NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Ahad, 31 Mac 2013

Travelog Pulau Pangkor- Pangkor D'Amor - Pangkor Inn Chalet

Alhamdullilah syukur sangat2 akhirnya akak dapat jugak geder2 dgn kawan- kawan lama. Hgpa bayangkan tengok ada dekat 19 tahun tak jumpa. Mmmg sadis habis. Plan  nak buat mini reunion ni bermula Setember 2012. Setelah dok bincang bermuzakarah kami semua decide nak p Pulau Pangkoq pasai dok tengah2..Pertembungan antara Kedah dgn Kay Ell.  So fair and square. Cuti sekolah semester pertama Mac 2013 kami pilih utk buat trip ni. 

Akak dilantik jadi organizer utk trip ni. Bermulalah episod menggoggle dan memblogwalking sana sini. (Rosak bahasa adik2 jgn dok ikut na) Survey sana sini nak cari chalet yg meletopssss tapi murahhhhhhh. Finally kami decide nak dok Pangkor Inn Chalet, Teluk Nipah. Aku dgn ZA my BFF yg pilih chalet ni pasai dok bekenan tgk swimming pool yg comei lote.Hgpa mesti nak tengok camna ropa chalet ni kan ???? 


Ni kaunter reception...jgn la nak expect 5 star pulak....

Ni chalet akak depan sekali senang nak terjun dalam kolam


Ni swimming pool AKA tolam tecikkkkk....gambaq sebelum anak2 berkubang


Ni pulak baru sebahagian kecil masuk berkubang.....gambaq final akak tak yah show off  pasaipa ...tak yah TANYA. Yang kat atas tu pokok buah anggur. Nasib baik takdak buah tidak habih bebudak ni kerjakan.....


Ni pulak tempat makan



PANGKOR INN CHALET
PAKEJ 2 HARI 1 MALAM
Kandungan Pakej ini,

1. Penginapan di bilik berhawa dingin dan dilengkapi TV
2. Penginapan berdasarkan perkongsian 4 orang sebilik ( Family diberi 1 bilik )
3. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang penginapan.
4. Karaoke percuma selama 1 Jam

Harga untuk dewasa : Rm 65 seorang
Harga untuk kanak2: Rm 35 seorang

***Kanak kanak ialah 4 hingga 12 tahun
***Kanak kanak dibawah 4 tahun adalah percuma.

Tambahan kepada pakej ini (pilihan)
1. Pengangkutan dari Lumut (Fery) ke Chalet (Teksi) pergibalik = Rm20 seorang
2. BBQ = Rm15 seorang
3. Snookerling = Rm15 seorang
4. Karaoke = Rm50 sejam
5. Lawatan mengelilingi pulau dengan Teksi (2 jam) = Rm10 seorang

***Kanak kanak separuh harga dewasa


Contact Person : En. Mashoor 
Lot 4444, Teluk Nipah, 32300, Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Tel / Fax : 05 6855330, H/P : 017 4673477 URL : www.pulaupangkor.biz. 

E-mail to:- manshor@pulaupangkor.biz


Dalam bilik ada satu queen bed

TV Flat Screen (Takde masa nak tengok pun- nak tengok TV baik dok umah)



Satu lemari baju dgn xtra mattress                      Toilet pun bersih. Alhamdullilah





Ni masa kami buat BBQ. Akak rasa sangat puas hati variasi makanan dengan harga yg kami bayaq. Harga untuk dewasa = RM15.00 dan anak2 separuh harga.

Menu
Nasi Goreng
Tom Yam
Ikan 3 jenis
Ayam
Sotong
Kerang
Air Asam
Buah
Air

Sangat2 murah dan berbaloi...makan sampai muntah nak habaq maiiiiii/.......Akak memang high recomended la chalet ni klu ampa nak bercuti kat Pulau Pangkor ni. Tuan chalet ni pun sangat ramah dan baik. Senang deal dgn dia. Insyaallah panjang umur kami akan datang ke sini lagi....




Jumaat, 15 Mac 2013

Canopy Walk FRIM Kepong

Lepas dah makan nasi kandaq lemak pun dah berkole-koleh (korang paham ka) buat2 paham p la. Jom kita pakat p JUNGLE TRACKING. Kat mana ?????? Dekat ja tak yah p jauh2  Semuanya ada dsini..hmmm
Ini bukan kali pertama akak tracking tapi kali ke-3. Macam lah champion sangatkan.So apa dok tunggu jom kita explore apa yang ada di FRIM Kepong. Ha....ada yg tak tau apa menatang FRIM tu...ishhh.ishhh


FRIM ada lah singkatan drp Forest Research Institution Malaysia

Sedikit Info Canopy Walk

Terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong dengan ketinggian 300 meter dari aras laut, titian yang menjadi tarikan utama ini telah dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna. Laluan silara sepanjang 150 meter ini digantung dari pokok ke pokok dengan ketinggian 30 meter dari aras tanah.

Sistem titian dan pelantar ini akan memberikan pengalaman yang istimewa untuk pengunjung merasai dan menikmati pemandangan panorama di dalam hutan dan persekitara Kuala Lumpur dari jarak jauh.

Titian silara dibuka kepada orang ramai dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Pendaftaran terakhir ialah pada jam 1.30 petang. Ia ditutup pada hari Isnin dan Jumaat. Tempahan awal dan belian tiket perlu dibuat di FRIM One Stop Centre.

Waktu operasi adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa (titian silara akan ditutup apabila hari hujan dan akan dibuka semula dalam tempoh 2 jam selepas hujan berhenti dan keadaan cuaca adalah baik.

Pertanyaan:

Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM

03-62797592 atau 03-62797649

Harga tiket:
RM10.00 (Bukan Warganegara)
RM5.00 (Warganegara)
RM3.00 (Pelajar 13 tahun dan ke atas – perlu menunjukkan kad pengenalan pelajar)
RM1.00 (Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah)



Tiket beli disini ok Kedai Cenderamata

Ok dah beli tiket ....sila mulakan perjalanan anda menyusuri hutan yg indah ....ciptaan Tuhan. 


Ok kita dah sampai....bukan sampai puncak lagi......sabaq..baru sampai starting point pendakian ja....so tingkatkan stamina..minumlah 100 plus...



Naik lagi kak oiiiii....Penat nak mampuih...nak kata tobat dak jugak...


Percubaan pertama..muka confident.

ehhhh....tak mau tak mau gayatttttttttt








Selasa, 12 Mac 2013

Addict Of Nasi Kandaq Royal


Yuhu..yuhu..salam..kabare...


Dah lama dah nak cerita story pasai makan2 ni. Tapi mood yg sentiasa kemalasan  tahap gaban lawan otomen. N3 hari ni pasai jalan-jalan cari makan our fav food 
NASI KANDAQ ROYAL Aloq Setaq mari . Hangpa semua kenai dah kot ni nasi kandaq ni tak yah la nak cerita panjang2. Moh kita tengok makan kat mana. Nasi kandaq Hijau Kuning yg paling meletuppp. Sedap high recomended tau..
Akak tak dibayar tau ni betul punya tak tipu.


Lokasi : Food Court Mentara Ampang
Map dah ada kat bawah tu cari la sendir la no,




Sambil makan leh layan ayaq kat swimming pool. Suasana sangat relaksssss....
Anak I hot sebab tak leh mandi. kolam ok.



Time ni tak ramai orang petang2 dalam pukul 6 lebih.



Tapi tang ayaq yg tak leh blah....mahal sungguh. bagi akak la ..korang tak tau la kot rasa so so. 


Jeng !!! Jeng !!!! Tu dia nak habaq mai....hgpa tak terliuq ka.....Nasi + Daging Masak Hitam + Bendi + RM5.50 wei......

Nak Bagi Berapa Bintang : *****





Selasa, 30 Oktober 2012

Flower Girl Gown





Harga Sewa : RM30.00 sahaja
Safety Deposit : RM50.00
Saiz : 4-6 yrs (Bahu : FREE/Dada:24"/Labuh:26")
Material : Satin + Chiffon 

Sekiranya berminat utk menyewa sila call/sms 0122129256 (Kak Nor)

TERMA DAN SYARAT SEWAAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...