NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Ahad, 31 Mac 2013

Travelog Pulau Pangkor- Bila dah masuk pulau tak sah la tak ronda-ronda

Salam adik manis.....

First day dekat Pulau Pangkor lepas lunch yg sedap dekat chalet kami decide nak p 
ronda-ronda pulau. Maka terisi la masa kami yg penting anak-anak pun seronok kan. Bincang-bincang kami ambik 3 van. Satu van utk island tour RM80 untuk 3 jam. Kami ambik trip pukul 4 ptg smp 7 ptg. FYI Pulau Pangkor ni bukan la luas mana. Kalau tawaf satu pusingan dalam 20km je kata pemandu pelancong kami. 

Pemandu teksi kat sini aku rasa depa semua dah hafal sejarah Pulau Pangkor ni. Depa dah merangkap pemandu pelancong. Sambil memandu depa akan cerita apa saja sepanjang perjalanaan.... Yang tourist kat belakang ngangguk2 tanda paham (oooooo)...Paham ke idok anak2. Balik nnti kalau cikgu suruh buat karangan hgpa tak tau siapppppp. 


Ni la ropanya van yg angkut angkatan-angkatan semboyan kami. Pinky van. I likeeee



Tu kawan akak Izah.....love you so much fren. Apa yg dia dok kalut tengok tak tau la. 


Suasana dalam van kecoh dgn bebudak dua ni..Abg Ammar n Echa. Bebudak len semua ikut van satu lagi. Tinggal mak-mak yg posing-posing dalam van.



Muka merelit masing-masing


Ni perusahaan buat bot. Uncle van habaq depa ni buat bot takdak plan punya. 
Pakai hati ja...Tabik la!!!!


.






Model sotong kering







                              Pit stop pertama (Dah mcm amazing race pulak pitstop bagai)
Kilang Satay Fish. Segala jenis hasil laut yg dah jadi jajan tu ada jual kat sini. 
Harga ??? 
Rasa lebih kurang ja mana-mana tempat. Takdak la murah mana pun mai beli kat kilang ni. 



Ok mak-mak anak-anak cukup sudah....Times Up !!!!!
 Baru satu kedai dah shoping bagai dah.. 

 Anak akak lagi la bnyk2 benda dalam ni dia tak beli. 
Mama ....ammar nak beli ni boleh tak ???? Key chain lampu.....adoiiiii. Anak oiiiii awat  dekat kelumpo takdak ka. Hg nak suluh apa?. Last beli jugak ok . Dah berjangkit pulak dgn budak Echa ...beli la jugak mummy pasai abg ammar dah beli kena ada sama. satg berebut pulak.



Okey 2nd pitstop Taman Fu Lin Kong dimana terdapatnya replika tembok besar cina. Mak tak kuasa la nak p rabat naik posing2 bagai nun kat atas sana. So menikmati keindahan kot bawah ja la. Tengok2 ikan... 



Untuk warga-warga emas mcm akak ni layan je la ikan2 kat dalam kolam ni, Nak naik tembok cina sakit lutut. 



Mak….Mak…..Ikan kaloi,

Timbullah Bawang Merah datang,

Nasi melukut sayur keladi,

Untuk mak makan di petang hari.







My BFF with 2 little kids (Echa and Muaz)

Dan lagi my BFF shelly with hubby and cik siti wan kembang yg banyak akai.


Anak-anak bersukaria smp tak ingat masa nak balik. Dah..dah tahun depan pulak kita mai pulka bagi penuh tabung ayam dulu. Satg van tinggai kita menapak pulak. Lepas semua org dah masuk van guide bawa ronda-ronda lagi. Tengok pekan cina, perkampungan nelayan melayu. Rasa kecik sangat masyarakat kat sini. Rasa damai sangat berbanding kehidupan kami dekat KL. Yang sangat menyerabutkan. Tapi nak buat mcm mana kat sini la tempat kami sekeluarga cari makan. Redha ja la. 


Our last pitstop Kota Belanda dan Batu Bersurat at Telok Gadong. 
(Ishhh sat melayu sat omputih) suka hati  hg la nak tulih apa pun dah blog hg kan....
Nak cerita pasai sejarah kota ni panjang la sangat n3 ni nanti so ampa baca la sendiri no kat sini Sejarah Kota Belanda




Cuba tengok budak dua2 org tu....Tak lari tak boleh ka...Ingat ada show sarkas ka kat atas tu. Suka hati la anak asalkan hepy. Akak dah tak larat bontot nak cari tempat dok saja. 



Alamak abg ammar naik meriam....muaz kata tak leh jadi....penat dah kawat satu kubu dgn mummy and daddy. Nak naikk jugakkkkkkkk



Finally yeayyyyyy dapat naik ......Uncle kata dok depan sikit...nak naik jugakkkk ....


Senyum ja la yg mampu ku berikan....Mood dah ting tong..letihh smlm tidoq pukul 3 pagi membaking kek untuk anak2 makan. 


Sebelum balik chalet pitstop terakhir aktiviti bebasss....askar2 semua berpecah...akak bawak dua2 org budak ni yg dari tadi asyik lapar nak makan. Aunty Irah dah beli burger sorang satu. So hgpa makan diam2. Dah order ayaq teh ais utk abg ammar milo ais kurang ais dekat Echa. Akak pulak p order ketam goreng harga RM7 sekoq....rasa kurang sedap....padan muka aku. Makan dgn penuh penyesalan....Bebudak duaorg tu muka eksen makan burger sambil tengok sunset.


Nampak ???? layan habih. Mak yg dari tadi makan tak senang kehulu kelhilir bawak kamera cap ayam nak boh dalam blog. Very the mak ni. Tapi seriusly akak suka view kat sini...so calm n cantik. Aunty Zarirah kena balik bilik pasai lenguh kaki dok berkawat dgn muaz.
 So dia ketinggalan menyaksikan matahari terbenam..  Hi...hi..hi....ayat berlagak. 





Tetiba.....mama..mama tengok tengok.....Apadia pulak dah ampa ni....
Ada burung kat atas pokok. 
Apa masalahnya dgn burung ......Burung ni dulu kita pernah tengok dekat zoo negara kan. 

%$#@*^@ ?????  Sian anak aku. Nampak sangat  anak-anak dok pekan beza dgn anak-anak dok kg. Sampai burung pun tengok kat zoo... Takpa la anak layan la dulu burung enggang ni sebelum kita menapak balik bilik.







Travelog Pulau Pangkor- Pangkor D'Amor - Pangkor Inn Chalet

Alhamdullilah syukur sangat2 akhirnya akak dapat jugak geder2 dgn kawan- kawan lama. Hgpa bayangkan tengok ada dekat 19 tahun tak jumpa. Mmmg sadis habis. Plan  nak buat mini reunion ni bermula Setember 2012. Setelah dok bincang bermuzakarah kami semua decide nak p Pulau Pangkoq pasai dok tengah2..Pertembungan antara Kedah dgn Kay Ell.  So fair and square. Cuti sekolah semester pertama Mac 2013 kami pilih utk buat trip ni. 

Akak dilantik jadi organizer utk trip ni. Bermulalah episod menggoggle dan memblogwalking sana sini. (Rosak bahasa adik2 jgn dok ikut na) Survey sana sini nak cari chalet yg meletopssss tapi murahhhhhhh. Finally kami decide nak dok Pangkor Inn Chalet, Teluk Nipah. Aku dgn ZA my BFF yg pilih chalet ni pasai dok bekenan tgk swimming pool yg comei lote.Hgpa mesti nak tengok camna ropa chalet ni kan ???? 


Ni kaunter reception...jgn la nak expect 5 star pulak....

Ni chalet akak depan sekali senang nak terjun dalam kolam


Ni swimming pool AKA tolam tecikkkkk....gambaq sebelum anak2 berkubang


Ni pulak baru sebahagian kecil masuk berkubang.....gambaq final akak tak yah show off  pasaipa ...tak yah TANYA. Yang kat atas tu pokok buah anggur. Nasib baik takdak buah tidak habih bebudak ni kerjakan.....


Ni pulak tempat makan



PANGKOR INN CHALET
PAKEJ 2 HARI 1 MALAM
Kandungan Pakej ini,

1. Penginapan di bilik berhawa dingin dan dilengkapi TV
2. Penginapan berdasarkan perkongsian 4 orang sebilik ( Family diberi 1 bilik )
3. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang penginapan.
4. Karaoke percuma selama 1 Jam

Harga untuk dewasa : Rm 65 seorang
Harga untuk kanak2: Rm 35 seorang

***Kanak kanak ialah 4 hingga 12 tahun
***Kanak kanak dibawah 4 tahun adalah percuma.

Tambahan kepada pakej ini (pilihan)
1. Pengangkutan dari Lumut (Fery) ke Chalet (Teksi) pergibalik = Rm20 seorang
2. BBQ = Rm15 seorang
3. Snookerling = Rm15 seorang
4. Karaoke = Rm50 sejam
5. Lawatan mengelilingi pulau dengan Teksi (2 jam) = Rm10 seorang

***Kanak kanak separuh harga dewasa


Contact Person : En. Mashoor 
Lot 4444, Teluk Nipah, 32300, Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Tel / Fax : 05 6855330, H/P : 017 4673477 URL : www.pulaupangkor.biz

E-mail to:- manshor@pulaupangkor.biz


Dalam bilik ada satu queen bed

TV Flat Screen (Takde masa nak tengok pun- nak tengok TV baik dok umah)



Satu lemari baju dgn xtra mattress                      Toilet pun bersih. Alhamdullilah





Ni masa kami buat BBQ. Akak rasa sangat puas hati variasi makanan dengan harga yg kami bayaq. Harga untuk dewasa = RM15.00 dan anak2 separuh harga.

Menu
Nasi Goreng
Tom Yam
Ikan 3 jenis
Ayam
Sotong
Kerang
Air Asam
Buah
Air

Sangat2 murah dan berbaloi...makan sampai muntah nak habaq maiiiiii/.......Akak memang high recomended la chalet ni klu ampa nak bercuti kat Pulau Pangkor ni. Tuan chalet ni pun sangat ramah dan baik. Senang deal dgn dia. Insyaallah panjang umur kami akan datang ke sini lagi....




Jumaat, 15 Mac 2013

Canopy Walk FRIM Kepong

Lepas dah makan nasi kandaq lemak pun dah berkole-koleh (korang paham ka) buat2 paham p la. Jom kita pakat p JUNGLE TRACKING. Kat mana ?????? Dekat ja tak yah p jauh2  Semuanya ada dsini..hmmm
Ini bukan kali pertama akak tracking tapi kali ke-3. Macam lah champion sangatkan.So apa dok tunggu jom kita explore apa yang ada di FRIM Kepong. Ha....ada yg tak tau apa menatang FRIM tu...ishhh.ishhh


FRIM ada lah singkatan drp Forest Research Institution Malaysia

Sedikit Info Canopy Walk

Terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong dengan ketinggian 300 meter dari aras laut, titian yang menjadi tarikan utama ini telah dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna. Laluan silara sepanjang 150 meter ini digantung dari pokok ke pokok dengan ketinggian 30 meter dari aras tanah.

Sistem titian dan pelantar ini akan memberikan pengalaman yang istimewa untuk pengunjung merasai dan menikmati pemandangan panorama di dalam hutan dan persekitara Kuala Lumpur dari jarak jauh.

Titian silara dibuka kepada orang ramai dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Pendaftaran terakhir ialah pada jam 1.30 petang. Ia ditutup pada hari Isnin dan Jumaat. Tempahan awal dan belian tiket perlu dibuat di FRIM One Stop Centre.

Waktu operasi adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa (titian silara akan ditutup apabila hari hujan dan akan dibuka semula dalam tempoh 2 jam selepas hujan berhenti dan keadaan cuaca adalah baik.

Pertanyaan:

Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM

03-62797592 atau 03-62797649

Harga tiket:
RM10.00 (Bukan Warganegara)
RM5.00 (Warganegara)
RM3.00 (Pelajar 13 tahun dan ke atas – perlu menunjukkan kad pengenalan pelajar)
RM1.00 (Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah)



Tiket beli disini ok Kedai Cenderamata

Ok dah beli tiket ....sila mulakan perjalanan anda menyusuri hutan yg indah ....ciptaan Tuhan. 


Ok kita dah sampai....bukan sampai puncak lagi......sabaq..baru sampai starting point pendakian ja....so tingkatkan stamina..minumlah 100 plus...



Naik lagi kak oiiiii....Penat nak mampuih...nak kata tobat dak jugak...


Percubaan pertama..muka confident.

ehhhh....tak mau tak mau gayatttttttttt








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...