NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Sabtu, 29 April 2017

Trip Backpackers Krabi dan Hatyai 2017 (5 hari 4 Malam) - Persediaan Ke Krabi

Assalamualaikum .....


Alhamdullilah Kak Non dah semakin qajin nk menulih blog. Doakan akak berada dalam istiqomah. Malam ni Kak Non nak share tips dan persediaan sebelum kami ke Krabi bulan depan. Trip ni adalah trip tahunan geng mak mak gediks. Ini adalah tahun kedua trip kami bersama ke luar negara, Thailand ja pun x p ostolia or kolea lagi. 


Few months jugak la Kak Non dok meronda dekat blog blog coz nk dapatkan gambaran perjalanan ke sana dan yang paling penting lodging. Akhirnya alhamdullilah semuanya dah finalised dan minggu depan kami akan pergi bercuti bersama. Kami memilih untuk overland ke Krabi berkonsep backpackers shj. Kak Non qasa lagi syok dan trill kita dapat xplore sendiri tanpa bantuan travel agent. Doakan kami sampai dengan selamat ya. Insyaallah.



1. Passport
Benda yang paling penting dan WAJIB ada untuk melangkah ke luar dari Malaysia. Akhirnya Kak Non dah ada buku merah. Selama hayat ni dok guna Border Pass ja. Hgpa boleh la p buat dekat pejabat Imigresen yang berhampiran. Kak Non p buat di UTC       Sg Petani. Dalam masa sejam setel urusan semudah ABC. Hanya perlu bawak IC sahaja dan duit RM200. Tunggu la untuk collect passport hgpa. Pastikan passport valid 6 bulan sebelum kita bertolak bagi mereka yang dah ada pasport.



2. Penginapan/Hotel 
Hasil daripada shortlist akhirnya Kak Non dah tempah hotel bajet di sekitar Aonang Beach melalui Booking.com. Pening kepala sebenaqnya dok sevey merata. Habih blog Kak Non dok study hard kalah nk ambik exam. Banding sana sini dan banyak juga hasil searching di grup BBM. Antara kriteria paling penting nak book hotel mestilah area Aonang Beach, wajibun kena ada wifi dan muqohhhhh. Paling penting ada tempat nak bermalam sempit pun ai x kisah you. Nama pun nak backpackers kan. Nanti kita buat review selepas dah balik bercuti ok. Kak Non ada baca drp blog kalau nk rate murah sikit booking pada hari Jumaat. Part ni mmg betui.

Senarai Hotel/Chalet/Hostel Murah Sekitar Aonang

-Golden Moon Aonang
-Ben's House
-3 Bees Guesthouse
The Meetin House Aonang
-Blue Ba You Aonang
-Adam Bungalow
-Popeye Guest House
-Phranang Place Aonang
-Luna House
-Babaji Hostel (Dorm)
-Mini Boxtel
-Yellow Sun Guesthouse
-Aonang Backpackers
-Ascot Hotel

3. Tiket
Kalau ko naik kapai toqobang kena la tempah tiket awai baru lah muqah kan. Tapi kami overland so x dak la nk tempah tiket bagai. Cuma Kak Non dah buat research tentang transport beserta jadual dan tambangnya. Supaya semua on the track. 



4. Duit/Bajet
Yang ni part paling penting takdak ongkos x leh la nak pegi bercuti kan. Kalau orang tanya berapa nak kena bawak? Jawapan Kak Non ikutlah bajet ko berapa dik. Duit ko belambak leh la acah acah orang kayo. Duit ko paras paras hidung kena la p dengan konsep cheapskate. Memandangkan kadar tukaran duit semakin tequkkkk banyak gak la det RM bakal melayang. Rate hari ni (30/4) RM7.90=THB100 pengsann. 

5. Ittinerary
Trip kali ni Kak Non buat ittenary untuk melancarkan perjalanan kami. Tak mau bila sampai jadi hilang arah tak tau nk tuju p mana. Tips untuk buat ittenary :

-Kak Non banyak buat research dan baca review drp blog untuk kumpulkan segala maklumat spot pelancongan dan tempat makan.
-Segala bentuk kos tambang/entrance fee pun Kak Non dah kumpulkan.


6. Packing


a) selipar/flip flop/crocs 
Wajib bawa selipar terutama untuk aktiviti di pantai. Takan nak berhill bersneakers kat pantai kan.

 



b) Pakaian
Pakaian yang bersesuian terutama aktiviti di pantai. Pakai swimming suit muslimah untuk aktiviti renang dan snorkeling. Cuaca di Krabi adalah sangat panaih bawak baju yang serap peluh macam material cotton. 



c) Topi Pantai
Kalau nk pose ala ala Kate MIddleton jangan lupa bawak or beli ja kat sana na. Kak Non dah ada nnti kami selpie na. Hihihi.



d) Sunblock




 e) Sunglasses
Hat ni tak p Krabi pun always ada dalam handbeg. 

f) Toiletries 
Bawak yang perlu sahaja terutama berus gigi dan pencuci muka. Sabun dan syampu biasanya dh disediakan oleh pihak hotel. Deodarant jangan x bawak pulak. Satg pehhhh bau kehung.  Makeup opkos wajib bawak.



g) Ubat
Kalau perlu bawaklah ubat-ubatan asas mungkin kos perubatan or nak beli ubat adalah sangat mahal di negara yang kita lawati. Bawaklah plaster, minyak cap kapak, panadol dan ubat cirit birit sebagai langkah berjaga-jaga.
h) Laundry Bag/Plastik Muntah
Bawak plastik laundry untuk nak letak baju spender busuk. Satu lagi standy jugak plastik muntah kot kot pening nak uwekkkk masa kita naik bot nak pegi pulau.




i) Beg Kalis Air




j) Charger/Travel Adapter/Powerbank/Go Pro




Powerbank juga adalah sangat  penting semasa travel. Kita tak boleh terlepas moment dan landskap menarik utk diabadikan.Sementara nak jumpa sumber untuk caj bateri hp benda alah ni lah penyelamatnya.

Untuk hasilkan gambar yang menarik sekiranya hgpa ada DSLR silalah tanggung bawak.Kalau dah guna hp canggih berkualiti tak perlu la bawak.






k) Jajan
Pastikan bawak jajan dan roti. Bolelah gigit time time lapaq.













Sabtu, 22 April 2017

Hotel Bajet Murah Dan Bessssttt Di Lumut

Assalamualaikum.....

Alhamdullilah hidup lagi tuan tanah setelah dua tahun sunyi daripada dunia penulisan blog. Tak tulis tak termakna tak baca blog. Ahkak hari hari baca blog tauuuu...Entri pertama setelah lama menyepi compomlah cerita jalan jalan. Banyak gila trip jalan-jalan, makan makan dan ron ron setiap cerok muka bumi Malaysia ni. 


Cuti sekolah awal tahun 2017 Kak Non bawak Ammar dengan adik jalan jalan di Lumut Perak. Plan Kak Non nak ikut jalan belakang sepenuhnya dari Sg Petani. Saja nk tengok kampung kampung. Cemuih tengok highway. Disebabkan Kak Non plan last minit tak tau nk check in kat mana. Call bbrp buah chalet area Teluk Senangin dan Teluk Batik semuanya full house. Plan B Kak Non dah ready towel selimut bantal semua dah sumbat dalam keta kot kot leh tumpang check in masjid.


Ondaway bertolak Kak Non gugel blog terjumpa satu review hotel iaitu GM Holiday Hotel (lupa pulak blog mana). Baca review macam best ja. X buang masa call direct hotel. Alhamdullilah ada vacant room. Receptionist yang menyambut panggilan pun mesra pelanggan. So kita teruskan perjalanan tanpa perlu risau tempat nak bermalam.





Pandangan Hadapan Hotel

Alamat 
No. 37 & 38, Persiaran Pantai Impian
32200 Lumut, Perak
05-6838898

Senang ja nak cari hotel ni dari simpang empat ambik arah nak ke Jeti Pangkoq. Senbod ada jangan risau. Kak Non mai dari arah AEON Sitiawan so kona kanan la nak menghala ke GM Holiday Hotel. Hotel ni berada agak atas bukit di deretan rumah kedai. Banyak jugak hotel hotel bajet lain di deretan kedai yang sama.  Contoh macam pix kat bawah yg sempat Kak Non snap.





Valley View Hotel ni bersebelahan dengan GM Hotel satu owner saja. 




Lepas selesai urusan check in dan pembayaran menonong la geng jemaah Kak Non. Pihak hotel akan bagi kad kunci, remote TV dan remote air cond. Masa nak check out kena return semula 3 item ni kalau tak lambat la urusan check out  hgpa. 
 Segala bantal angkut masuk bilik. Wowwwww memang bilik lawa nak mampusss kemas cantik deko terkini cek sukaaaa. 
Ada dua ekoq towel itik lagi atas kate mcm hotel star star pulak rasa. 
Alhamdullilah lena tidor kami malam ni.




Tandas yang bersih lengkap segala 


TV pun ada Astro Ria syok...syokkk...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...