NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Sabtu, 1 Ogos 2015

Trip Bajet Hatyai 2015 - Pergembaraan Bersama KTM

Penampilan khas tuan belog bersama kawan sebackpakers. 

Tadaaaa !!!!!! Assalamualaikummmm....


Lama sangat dh tak menulis. Atas pemintaan kawan kawan kita tulis gak la buat kenangan abadi. First sekali bila tengok pix kat folder haku rasa nk pitam muntah ijo semua ada. Tak tau nk select pix mana satu. Kang aku tak tempek kat blog muka depa kata pilih kasih. Acaner nak start ayat ha .... (ketuk ketuk pen dulu)

Tahun lepas genk pengembaraan bertigo. Sekarang dah tinggal duo. So trip ni bermula dgn perjalanan aku dgn elly naik bas dari stesen Jalan Duta ke Sg Petani . Ooo lupa nak habaq trip ni pengembaraan mak mak ke Hatyai, Thailand. Kang hgpa ingat mak mak ni nak p trip Pasar Kemboja pulak. Oh..no no.no. Di short cut kan cerita aku kebaih juboq gila dok atas bas. Naik bas pukui 730 mlm smp 4 pagi apa ceqita. Gila ada xcident dekat Terowong Menora jem berejam smp kaki pun nak krem. Tapi alhamdullilah kami selamat sampai. Tumpang check in sat Homestay Zon Kenanga. Rehat lena seron dulu dah nk kena gerak p stesen ketapi. Bestnyerrrr tak sabaq sungguh.


Selamat pagi Kedah....lambai lambai sikit. Cantik stesen baru KTM . Pagaq pun tak bukak lagi sila duduk duduk dulu dan bawa bertenang. Ok dah jumpa baki geng pengembaraan ke Hatyai kami. 8 orang semuanya. Yati dan Azah akan naik dari stesen Alor Star. Muka muka seqonok tak tau nak habaq. Cik Yah awat bebeh mulut .





Muka muka sesuci lebaran di pagi hari Azura, Zila and Anarita.


Keretapi sampai tepat pada masanya. Moh le kiter naik.





Macam macam xtvt leh buat kan dalam ketapi. Almaklumla coach Senandung Langkawi bukan naik ETS lajuuuuu. Ada yang bukak kelas makeup ada pulak yg menjuai shawl utk beraksi cantik di Hatyai nnti.
 (kih..kih..kih..tangan atas pala mata kasi juling sikit)



Sssyyyyyyhh tangan tempayan dah tido masa ni. Peribahasa baqu aku cipta khas untuk mereka yg cepat sangat pecah rahsia di media sosial. Sekarang tempayan tak pakai mulut lagi tau dah bertukar ke tangan pulak. (Jgn mare elly ku sayang)
Seperais tak menjadi dlm ketapi kat Mesia rahsia trip ni dah bocor dekat pesbuk. 


Tren dah sampai Alor Staq masa ni. haku pun dah lupa ingatan pukui brp sampai masa ni. Tu Azah org Kola Kedah. Dia tak sedaq aku snap gambaq dia. Perjalanan diteruskan menuju ke Perlis. Dah nampak permandangan indah sekitar negeri Perlis. 



Kami dah sampai border stesen ketapi Padang Besar. Kena q dulu utk cop border/passport dekat Imigresen Malaysia. Proses cepat ja don wory.


Lepas tu depa akan edarkan Arrival dan Departure Card. Kena isi complete dulu. Lepas tu q pulak dekat bahagian Imigresen Thailand. 
Utk information kawan kawan yang pertama kali ke Thailand melalui pintu masuk stesen keretapi Padang Besar dokumen penting  yang diperlukan adalah
(1) Border Pass/International Passport
(2) ETA/Departure Card
(3) RM1
(4) Senyum dengan ikhlas bila muka di scan


Selepas dah settle urusan dokumentasi boleh la pegi mentedarah ke hape dulu sebab proses nak tukaq kepala ketapi Siam adalah sangat mengambik masa ya. Daripada sejam boleh membawak sampai ke dua jam. Dekat atas tu ada kafe leh la menjamu perut yg kruk kruk tobat tak makan apa lagi pepagi buta. Kami mengoder ayaq saja coz mak mak kan mestila bawak bekai. Lupa la pulak snap pix bekai bekai mak mak ni.Tima kasih la kawan kawan baik ku menaja bekfes pagi tu. Aku opkos la bawak peyut selambak ja. Menu roti dgn sambai ikan bilih maveles by Zila. Anari menseponcer kek kek yg gebu gebas.

Dah kenyang turunla para mak mak gojes ni tunggu kat bawah. Dari sejam membawak ke bermenet menet lebih ni. 
Masa dihabiskan dengan berselpie dan berwefie duluan yukk.







Setiap cerok depa begambaq. Dasat genk mak mak ni. 


Siap caj hengpong lagi. 


Times up ketapi nak gerak semula menuju bandar Hatyai. Dan lagi tu dok bersnappy. Haishhh



Kira kira matahari terpacak atas pala kami pun sampai ke stesen ketapi Hatyai. Selepas perjalanan yg sangat slow gila dari Padang Besaq. Aku rasa kalau aku joging pun sama sampai degan ketapi Siam ni. Bertabah ja la asalkan selamat sampai. 
Yang aku seperais bila ketapi nak sampai penuh ulat ulat tiket meloncat naik atas ketapi. Mak aiiii tanjat boboi. Semua mencari pelancong pelancong yang nak ke Krabi or Phuket. Yang hazabedahnya dah turun ketapi takde la ko nak mimpi dalam stesen ekon macam kat Mesia tu. Siap kena langkah langkah berapa line landasan lagi. Satu pengalaman menarik ai suka walaupun letih beg ai berat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...