NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Sabtu, 11 Oktober 2014

Kem Cuti Sekolah - Kem Pra Tahfiz Dan Ihtifal 2013

Salam readers..


Dah hampir setahun aku peram entri yang sangat penting ni. Bila belek-belek folder banyak lagi yang belum di blog. Terutama entri yang patut dishare kepada umum. 
Penghujung November tahun lepas 2013 aku decided nak hantar Ammar pegi ke kem Tahfiz. Beberapa bulan jugak aku dok survey kat alam maya kem mana yang sesuai dan harga yang agak berpatutan. 
Setelah meneliti beberapa kem di sekitar Sg. Petani dan Alor Setar aku decide nak hantar dia ke Institut Tahfiz Al-Madiah, Permaipura, Bedong Kedah. Lokasi sangat hanpir dengan umah family aku di kampung. Aku pun takdak la nak rasa susah hati sangat.
Tujuan hantaq Ammar aku nak sangat dia bergaul dengan masyarakat kat luar dan belajar hidup berdikari. Mungkin satu hari nanti mudah dia untuk tinggal jauh di asrama. Selain daripada dia dapat belajar ilmu Al-Quran dan sembahyang dengan lebih sempurna. Di bawah bimbingan ustaz-ustaz yang berpengalaman.



Lokasi terletak di dalam kawasan  Permaipura Golf Country Club. 

Lot 28030 Jalan Permaipura 5
08100 Bedong
Kedah
 013 - 4088820
Ust Idrus Ahmad (Pengetua)



Pinjam flyer tahun 2012. Tapi modulnya sama.



Baru nak bertolak. Kesian anak mama muka perut kecut ja. Dalam hati tu takut ja. Tapi menten cool. Sebab pertama kali nak berpisah dengan mama. 



 Sessi suai kenal dan penerangan kepada ibu bapa. Kami dihidangkan dengan merdunya irama qasidah daripada anak-anak tahfiz.




Muka suci ja anak mama. Alhamdullilah


Asrama pelajar lelaki. 





_____________________________________________________


Terima kasih Ustaz Idrus kerana sudi datang satu bas bawak pelajar-pelajar Tahfiz semasa majlis perkahwinan pakciknya Ammar. Semua tetamu kami terpana masa ni dengan kehadiran anak-anak tahfiz. Seronok dapat jamu depa makan sedap-sedap. 




Ustaz tak kisah pun makan ramai-ramai kat bawah ni sebab kerusi dah penuh dekat khemah. Alhamdullilah sejuk tengok anak-anak ni. 




Anak-anak Tahfiz tak lepas peluang menikmati desert di Candy Buffet. 


Doa selamat untuk majlis khatam quran Ammar Syazani. Terima kasih maktok dan uncle jai kerna sponser makanan hari ni. Seronok jiran-jiran pun datang gotong royong. Sama-sama makan.




Bumbu bihun goreng


Kari Ayam


Preparation of pulut kuning


Uncle Jai hantar ke Pusat Tahfiz





-----------------------------------------------------------------------------------------



















Ahad, 21 September 2014

Klong Hae Floating Market, Hadyai

Salam readers....

Kalau ke Hatyai rasanya tak p melawat Floating Market macam tak lengkap la kot. Merupakan produk pelancongan Hatyai yang sangat terkenal sebagai syurga makanan. Sebelum p make sure kosongkan perut dulu. Kalau dak rugi mampuihhh tak leh nak rasa aneka jenis makanan yang sedappp. 

Ni merupakan pertama kali aku sampai ke Hatyai Floating Market. Susah jugak memula nak cari. Tapi petua nak sampai ke sana mesti lalu dekat Big C lama. Big C pun ada dua dalam pekan Hatyai tu satu Big C Extra dan satu lagi mall yang lama. 

Kalau yang tak biasa dengan  jalan dalam town Hatyai better sewa ja Tuk Tuk. Dalam setengah jam cam tu dah boleh sampai. Range harga depa charge THB400-THB500. Bergantung pada nasib la dapat harga murah or mahal. Pandai-pandai la bargain. Caj tu adalah untuk perjalanan pergi dan balik. Depa akan bagi masa dalam 2-3 jam atas budi bicara. Kalau lambat baliklah jalan kaki.

Masa dibuka jam 4 petang sehingga 9 malam. Jangan nak gatai p awai. 

Apa yang unik dan bestnya kat sini peniaga-peniaga menggunakan sampan untuk urusan pembelian. Order,  masak dan bayar semua dibuat kat atas sampan. 





Ni Big C Extra.



Kami dah nak sampai. Cuti sekolah jalan pun macam siput la. 



Jalan nak masuk ke Floating Market. Jem ooooo





Jambatan under construction. Orang macam semut.



Sibuta mencari rezeki





Konsep minuman kat sini. Lepas minum boleh bawak balik terus bekas-bekas seramik.
Ada macam-macam karakter karton yang comel-comel boleh la hgpa pilih.



Meqemut (ramai gila) orang. Aku tak suka keadaan macam ni. Tak selesa nak makan. Nak beli pun tak selesa berebut-rebut. Aku takut tertungging masuk dalam sungai tu ja. Apa pun tak boleh. Macam-macam dah dlm kepala aku ni dok pikiaq. Mau ramai-ramai ni jeti ni reban (roboh) camna ? Mintak la dijauhkan.


I pilih minum dalam buluh. Harga semua sama THB20 (RM2)





Telor puyuh. Tak try pun



Duit kasi masuk dalam. 


Pau warna warni


Jelly Kelapa. Tergedik nak beli makan tak habih. Sebab manis sangat. Bedesing kepala. Tapi rasa sedap la. Kalau boleh kurangkan gula ye kak lepas ni. 




Sorang satu kole. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...