NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Rabu, 2 Mei 2018

Trip Backpackers Krabi dan Hatyai 2017 (5 hari 4 Malam) - Outdoor Theme Park 7 Heaven

Assalamualaikummm....Tadaaaaa cakkkk

Lama sungguh la nak sambung cerita. Blogger suam suam kuku macam ni la....kalau income lebat baru rajin nak menulis kot..hgpa rajin rajin la sikit klik iklan seponser kat wall tu. Ni cerita pengembaraan hari ketiga di Krabi. Penat dah semalam sehari tengok laut kan penuh drama dan telenovela. Hari ni sessi posing ala Kedah Next Top Model versi Kilauan Emas. 






Sarapan pagi macam biasa la dekat guesthouse selagi tak habis stok makanan kita makan. Minuman complimentary bancuh la sampai kembong pequt. Hari ni tema kena pakai
 segak segak coz nak posingkan. 



Cheese !!!! Muka pagi masa pondesyen gebu gebu lagi. Mulut pum merah menyala lagi. Hari ni lokasi selfie kami di Outdoor Theme Park 7 Heaven. Lokasi yang tak berapa ramai Malaysian yang tau. Tapi cantik ya amat di atas bukit dengan pemandangan yang indah saujana mata memandang.

Terletak tak jauh daripada Aonang sebenarnya dan agak tersorok. Jarak daripada guest house kami hanyalah 3.9km. Dekat ya amat oiii. Tapi bila tahan tuk tuk tanya apsai semua tak tau ni. Stress Kak Non. Nasib baik driver tuk tuk tu mat Pattani boleh cakap melayu. Senang sikit nak bagi paham. Lepas dia call kawan dia kot baru dia dapat jejak lokasi kami nak pi. Waze kan ada waze je laaa....



Finally sampai jugak alhamdullilah....Berenti beli tiket dulu .
Entrance Fee : 

Harga tiket berbeza ikut keperluan ya. Kalau ampa nak masuk selpie saja harga lain. Nak mandi harga lain. Nak main permainan tu boleh ja beli token yang dijual di kaunter tiket. Tapi bagi Kak Non tiket harga murah ya amat kot dengan fasiliti dan view yang cantik. Mati hidup mati hidup x dapat harga ni kat Malaysia. 




Entrance. Mintak tolong awek Siam snap pix.  Kalau dak x cukup la korum 6 jahanam. 


 Entrance berhampiran parking. Cowboy city. 






















Nak tayang sneakers 




Berhampiran kaunter tiket ada gerai gerai makanan dan minuman yang hgpa boleh beli. Macam gerai ni insyaallah HALAL.  Ada tanda logo halal dan adik adik berhijab yang melayan kami. Makanan pun tak mahal. Tapi x banyak la pilihan halal. 





Goreng pisang pun ado.  Tapi x beli pun.


Kami order Pancake Telor.  Nak order banana x dak la pulak.  Lapaq gila kot time ni dah letih berjalan bukit.  

Khamis, 25 Mei 2017

KRABI DAN HATYAI l Penginapan Bajet di Aonang selama 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikummm....semua


Entri ni khas untuk penginapan kami sepanjang 4 hari 3 malam di Krabi dan Hatyai. Kak Non menggunakan website Booking.com untuk urusan tempahan tanpa sebarang bayaran. 

3 BEES GUESTHOUSE, AONANG

470, Moo 2 Muang, Ao Nang, Krabi 81000, Thailand

Phone: +66 75 695 461


Boleh Klik Link Di Bawah Utk Booking



Jarak guesthouse ke Aonang Beach



Sedikit info mengenai guest house ini dimiliki oleh keluarga Italian. Kakitangan mereka sangat friendly dan membantu. Overall Kak Non sangat berpuas hati dan akan repeat jika berpeluang berkunjung lagi. 

Lokasi guest house di tepi jalan dan sangat strategik. Hanya 15 minit berjalan kaki untuk ke Aonang Beach. Kemudahan makan dan public transport adalah mudah diakses.

Kemudahan
FREE WIFI
Laundry
Airport Shuttle
Non Smoking Room
Family Room



Tetamu tidak dibenarkan memakai kasut. Kebersihan sangat di utamakan.






Wall of fame...Haaa,,haaa tempat kami selfie


Bar Kaunter. Complimentary drinks disediakan. Pagi kami akan bancuh ayaq disini dan makan bekalan yang dibawa dari Malaysia. 
Jimat kan selama 4  hari





Room 3: Standard Twin Room
Air-conditioned room offers a cable TV and a fridge. Free toiletries are included in an en suite bathroom. Please note that the window of this room opens to the hotel corridor.


Room costs

7 % VAT is included.
10 % service charge is included.
1 % City tax is included.
Total costs of this room:THB 1,200

THB1,200 = RM154.00
Bahagi 2 pax = RM77.00 seorang untuk 3 malam

Suasana bilik dah cukup selesa untuk sekadar tidur. 
Dilengkapi air con dan kipas. Safety deposit box juga ada di dalam bilik. Kemudahan TV pun ada tapi tak sempat nak tengok pun banyak masa dihabiskan kat luaq. Mini fridge juga ada ok walaupun bilik murah.

Paling best bilik air bersih ya amat. Sangat sangat rekomen kalau hgpa nak check in kat sini.




Extention plug juga disediakan. Bagus betul depa ni. Cuma hgpa kena la bawak international adapter kepala dua sahaja. 
Tak bawak pun banyak ja ada jual kat sana. 



Bersih kan. 
Bilik Kak Non tingkat satu nasib baik. Tidak lekang lutut iols.




Mereka juga mempunyai perkhidmatan tour desk. 
Hgpa boleh juga menempah segala pakej pulau dan lain-lain disini. 
Menyesal pulak aku tak tempah ja kat depa ni. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...