NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Selasa, 2 April 2013

Travelog Pulau Pangkor - Sayonara Pulau Pagkor - Till We Meet Again


Episod syahdu.....Hari ni last day kami kat Pangkor. Lepas pegi Island Hoping balik chalet anak-anak sambung berendam lagi kat kolam sampai kembang. Lantak ampa la. Cukup time ampa tak naik kami tinggai. Jumpa En. Mashoor mintak extend check out time pasai tak nampak gaya nak siap pukul 12. 

Lepas akak setel semua urusan pembayaran bilik terus packing2. Takde benda pun nak packing. Akak berdua ja dgn Ammar. Shopping ???Jauh sekali. Setakat beli sotong gula sepaket RM4 apa la sangat. Lebih kurang pukul 1 kami semua dah ready dekat kaunter reception nak booking van ke jetty. OMG kami terkandas dekat sejam lebih  sebab bertembung dengan masa check out semua hotel. Cuaca dah la panas. Serabut dengan orang ramai. Pihak chalet dengan baik hati nya buat sesi karoke sementara tunggu pinky van. Grup kami bertembung pulak dgn grup dari Kilang Yoe's dari Shah Alam. Ooooo ramainya akak pening. Geng kami tak karoks pun dah puas melalak semalam. Bagi can je la kat geng warga emas. Anak sapa la baik sangat ni..

Tapi ok lah jugak kami sempat buat sesi photoshoot keluarga dan anak-anak. Sambil sembang2 habihkan balance cerita yg ada siaran tertunda. Gelak-gelak lagi sampai pecah perut. Akak tak tau la org lain pun sama ke dak dgn geng kami ni. Asal jumpa ja gelak..asal gelak ja jumpa. Conpius....Kadang aku terpikiaq jugak masuk Maharaja Lawak compom menang ...MENANG SORAK....hi..hi..hi...Entry ni akak dedicated khas buat teman-teman tersayang Irah, Izah, Yati, Zila, Shelly and As..tak lupa jugak buat BFF akak yang lain. Tak semestinya ampa tak ikut reunion bukan kawan baik kan. So layan je gambaq gambaq yg sempat disnap. 


Nak jugak boh video Najwa Latiff. Ingat umuq dah nak masuk 4 series tak minat Najwa Latif. 


Segak sungguh kita no. Ni dikala umuq 37 tahun.


 Lokasi : Taman Pertanian, Bukit Cerakah, Shah Alam - skrg dah tukar nama jadi Taman Botani Negara
Agenda : Ikut rombongan sekolah lepas habis SPM


 Ni masa zaman kegemilangan sweet 17th....segak sungguh anak sapa la ni. Lokasi : Depan umah warden SMVSP2 Sg Petani. 
Agenda : Nak pi raya


Ni akak ...dengan my only son Ammar..pakai .seluar hijau K-POP...


 Ni Cik Yah la ni dia tukaq nama glemer sikit Ira. Dia pun ada blog ampa boleh baca coleteh dia kat SINI. Sebelah dia yg rambut rebonding tu  daddy, echa and muaz. 


Yang ni Suhaily. Kami panggil dia Shelly Kura.. Pasaipa..lambat segalanya. Tapi dalam kerjaya dia berjaya ok. 


Yang ni Yatie org Seberang Perak, Aloq Setaq mai noooo. Hubby tak bawak pasai bajet nak gelak besaq. Bawak hubby dia kena control ayu. Anak dah tiga, Kak Long, Kak Ngah and Fitri. Dah jadi geng dengan anak akak tau. 



Ni pulak kawan aku Izah dgn anak-anak teruna. ooo ampa semua pakat pakai baju tema segala. Mentang-mentang darling I takdak. Kawan akak ni nmpk macam lemah lembut control ayu. Nampak saja ok !!!!! Tapi urat dawai tulang besi. 



Yang tema merah segala ni kawan aku As. Nama glemer dulu2 As Jala.  Pasaipa ....RAHSIA. Anak dara segak2 cepat laku ni. Yang comei kecik tu Ammar yg sporting baby. Mama dia bersembang bagai nak rak dia menten comei ja dlm stroller. 


Last sekali fren akak Zila. Bukan Zila Bakarin ok !!!! Hubby mmg best sporting. Anak dara 3 orang sorang suka majuk-majuk.....Hero dia dah melazer mak dia kalau sembang smp tak ingat dunia. 




Sessi photo anak-anak. Mak-mak semua sakit tekak terjerit2 nak atuq. 


Setelah beberapa kali snap ni ja lah yang terbaik pun.  Penat ooooo. Boleh la tu anak-anak oiiii drp takdak lansung, Yg best tu semua pandang camera ikut mak -mak masing-masing. 




Ammar dengan Haikal. Sorang tecikkk sorang besar .......



Aku sibuk-sibuk dekat bilik ampa dok posing2 sini. Ini tidak ADIL.

^
^
^
^











Last word....


Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya. Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela. Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.

SEKIAN- TAMAT-







Travelog Pulau Pangkor- Kos Ke Pulau Pangkor

Akak nak buat perbentangan bajet sikit senang la sikit senang ampa2 nak p melawat kawasan nanti. Pada pendapat akak kalau kita pegi ramai-ramai terutama dgn jumlah kanak-kanak kandos yg agak ramai eloklah ambik pakej. Keadaan akan lebih tersusun dan mudah nak handle. 
Ni senarai kasaq pembentangan bajet kami masa kat Pulau Pangkor untuk satu family.

Penginapan : Pangkor Inn Chalet (Telok Nipah)

Entry Penuh Pangkor Inn Chalet




Pakej Bilik + 3 x Meals 

Adult - RM65 

Child - RM35



Additional - BBQ 

Adult - RM15 

Child - RM7.50


Island Tour (RM80 per van)
RM27 satu family (satu bot 3 family)

Island Hoping (RM80 per boat)
RM27 satu family jugak

Transfer Jetty-Chalet
RM20 per van (boleh isi 3 family jugak)

Kos lain-lain sendiri tanggung nk beli jajan anak, souvenier, ikan masin, dan segala macam yg ada jual kat sana. Pada akak kos ke pangkor tak lah menelan belanja yang banyak tepuk dada tanya selera. Selagi kita mampu dan tak berberlanja berlebihan ikut suka ampa la kan. Sek bek la akak ni anak sorang jantan pulak tu. So takdak la gaduh sangat nak beli baju renang dan topi pantai yg comel2. Pada kawan-kawan akak yg anak ramai mungkin terpaksa bajet lebih sikit. Tambah la yg ada anak dara semua depa nak beli. 

Utk pengetahuan ampa ni kali kedua akak p Pulau Pangkoq. First time dulu rasa tak best pun mai sini. Kali kedua ni rasa best pulak. Rasa macam nak pi lagi. Mungkin sebab p dengan kawan-kawan kot. Uncle Madie dah siap ajak dah p lagi. Hmmm balik dak lagi dah buat plan baru. Takpa kita penuhkan tabung ayam dulu na. Nnti kita mai melawat kawasan sekali lagi.






Isnin, 1 April 2013

Travelog Pulau Pangkor - Island Tour

Morning !!!! Morning !!!!!

Semalam geng2 kami karoks sampai tak hingat.....semua hubby dah masuk tidoq. tinggal la mak-mak yg menyanyi ngalah retis. Jgn ampa tak tau Zaiton Sameon pun ada. Tetiba enterprem... Kami chit chat gelak2 sampai pukul 2 pagi. 

Ni tengah feeling DANGDUTTT

Cik Tie tengah feeling Ziana Zain. 

Geng bergelak ketawa....


Acara pagi dimulakan dengan island hoping. Zila yg baju merah tu dah deal dgn abg boat. Akak masa ni dok jadi ceti kat chalet. Kutip hutang. Selepas kami kumpul2 orang sapa nak joint trip nampaknya sambutan amat menggalakkan. So decide ambik 2 bot. Satu bot dalam RM80 boleh masuk 10 ke 12 orang. Memandangkan ramai sangat kanak-kanak kandos dalam trip ni kami ambik 2 bot. Pakej ni depa bawak la p pulau-pulau ni.

Pasir Giam (Coral Bay)
Snorkeling
Pusing2 pulau


Yang akak tak leh blah tu p pulau pakai tudung chiffon 3 layer....nampak sangat aku dgn As ni vogue lebih. Tak ikut tema lansung. Kekalutan pun melanda semua sibok nak pakai life jacket. Anak-anak mak-mak sama naik. 



Izah dgn family


As with family


Zila Bakarin with family


Shelly with family


Uncle Madie paksa Muaz naik jetski. 


Mummy Irah 'You never walk alone"...hi hi hi..peace




Makcik As gigih enterprem dgn En. Gamat. auwwwww I geli u. 



Shohhh Shohhh main jauh2 la E. Gamat. Sian akak tengok kena ragging dengan budak2 ni. 



Ahad, 31 Mac 2013

Travelog Pulau Pangkor- Bila dah masuk pulau tak sah la tak ronda-ronda

Salam adik manis.....

First day dekat Pulau Pangkor lepas lunch yg sedap dekat chalet kami decide nak p 
ronda-ronda pulau. Maka terisi la masa kami yg penting anak-anak pun seronok kan. Bincang-bincang kami ambik 3 van. Satu van utk island tour RM80 untuk 3 jam. Kami ambik trip pukul 4 ptg smp 7 ptg. FYI Pulau Pangkor ni bukan la luas mana. Kalau tawaf satu pusingan dalam 20km je kata pemandu pelancong kami. 

Pemandu teksi kat sini aku rasa depa semua dah hafal sejarah Pulau Pangkor ni. Depa dah merangkap pemandu pelancong. Sambil memandu depa akan cerita apa saja sepanjang perjalanaan.... Yang tourist kat belakang ngangguk2 tanda paham (oooooo)...Paham ke idok anak2. Balik nnti kalau cikgu suruh buat karangan hgpa tak tau siapppppp. 


Ni la ropanya van yg angkut angkatan-angkatan semboyan kami. Pinky van. I likeeee



Tu kawan akak Izah.....love you so much fren. Apa yg dia dok kalut tengok tak tau la. 


Suasana dalam van kecoh dgn bebudak dua ni..Abg Ammar n Echa. Bebudak len semua ikut van satu lagi. Tinggal mak-mak yg posing-posing dalam van.



Muka merelit masing-masing


Ni perusahaan buat bot. Uncle van habaq depa ni buat bot takdak plan punya. 
Pakai hati ja...Tabik la!!!!


.






Model sotong kering







                              Pit stop pertama (Dah mcm amazing race pulak pitstop bagai)
Kilang Satay Fish. Segala jenis hasil laut yg dah jadi jajan tu ada jual kat sini. 
Harga ??? 
Rasa lebih kurang ja mana-mana tempat. Takdak la murah mana pun mai beli kat kilang ni. 



Ok mak-mak anak-anak cukup sudah....Times Up !!!!!
 Baru satu kedai dah shoping bagai dah.. 

 Anak akak lagi la bnyk2 benda dalam ni dia tak beli. 
Mama ....ammar nak beli ni boleh tak ???? Key chain lampu.....adoiiiii. Anak oiiiii awat  dekat kelumpo takdak ka. Hg nak suluh apa?. Last beli jugak ok . Dah berjangkit pulak dgn budak Echa ...beli la jugak mummy pasai abg ammar dah beli kena ada sama. satg berebut pulak.



Okey 2nd pitstop Taman Fu Lin Kong dimana terdapatnya replika tembok besar cina. Mak tak kuasa la nak p rabat naik posing2 bagai nun kat atas sana. So menikmati keindahan kot bawah ja la. Tengok2 ikan... 



Untuk warga-warga emas mcm akak ni layan je la ikan2 kat dalam kolam ni, Nak naik tembok cina sakit lutut. 



Mak….Mak…..Ikan kaloi,

Timbullah Bawang Merah datang,

Nasi melukut sayur keladi,

Untuk mak makan di petang hari.







My BFF with 2 little kids (Echa and Muaz)

Dan lagi my BFF shelly with hubby and cik siti wan kembang yg banyak akai.


Anak-anak bersukaria smp tak ingat masa nak balik. Dah..dah tahun depan pulak kita mai pulka bagi penuh tabung ayam dulu. Satg van tinggai kita menapak pulak. Lepas semua org dah masuk van guide bawa ronda-ronda lagi. Tengok pekan cina, perkampungan nelayan melayu. Rasa kecik sangat masyarakat kat sini. Rasa damai sangat berbanding kehidupan kami dekat KL. Yang sangat menyerabutkan. Tapi nak buat mcm mana kat sini la tempat kami sekeluarga cari makan. Redha ja la. 


Our last pitstop Kota Belanda dan Batu Bersurat at Telok Gadong. 
(Ishhh sat melayu sat omputih) suka hati  hg la nak tulih apa pun dah blog hg kan....
Nak cerita pasai sejarah kota ni panjang la sangat n3 ni nanti so ampa baca la sendiri no kat sini Sejarah Kota Belanda




Cuba tengok budak dua2 org tu....Tak lari tak boleh ka...Ingat ada show sarkas ka kat atas tu. Suka hati la anak asalkan hepy. Akak dah tak larat bontot nak cari tempat dok saja. 



Alamak abg ammar naik meriam....muaz kata tak leh jadi....penat dah kawat satu kubu dgn mummy and daddy. Nak naikk jugakkkkkkkk



Finally yeayyyyyy dapat naik ......Uncle kata dok depan sikit...nak naik jugakkkk ....


Senyum ja la yg mampu ku berikan....Mood dah ting tong..letihh smlm tidoq pukul 3 pagi membaking kek untuk anak2 makan. 


Sebelum balik chalet pitstop terakhir aktiviti bebasss....askar2 semua berpecah...akak bawak dua2 org budak ni yg dari tadi asyik lapar nak makan. Aunty Irah dah beli burger sorang satu. So hgpa makan diam2. Dah order ayaq teh ais utk abg ammar milo ais kurang ais dekat Echa. Akak pulak p order ketam goreng harga RM7 sekoq....rasa kurang sedap....padan muka aku. Makan dgn penuh penyesalan....Bebudak duaorg tu muka eksen makan burger sambil tengok sunset.


Nampak ???? layan habih. Mak yg dari tadi makan tak senang kehulu kelhilir bawak kamera cap ayam nak boh dalam blog. Very the mak ni. Tapi seriusly akak suka view kat sini...so calm n cantik. Aunty Zarirah kena balik bilik pasai lenguh kaki dok berkawat dgn muaz.
 So dia ketinggalan menyaksikan matahari terbenam..  Hi...hi..hi....ayat berlagak. 





Tetiba.....mama..mama tengok tengok.....Apadia pulak dah ampa ni....
Ada burung kat atas pokok. 
Apa masalahnya dgn burung ......Burung ni dulu kita pernah tengok dekat zoo negara kan. 

%$#@*^@ ?????  Sian anak aku. Nampak sangat  anak-anak dok pekan beza dgn anak-anak dok kg. Sampai burung pun tengok kat zoo... Takpa la anak layan la dulu burung enggang ni sebelum kita menapak balik bilik.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...