NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Jumaat, 27 Februari 2015

Pasar Pagi Klong Ngae vs Songkhla Bike Week 2015

Salam readers...

Dah lama tak menulis...rindu jugak la kat blog sendiri, Bila tengok rating makin tinggi  terutama posting travelog rasa semangat jugak nk mula  balik. Bab bab gugel nk p berjalan cukup rating no. Sama la macam aku pun nak p mana kena la research dulu, Time zaman sekolah dulu malas pulak nak bukak buku nk research pasai benda hat belajaq. Banyak sebenaqnya entri nak share... penuh dlm henpon aku gambaq.
 Mai la kita setat balik merapu kat blog. 

Story aku ni pasai Songkhla Bike Week 2015. Jangan hgpa jgn heran pulak aku ni bukan la awek moto besaq ala Fauziah Latiff tu. Tapi cek suka dgn Kak G. Tapi zaman muda dolu dolu ada gak la terinvolve. Ni trip sekadar di pinggiran. Trip menyokong padu minat en en somi. 

Trip ni biasa la dengan bff  aku  Inilah Kala Kala. Angkut semua kenit kenit secara berjemaah. Kami plan nk check in kat Danok malam tu. Smp border dah pukui 10 lebih malam pun org masih ramai hokayyy.. Penuh juga dengan abam abam superbike. 
Hencemnya...kui kui kui.. Sebelum masuk border kami p tukaq duit baht dulu. Hgpa tau la time ni det Malaysia jatuh tersungkoq di pasaran. Dengan dengan aku rasa nk tersungkoq depan konter. Dah 16 tahun aku dok p balik Siam seropa kampong halaman  sendiqi ni the worst nilai duit. Rugi banyak ooooo. Tukaq RM500 dah rugi det bayaq hotel aku. (Nak qeyau). 


Kadar Tukaran Baht Sehingga 31 Januari 2015

Lepas dah setel cop border pass kami p makan dulu. Daging bakaq dok menari nari dah depan mata aku ni. Anak anak dari tadi lapaq ...lapaq..lapaq...terutama mek echa.



Gambar sumber gugel

Kalau dah masok Danok signature dish Daging Bakar wajib makan. Tapi aku conpius bab harga. Tahun lepas bulan Ogos aku makan harga RM6 sepinggan. Latest aku makan harga dah jadi RM10 sepinggan tapi gerai yg berbeza line yg sama.
 Ahkak kena pau ka ni...Gerammmmnya...Makan kali ni memang harga tak logik betui. Lenkali kalau hgpa p makan tnya harga berapa dulu baru order. Dah masuk perut aku malas nk sakit jiwa lupakan ja la lenkali aku beringat.
Kap Kun Kap Kap Kun Kap aku yg kena serkap.



Aku lupa nk story aku beli sim kad Thailand. Senang aku nk eksen dekat grup wasap Classy Lady aku . Kik Kik Kik..Saja aku nak bikin panas kat depa. 
Atas suggestion Ira aku pakai Telco AIS. 
Harga sim RM10 + Top Up RM10 + Upah Register RM5 = RM25.00
Jimat gila pakai sim depa ni. Aku pakai non stop upload gambaq belambak dok laju lagi. Kalau aku topup RM10 Umobile ni brp jam dah setel kredit aku. Mau kata upload pix melambak-lambak lagi la sakan. SIm AIS  siap leh  layan mahajalawak lagi kat hotel malam tu. 

Aku pendekkan kan cerita p check in hotel..bla bla..bla...tidoq ...Kringgg !!!!! Jam dah bunyi pukul 5 pagi waktu Thailand. Awaikan kami bangun...Lepas dah  siap segala kami cargas check out pukul 7 pagi terus p bekfest . 


Pukul 6 lebih waktu Thailand dah cerah. 

Dari tingkap hotel




Bekfest roti canai super sedap dekat gerai akak siam ni. 


Abg Ammar and Muaz with bekfest  botoi susu.


 Seawal pagi dah mula keluar mencari rezeki.


Buah-buahan


Bangun awai check out awai bukan pa kami nak ligan masa p Klong Ngae. Ada pasar pagi best tang ni. Wajib p kalau weekend. Kalau sampai lambat compom panas lit lit ai is penin. Tengok unty Ira dah siap ready pakai cap. Awai lagi pun dah rasa bahang panas. Budak dorang ni tang mana berenti ada ja xtvt. Orang main sep sep bom bom bom depa main versi baru punya segala burger, amerika , aiskrim semua ada dlm lirik. 







Ron ron kat pasar pagi dulu sebelum ke Songkla. Geram betui la tengok barang kat sini. Dok tahan iman ja aku ni. Semua yg korang korang and hampa hampa tengok ni barang bundle ya. Bukan new item. Tapi kategori bundle yg superb lawa. Handbag Gucci or LV original pun ada. Ketaq jugak la nk bayaq bukan 20-30 henggget. Tapi angka ratus ya. Kalau new dah tentu ribu riban harga di butik.

R

Budak echa ni semua dia nk hangkut. Koleksi purse purse, make-up pouch dan seangkatan dengannya semua RM5 sajo. Bukan kata echa unty pun pegang letak pegang letak semua come. Mummy buat jalan laju-laju malas nk layan mek ni.




Amacam tengok kasut bundle budak ??? Rasa nk gila separuh mati dak...KikKikKik...Comei ya amat. 


Sneaker Converse..saiz kaki cinderella takdak la pulak ...Haishhhh bikin panas



THB150 lebih kurang bersamaan dgn RM17. Jenuh tukaq kasut oiii..High heel ..platform shoes kasut kasut sewaktu dengannya boleh dpt RM17 sajo. Ni harga satu . Kalau beli banyak ada less lagi tau. 



Enterprem gambaq tuan tanah dgn kawan dia





Unty dgn laling tengah cari sneakers utk tuan tanah. Kasut tinggai yg tak brp best dah. Yang best tak dak size la pulak. Akhirnya dapat la jugak seketoi sneakers Nike biru muda RM30. 




Pasar ni jugak adalah syurga mainan 2nd hand. Semua branded ok. Barbie, Transformers, Lego, soft toys etc. Bamyak sngt kalau nk senarai. 


Budak kecik ni dah dapat jajan menan dia. Dapat Bumble Bee siap boleh shakappp..puas tawaq menawaq siam tu lepas la THB500. Lepas dah lenguh kaki pusing kami deret ke Hatyai utk lunch dulu. Lapaq gila dah rasa ni. Modai pagi roti canai sekepin mana la nk cukup. 

Setel bab makan kami terus ke Pantai Samila, Songkhla  lokasi Bike Week. Perjalanan lebih kurang dlm stgh jam shj. Sepanjang perjalanan dari border mmg penuh la konvoi konvoi moto. Macam macam jenih macam macam paten ada. Best la jugak layan.



Vrooommmm...vrooommmm sampai dah. 
Bukan dengan dua tayar tapi dgn 4 tayar.
Layan dulu na pix pix port baik org dok selpie termasuk la aku. Kena tunggu turn tau sek bek tak kena tiket. 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...