NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Selasa, 30 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC




Kerusi yang menjadi saksi bahawasanya aku menunggu sampai kebas punggung. Lokasi kejadian ruang legar PWTC depan CIMB Bank. Salam...salam semua rakan bloggers hari ni nak buat entri pasai
 PESTA BUKU ANTARABANGSA lagi. Selepas dah berjanji setia aku dengan BFF nak p terjah pesta buku secara berjemaah.
 Plan tak mau p waktu weekend satg buku tak nampak kepala orang yang penuh. Walaweiiiii hari isnin ketika pukul 9 pagi orang dah ramai merenyutt. Banyak grup dan rombongan budak2 sekolah yg mai sebelah pagi. 


Lokasi pertama kami terjah publisher Karya Seni terletak di Bilik Melaka. Semua novel yang best2 giler. Fren-fren aku semua dah mula melaboq duit tang sini. Kawan-kawan aku ni  memang hantu novel.  Sek bek aku tak terasuk sama.




Cer tengok masing-masing dah seropa orang meroyan pun ada. Semua depa nak beli. Aku pun hampir nak meroyan jugak tengok novel2 tu tapi kontrol cun  ja la. Zaman dah berubah aku lebih terarah dengan majalah2 fesyen dan perkahwinan. Sesuai la dgn kerjaya aku ok !!!!  


Pa..dia la yang lawak sangat si shelly tu , Bukan beli majalah UJANG pun...Lawak Kampus pun bukan.. yang gelak tak mau mau tu. Konpius aku !!!!


Ok cukup-cukup sudah p beratoqq..bayaq..banyak lagi booth len nak p. Hasil hunting mak-mak budak ni novel :

My Precious Iris karya Melur Jelita
I Love You Stupid karya Melur Jelita
Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah


Shelly


Asmiza


Zila


Beralih ke Dewan Tun Hussein Onn pulak ada himpunan buku-buku terbitan PTS Publication. Kat sini penyertaan drp Embassy Of Saudi Arabia pun ada. Pak arab hensem2 oiiiii




Booth ni kalau aku bawak Ammar mau rebeh bahu aku dengan RM. Semua dia nak angkut. Hasil rembatan aku dua buku ni je la for my son. Dia memang peminat tegar Lawak Kampus and komik seangkatannya. Sebab nak menerapkan minat membaca dari kecik kita sokong ja la anak-anak kita kan.



Kawan-kawan aku kat mana? Tu cuba ampa temgok dah tenggelam dengan orang. Gigih mencari buku. Zila yang rembat kat booth ni kalau tak silap aku booth terbitan Jemari Seni. 


Ohhhh I'm in love dengan deretan2 novel remaja ni. Kalau p Pustaka Rakyat kat Sg Buloh usha2 jugak. Kenape ?? Sebab tertaksub dengan cover buku yang super cun da cute. Opkos banyak tema PINKY. Kebanyakan hasil karya 
Ain  Maisarah memang sangat berbakat. Ni la rupa wajah penulis novel remaja. Comei tak kak ton ?????





Wowww....best tengok TAJUK. wink wink....Gabungan pink dan pepel memang sentiasa SERASI BERSAMA.
 Mak-mak dah penuh soping novel. Sekarang time beli novel anak-anak remaja la pulak. Semua nak beli oiiiii semua buku comei.


Ada ka sapa2 nak ambik jadi model mak-mak budak ni. Aku siap sedia menjadi manager.


Beralih ke tingkat seterusnya As dah mengadu lapaq. Hmm kami semua dah bedai makan awai2 lagi. So singgah sat minum-minum kat cafe di ruang legar tingkat satu. Mekasih shelly sebab belanja kami. 







Sebelum makan posing dulu. Makan sandwich dok berejam. Sek bek tak kena halau. Dah la bising sembang gelak sembang gelak. Tu la rutin kami bila jumpa. Sesungguhnya hari ni sangat best dan akan mencatat satu lagi kenangan manis antara kami..hu..hu.hu...







Ni la novel hasil rembatan kengkawan aku. Jumpa lagi tahun depan di
Pesta Buku Antarabangsa 2014. Sesiapa yg belum berkunjung masih ada masa sehingga 5 May 2013 bersamaan tarikh hari Pembuangan Undi bagi seluruh rakyat Malaysia.
Kami takdak kena mengena dengan mana-mana parti politik ok. Warna adalah secara kebetulan. 
 Jom kita ke agenda seterusnya...WINDOW SHOPPING !!!!!





Ahad, 21 April 2013

Demam GWIYOMI pulakkkk...

GWIYOMI...GYIMOMI

Aku ingat menatang apa la GWIYOMI ni...Rupanya tajuk lagu. Kalau aku search rasanya beribu keluaq pasai lagu ni kat you tube. Untuk tak menambahkan kerunsingan dan nampak sangat aku ni ketinggalan zaman so aku cari la info. 

Xceli penyanyi sebenar lagu ni adalah Hari bukan pasaraya Hari-Hari ok. Berasal dari Korea. K-Pop la weiii...baru ja dilancarkan pada 18 Febuari 2013. Baru ja la...Tapi virus lagu ni merebak mak aiiiiii cepat betuiii..Tu la penangan K-Pop. 


Memula aku tengok video ni sebenaqnya aku dah suka. Hi..hi...aku ni pun peminat K-Pop. Walaupun dah agak menjelang nak KERTU..
Kelasss kau !!!! Sebenarnya lagu ni berasakan tarian gestur tangan. Tu yg jari terlompat-lompat macam rabbit pun ada. 


Tarian lagu ni dicipta oleh brader K-Pop kat bawah ni. 
Rapper K-Pop terkenal Jung II Hoon


Tapi banyak-banyak video kat you tube aku suka layan video adik comel ni. Sangat ayu dan comel gitu. Ni aku rasa Gwiyomi Malaysia terbaik dan tercomel setakat ni.


Lirik yang sangat comel. Apsal aku tergedik-gedik sangat dengan Gwiyomi ni ha...nak hafal lirik segala. Sekarang target aku kan mk  hafal doa sunat dhuha. Bertabahlah wahai hati dengan semua dugaan dunia ni Ya ALLAH. Semoga dipermudahkan segalanya. AMIN.

Tapi aku tak sabaq jugak nak tunggu video parody GWIYOMI BOBO.  Hi..hi..hi..mesti comel n lawak giler as usual. 


Ali Rojak Dan Cendol Puncak Alam

Yuhu..yuhu...salam semua...


Cuaca kan tengah hot la ni. Dok dalam umah pun mcm dalam oven. Jom p cari angin sikit. Kita pekena cendoi baik punya. 

Ali Rojak Dan Cendol
Lokasi : Fasa 1 Puncak Alam, sebelum roundbout, Puncak Alam

Lokasi ni dekat dengan UiTM Puncak Alam. Banyak student dok mai lepak pekena rojak apa lebih korang. Petang-petang mmg penuh la orang tang sini. Tapi nak makan punya pasai tunggu ja la kan meja kosong. Toksah dok komplen sangat. Aku suka makan tang ni pasai dok bawah pokok banyak angin. Sebelum order sampai perut pun dah kembong masuk angin. 
Rojak dia sedap coz kuah tak berapa manis sangat. Juz nice. Cendoi pun sedap secukup rasa. Ni kira tekak aku la. Tekak ampa mana aku nak tau kan. 





Sebelah cendoi ada char ko tiaw dengan coconut shake. Gerai baru bukak rasanya. Last aku mai takdak pun.
 Nanti kita cuba mai try test tengok.  


Budak ni tengah  rajin terlebih. Tengah ambik kursus drawing. Apa ja yang lalu semua dia nak lukih. 


Ni la rupa cendoinya. Terliuqqqq dak ??? Harga RM1.70 




Ni aku punya rojak pasemboq harga RM3.50 


Ni my lucky punya Mee Goreng Mamak harga RM3.50

Secara keseluruhan bagi aku sedap la makan kat sini. Boleh pomot kat kengkawan makan. 

Nak Bagi Berapa Bintang : ***

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Festival 2013


Halooo...haloooo.....assalamualaikum...

Last  day baru nak terhegeh-hegeh pergi tengok Hot Air Ballon Festival. Ekceli ni pestime kami p. Dah nk masuk edisi ke-5. Tapi petang tu seluruh KL/Selangor hujan lebat menggila. Ingat dah nak jem dah program. Alhamdullilah hujan reda. So kami pun bedesuppp smp Putrajaya. Masa tu semua belon baru nak di naikkan semula. Memang wrong timing this year. Tak dapat la nak tengok belon2 yg gojes. Padan muka sapa suruh pegi lambat. 
Nak rasa naik belon? Jauh sekali la event pun dah nak habis. 

So tinggal la acara saki baki untuk tatapan kami. Tapi org tetap ramai gila. Tercangak-cangak aku nak tengok belon pun. Ni je la antara gambar yg sempat  laki aku snap.





Tak boleh naik belon masuk dalam belon pun nak jugakkkkk..
Bayaq ni bukan FREE. Sorang RM2 hengget kalau tak salah aku.
 Punya la panjang kami Q. It's my TURN pulak nak posing. Shuhh..Shuh..


Ampa tengok semua poyo-poyo ja ambik gambaq. Pastu ada org potong stim. Kak masa dah cukup ye. Ok tima kasih.



Beralih ke acara seterusnya.
 Ni yang anak aku tergedik-gedik sangat nak mai (datang). Nak wall climbing. Ramai jugak budak2 tunggu giliran. 
Harga sekali panjat RM15.00 Fuhhhhh !!!! Sek bek anak sorang. Mau anak lima semua nak panjat. Balik pakai spender la mak ni. Tu baru satu ada mcm2 lagi  dok ada aktiviti.










Sekian entri aku kali ini coz otak sengkak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...