NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Sabtu, 11 Oktober 2014

Kem Cuti Sekolah - Kem Pra Tahfiz Dan Ihtifal 2013

Salam readers..


Dah hampir setahun aku peram entri yang sangat penting ni. Bila belek-belek folder banyak lagi yang belum di blog. Terutama entri yang patut dishare kepada umum. 
Penghujung November tahun lepas 2013 aku decided nak hantar Ammar pegi ke kem Tahfiz. Beberapa bulan jugak aku dok survey kat alam maya kem mana yang sesuai dan harga yang agak berpatutan. 
Setelah meneliti beberapa kem di sekitar Sg. Petani dan Alor Setar aku decide nak hantar dia ke Institut Tahfiz Al-Madiah, Permaipura, Bedong Kedah. Lokasi sangat hanpir dengan umah family aku di kampung. Aku pun takdak la nak rasa susah hati sangat.
Tujuan hantaq Ammar aku nak sangat dia bergaul dengan masyarakat kat luar dan belajar hidup berdikari. Mungkin satu hari nanti mudah dia untuk tinggal jauh di asrama. Selain daripada dia dapat belajar ilmu Al-Quran dan sembahyang dengan lebih sempurna. Di bawah bimbingan ustaz-ustaz yang berpengalaman.



Lokasi terletak di dalam kawasan  Permaipura Golf Country Club. 

Lot 28030 Jalan Permaipura 5
08100 Bedong
Kedah
 013 - 4088820
Ust Idrus Ahmad (Pengetua)



Pinjam flyer tahun 2012. Tapi modulnya sama.



Baru nak bertolak. Kesian anak mama muka perut kecut ja. Dalam hati tu takut ja. Tapi menten cool. Sebab pertama kali nak berpisah dengan mama. 



 Sessi suai kenal dan penerangan kepada ibu bapa. Kami dihidangkan dengan merdunya irama qasidah daripada anak-anak tahfiz.




Muka suci ja anak mama. Alhamdullilah


Asrama pelajar lelaki. 





_____________________________________________________


Terima kasih Ustaz Idrus kerana sudi datang satu bas bawak pelajar-pelajar Tahfiz semasa majlis perkahwinan pakciknya Ammar. Semua tetamu kami terpana masa ni dengan kehadiran anak-anak tahfiz. Seronok dapat jamu depa makan sedap-sedap. 




Ustaz tak kisah pun makan ramai-ramai kat bawah ni sebab kerusi dah penuh dekat khemah. Alhamdullilah sejuk tengok anak-anak ni. 




Anak-anak Tahfiz tak lepas peluang menikmati desert di Candy Buffet. 


Doa selamat untuk majlis khatam quran Ammar Syazani. Terima kasih maktok dan uncle jai kerna sponser makanan hari ni. Seronok jiran-jiran pun datang gotong royong. Sama-sama makan.




Bumbu bihun goreng


Kari Ayam


Preparation of pulut kuning


Uncle Jai hantar ke Pusat Tahfiz





-----------------------------------------------------------------------------------------



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...