalah sangat banyak ok!!! Mampuih penin.  



Peminat-peminat barang-barang army mmg ni la syurganya. Aku lupa nak snap satu gerai tu jual baju dgn seluar army untuk kanak-kanak. Gilo's cantik. Cantik sampai aku tak beli. Pilih punya pilih sekali semua tak muat. 



Nak kata pa banyak2 lagu ni. Shawl/Pashmina bundle semua ada. Aku beli wide shawl chiffon 2 helai rm5 ja. 


Handbag/Sling bang/Backpack segala tok nenek beg bundle pun ada. Jangan risau. Siapkan ongkos sahaja. Aku tengok  sekarang depa dah pandai boh harga berbanding 10 tahun dulu. Dah pandai letak harga ikut value barang.  Dah la duit Malaysia murah la ni. Hampeh betui.


Ni tempat paling lama my lucky lepak. Aku sampai lenguh pungkoq dok tunggu. Nak jalan sorang karang tah kemana2 cari aku tak jumpa. Bukan ada signal henpon Umobile pun tang ni. So adalah lebih baik aku tunggu sebelum masing2 naik hangin fire keluaq api kot mulut. 



Kasut lagi dan lagi. Ekceli baru 40 minit kami dok ronda hujan turun gila lebat. Baru  tapau 2 line. Banyak lagi lorong tak dan nak usha. Maka berteduhlah kami di bawah khemah-khemah bundle. Sambil tu leh la usha2 baju. 



Belungguk seluaq jeans setan baq hang.




Ni sebelah area pasar basah dan kering. Banyak la sayur-sayuran, ikan-ikanan, udang-udangan..hi hi hi...syok pulak tambah2 imbuhan. Pasar ni clear aku tak nampak sebarang jualan terbuka vavi. Kalau ada aku dah muntah hijau.




Setakat ni ja xpdc kami. Terpaksa berlari-lari anak keluaq pasai hujan tak nmpk tanda2 nak berenti. Atas faktor-faktor nak menjaga keselamatan kumira (kamera) takut kena ayaaq hujan. Banyak lagi tak dan explore. Len kali kita mai lagi.

-BUBAI-

Sabtu, 28 September 2013

Pantai Samila, Songkla, Thailand


Ni episod aku berhari raya di Thailand...Habih umah dah kat Malaysia kita p raya kita sambung kat seberang sana pulak. Kot kot ada kuih raya lemang sebatang. Kebetulan border pass pun ngam2 dah nak xpired. Tapi sayang (#nada kena nyanyi2 sikit) so boring this trip. Sebabnya jem woooooooo. 


Tujuan utama kali ni kami nak p Floating Market. Berpuluh kali dah masuk Hadyai 
(ok aku tipu) berbelas kali yang ni betul. Teringin betul nak minum dalam kole2 tembikar tu. Tapi sebelah petang baru depa start menega so kita lajak p ronda-ronda cuci mata kat Songkhla dulu.

Jarak Songkhla dari Hatyai lebih kurang 33km. Kalau jalan clear elok setengah jam dah sampai kot kalau my lucky drive. Takde la jauh sangat. 




Attraction Place In Songkhla
1. Mermaid Statue
2. Songkhla Zoo
3. Songkhla Aquarium
4. Songkhla National Museum

Kalau bersekempatan ampa bolehlah melawat tempat-tempat di atas. Daripada desas desus yamg aku dengaq zoo di Songkhla ni lebih menarik drp Zoo Negara. Konsep drive tru yang mana ampa boleh drive sendiri utk melihat sendiri haiwan2 kat dalam tu. Sound good.  Sejauh mana kebenaran aku pun tak pasti coz aku sendiri pun tak berkesempatan nak p terjah lagi. Insyaallah suatu hari nanti kita sama-sama p na.



Alhamdullilah hgpa nampak kot orang tengah bersolat. Walaupun sedang bersuka-ria tapi solat tetap diutamakan. Walau di mana saja.




My lucky dah tak keruan bila tengok souvenir2 dari tin coke. Haruslah dia rembattt..
Tapikan ampa ...sob..sob...ampa jangan beli tau tang ni. Mahai sebenaqnya.
 Musibat betui.. Kalau nak beli ...beli ja kat penjaja tepi2 pantai tu. Harga beza sangat...Jebon betui. 






Aku nak jugak tangkap gambaq lentok2 kat mak duyung ni. Tapi ampa tengok la bila la turn aku nak sampai. Kalau aku jadi mak duyung tu mmg aku loncat ja masuk dlm ayaq balik. Serabut perut. Drp aku nk tunggu bek aku blah ja...MMg takdak harapan la klu sorang ja nak pose sampai 4-5 keping. 
So destinasi kami seterusnya Floating Market.
JUMPA DI SANA>>DI SANA

Jumaat, 6 September 2013

GUESS Inspired Ladies Watch

Salam ..

Ada satu lagi jam tangan wanita aku nak pomot. Cantik giler. Sekali lagi diulangi bukan ORIGINAL. Tapi sangat berbaloi untuk dimiliki. Menjadi pilihan bakal-bakal pengantin untuk buat hantaran. Jualan yang boom semasa musim raya. So apa tunggu lagi ambik henpon terus call/sms 0182540744 (shah)
whatapp 0182272108 


GUESS Inspired Ladies Watch
Gred A
Price : RM70 (include postage)
S&S RM75







Louis Vuitton Inspired Ladies Watch

Salam ...


Ada yang berminat dengan jam tangan LV tak?. Bukan original la der. Tak mampu den nak pakai. Sesekali berlagak cun dengan inspired LV apa salahnyakan. Tu pun dah kembang kempis hidung rasa segak. Kalau nak buat hantaran nikah or tunang sangatla vogue the vas. Hasil survey aku dekat website obersea kalau original S239 (USD).
 So hgpa convert la sendiri dalam RM.Kalau dekat butik kat Malaysia lagi melampau reganya coz dah include tax bagai.
 Ok la sapa-sapa yang berminat nak pakai bolehlah contact/sms 0182540744 (shah)


Louis Vuitton Inspired Ladies Watch
Gred AAA
Price : RM180.00 (include postage)
Sabah Srwk add RM5.00
Come With Box
Material : Ceramic Not Stainless Steel

FB : JAM TANGAN 1 MALAYSIA








Khamis, 5 September 2013

Open House 2013 #Air Takdak

Salam Syawal....




Baca tajuk air takdak mesti dah rasa nak tention kan? 
Aku lagi la tention. Hangpa bayang la aku buat tengah masak utk open house tetiba dengaq announcement suruh simpan ayaq. Kalau ampa kat tempat aku apa ampa rasa. Dengan dekat umah aku dah sebok masak macam kenduri kendara. Jiran2 tetangga tengah sebok tolong prepare majlis esoknya. Aku rasa macam nak naik atas katil masuk dalam selimut busuk aku duduk diam-diam. Tapi aku tawakal ja la apa nak jadi majlis harus diteruskan. Bukan umah aku ja sebahagian besaq umah2 kat negeri Selangor ni takdak ayaq kes minyak Diesel tumpah dalam sungai Selangor. Masa ni la korang nak buang minyak la apa la takleh skip sat ka.   
Open house kali ni aku rasa banyak betul dugaan. Lepas balik cuti raya aku kena selsema, batuk, sakit tekak. Sepakej sekali sampai 10 hari. Sehari sebelum pulak aku kena cirit birit sakit perut ya amat. Pagi-pagi lepas p beli ayam aku terus sarung stokin makan ubat terus masuk dalam selimut. Tapi kekdah nya aku tak leh nak lena dok pikiaq pasai ayam 12 ekor tak setel lagi. Adoiiiiii...camno ni..


Tengah2 aku mengeram kawan aku sms tanya ada keja dak nak buat. Dia tengah free. Alhamdullilah terima kasih Tuhan masih lagi mengasihani hambamu yang tak berdaya ni. Jiran-jiran aku sebelah pagi ni semua keja. So tak dapat la no tolong. Depa free sebelah petang ke malam. So by hook or crook aku kena la setel ayam tu dgn bantuan Kak Ila. Luv u cayang. 


Kawan aku dah bawak air garam utk aku minum. Dengan harapan aku get well dgn cepat. Tapi bila dah buat keja aku dah lupa pasai sakit perut. Lupa nak habaq mai menu aku utk open house MerdekaRaya pada 31 Ogos 2013. Aku bajet masak untuk 120 orang makan. Mengalah masak katering.

Nasi Jagung
Ayam Masak Merah
Pajeri Nenas
Hati/Pedal Masak Rempah (Tak Sempat Masak Air Takdak)
Nasi Impit
Kuah Kacang Kerang
Kek Coklat
Kek Alunan Kasih
Bubur Pulut Hitam (Tak Sempat Masak Air Takdak)
Kuih Raya
Air Sirap 

Alhamdullilah majlis berjalan dengan sempurna walaupun ayaq takdak. Sob..sob...Segala kekurangan semasa majlis tuan tanah mohon ampun dan maaf. Terima kasih pada BFF Sazalina dan Norazilah yang bertungkus lumus sepanjang majlis. Tak lupa jugak jiran2 lain yg datang menbantu. TIma kasih banyak2. 






Takut tengok periuk aku. Setakat nak kenduri bertunang memang lepas ni


Peserta pertama ehhh tetamu pertama yg sampai. Cik Sue jauh ni dari Labu Negeri Sembilan. Classmate aku masa Form4/5. Dah dekat 20 yrs tak jumpa. Tq Sue sudi bertandang ke teratak cik puan ni. 





Semua kengkawan lama sudi mai umah cheq. Thank you sangat2. Yang tak dijemput tu bukan tak kawan terpaksa panggil tuju2 ja nak menyeimbangkan jumlah semua tetamu. Ni pun aku dah masak untuk 120 orang makan, Kalau panggil semua mau pasang khemah rasanya ta muat umah  tangga.





My sweet kazen Kak Long and Mona. Kak Long ni wartawan Majalah Laman. 


Jiran-jiran yang malu-malu kucung. Asal aku usung kamera semua muka nak masuk dalam pinggan nasi. 


Kawan-kawan sekolah my lucky. Yang cun melecun segak nak mampos tu Liza model ok. Umur dah 39 badan macam anak dara 23 tahun.


Ada dua family yang datang daripada Melaka. 
Terima kasih sangat sudi datang dari jauh.






Last tetamu balik pukul 10 malam. Nak basuh2 pun tak boleh air takdak. Final majlis tuan tanah pengsan bukan sebab penat ...tapi melungguk periuk belanga pinggan mangkuk pending tak boleh nak settle. Kemas2 apa yg patut ja. Tapi syukur alhamdullilah majlis berakhir dengan selamat.
 AMIN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...