NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Selasa, 17 November 2015

Trip Bajet Hatyai 2015 - Menternak Lemak Di Floating Market


Bangunan stesen keretapi Hatyai (masih rare)


Sampaila kami geng mak mak ke bandar Hatyai dengan selamat. Alhamdullilah. Terima kasih Tuhan kerana mempermudahkan urusan kami. Walaupun kami dah peringkat umuq mak mak dan akan bertukar status 40an tahun depan tapi tak bermakna kita tak leh meneruskan minat dan ikatan persahabatan kan. Sesibuk manapun..kita perlu ada masa untuk diri sendiri. 
Seterusnya misi mencari pengangkutan ke hotel. Konsep kali ni kita terjah ja... Kak Tie kata kami seropa pelarian Rohingya. Tut tut nak ke hotel memang belambak ya ..Deal ja bagi kena harga. Kami masuk sekali jalan semua satu tut tut hambekkk. 
tu yang seropa pelarian dah rupa. 

Destinasi kami ke Hotel Pink Lady. Target nak check in kat situ harga murah dan dok tengah tengah port makan dan soping. Tapi segala yg kita rancang x semestinya menjadi kan. Sedih ..sedih..sedih...Hotel leh penuh.. why ? why? why? 
Weekend ja kot.. sapa yang mengkongker semua bilik ni ? Oook org mesia jugak. sila sila makcik..nk soping jugak kan. Kami mengalah dan beralah dulu.
(Jalan sambe heqet kaki)

Kemana dan dimana nak tido malam ni....kesat kesat hinguih kat baju...Kami jalan dulu usha line. Tengkuk tengkuk zirafah dan kura kura menjelajah setiap sign board hotel bajet. Nahhh !!!! ada jom kita terjah nampak nama macam best. Tak jauh pun jalan sebelah belakang Lee Garden saja. Anak anak kura semua folo jommmm. 
Alhamdullilah bilik kosong belambak baq hang. Rega pun muqah dari Pink Lady Hotel. Kami checkin di Hotel Indra rate dalam THB600 utk bilik macam pix kat bawah.



Tu kira happy la tu 

Kami rehat chill chill dulu solat mandi manda segarkan badan balik. Perut  jangan habaq la zirapah tu rasa x cukup kalau nk ratah. Lapaqqq. tapi aku tak bagi depa ni makan sebab target nak p Floating Market. Kejam aiii...



Akhirnya dapat la jugak tangkap gambaq berlapan dalam tut tut. Perasan dak pasepa nmpk mak mak ni pakai pinky pinky gitu. Pengembaraan mak mak ni bertema sebenaqnya. Wajib pakai kala pink on first day. Time lain suka hati hgpa la nak pakai qona apa pun. Idea sapa aku dah lupa. 

Tuk tuk ka tut tut tetiba konpiusing. Kami deal dgn abang tuk tuk ni dekat depan depan Lee Garden. Trip p balik dalam 2 jam lebih kurang THB500. Kami pujuk pujuk la bagi extend 3 jam. Berkat baju pink manis manis abam tuk tuk sebulat suara bersetuju memberi masa kecederaan selama satu jam lagi. Hoyehhhh !!!! (ciken dance sikit)


Sawadeekappp welcome to Thailand


Kita tinggai jejak king kong dulu kat sini...




Shuh shuhh elly... jangan nak enteprem sangat na. Ai pun nak tinggai jejak king kong atas jambatan ni. 


Pix kami tak pernah sempurna. Kena la ada sorang volunteer snap gambaq.




Dialoq Busuk
Zura : Yo !! Yo !! Kakak gangsta Sg Dua dah mari.
Cik Yah : Lihatlah dunia 
Yatie : Awat yg tak tahwan sangat hgpa ni



Weeeekkkk !!!!




Cakkkk !!!! 




Udang-Udangan


Ni menu paling best. Hgpa wajib try 




             


Wajah wajah retis local Kedah


Kami habiskan masa dengan xtvt makan makan dgn cuci mata dulu dekat bazar bazar berdekatan.Gaya ahkak kawasan sangat ni. 


Di akhiri dengan pix bersama aweks siam . Bye Bye floating market  ada rezeki kami mai lagi. Abam tuk tuk hantaq kami balik kat area Lee Garden. Nk ron ron sat sementara tunggu waktu Maghrib.


Sekitar tourist spot area Lee Garden


Tak cukup mas Malaysia, mas Siam pun depa hangkut nak beli.


Ini semua poyo. Tangan tempayan berasa suka hati bila dapat beli sim kad Thailand selepas berasa sangat jeles dkt ai dan cik yah. Hua ..hua..hua... Sebagai separuh warga negara Thailand haruslah kami berdua ada sim kad Thailand kan...Hari dah hampir maghrib moh la kita kawan kawan balik ke hotel. Letih dah ni...


Aktiviti malam diteruskan dengan shopiing di Greenway. Malangnya gambaq malas nak snap coz nak fokus pada xtvt shopping.  Pix yang ado ni dekat Trick Art Museum smntra tunggu abam tuk tuk. Kami dah siap booking p dan balik senang. 
Semua muka takdak napsu.


Ya Allah muka tin sardin cap king cup sangat ni. Ha..ha...kemon laaaa





Hasil rembatan casing henpon di Greenway.



Sampai ja area Lee Garden target nak p minum teh ais sedap. Orang ramai meqenyut. Nak duduk pun kena dok q. Order la jugak makan makan. Adoiii lawak tui la aku tengok muka depa ni termasuk la muka aku. Macam muka nak makan penampaq pun ada sangat ni.








Last sebelum balik tungging buyung. Leganya leh urut kaki. Lenguh oiii sehari berjalan. 




Ni memang gedik. Gay Siam freelance tukang urut kaki merangkap urut batin. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...