NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Ahad, 16 Februari 2014

Car Boot Sale - Sunsuria The Core, Kota Damansara-

Car Boot Sale telah berpindah lokasinya pada 5 Januari 2014.  Seperti mana hgpa sedia maklum dalam n3 SINI lokasi lama dekat Bestari D'Kota. 

Tapak Lokasi Baru : Sunsuria The Core, Kota Damansara
Waktu Operasi : 7 pagi - 12:00 tgh hari

Untuk lebih mudah lokasi ini terletak bersebelahan dengan Uptown D'Kota. So meh la ramai'ramai soping soping. Hgpa takan menyesal punya kalau mai soping. 
Konsep wajib mestilah barang terpakai. So semua item ada kat sini. 
Kain baju, buku muku. pinggan mangkuk, perhiasan umah tangga macam-macam la. Tak tau nak senarai banyak sangat.

Gambar pinjam kat PAGE : Car Boot Sales Kota Damansara

Gambar pinjam kat PAGE : Car Boot Sales Kota Damansara

Peniaga dah mula penuh selepas waktu SUBUH lagi. Semangat gila kan. 
TERBAIK betul peniaga-peniaga kat sini.


Ada tak peminat-peminat TEGAR ? (bukan aku yg dulu bukanlah yg sekarang na)   maksud aku peminat TEGAR BARANGAN COCA COLA. Hgpa boleh datang terus ke booth abg shah (0182540744). Semua brg rare coca cola ada dijual. 










Jam lama


Basikal Jepun





Baju sahaja!!! Abg hensem tu tak jual. He..he... macam muka angkasawan negara la pulak brader ni



Abg Andy Flop Poppy turut berkunjung ke car boot sale. 















Abg Andy Flop Poppy bersama isteri di car boot sale kota damansara.



Krew TV-Al Hijrah turut membuat cover-up untuk dimuatkan dalam rancangan terbitan mereka. Tahniah penganjur kerana telah membawa car boot sale kota damansara sampai ke tahap ini. Wa caya sama lu !!!!






Rabu, 12 Februari 2014

Tarikh Bayaran BRIM 3.0 Pada 22 Februari 2014... ALHAMDULLILAH



Tarikh rasmi dapat duit BR1M 3.0 mulai 22 Februari 2014. Menerusi kenyataan Dato Seri Najib Razak dilaman sosial, Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 akan dibayar terus ke akaun pemohon yang layak pada 22 Februari 2014. Manakala pemohon yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan akan menerima BR1M secara berperingkat bermula 23 Febuari 2014. Ini bermakna, pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran BR1M 3.0 menerusi baucar.




Ahad, 9 Februari 2014

DIY Wedding Guest Book Simple

Salam semua....yuhu..yuhu..


Rajin pulak kak ton ni dok tulih blog. Kalau malas berbulan tinggal berdaki. Bukan takat bersawang lagi dah..Hua ..Hua..hua..
Hari ni aku nak story pasal DIY Guest Book. Semua main kawin kawin ada guest book kan sekarang. Kak ton pun nak wat jugak la. 
Walaupun time aku kawin guest ja ada..book tak dak pun...sob..sob..sobb....
So tanpa bnyk merapu meraban jom kita tengok hasilnya.

Bahan Bahan Yang Diperlukan
Sendiri Punya Artwork
Mounting Board A4 - 2 pcs
Renda Lace
Reben
Brooch
Gam UHU
Glue Gun
Aksesori Berkaitan



 Cara-cara nak buat pun tak susah mana. Ampa tgk gambaq pun leh tau dah buat cam na. Semua main lekat-lekat ja. Artwork tu pun godek-godek kat internet. Ejas wording kat Phtotoscape. Pastu print. 
Semua reben/lace semua benda2 yang sedia ada dlm kit diy aku. So guna pakai ja yang mana sesuai. Takdak yang beli. 
Isi dalam aku buat kat Microsoft Word ja. Pastu adik aku yang print dan fotostat ikut berapa tebal ampa nak. Aku buat 50 m/s. Tak cukup weiiii
Korang up lebih sikit 100 m/s better kot. 
Semua tulis sorang satu muka mana nak cukup. 

The best part is kanak-kanak kandos yang paling xcited nak tulis dgn pen kaler-maler tu. Macam -macam wish depa tulis. Lawak bila baca. Yang spellling hantam kromo.
Ok !!!! Pastu boleh la p hantaq binding. Guna comb binder wire yang halus baru efek lebih cantik. Jangan ampa binding seropa folio sejarah tu. 
Hias la ikut rasa hati dan kreatviti. Aku letak brooch pepel kat cover tu. Buang pin lekat dengan glue gun. Gun UHU tak boleh guna ye part ni. 
Ampa wajib ada Guest Book ni tak kira la DIY atau tempah kat designer untuk efek yang lebih kebaboom. Memori ni akan kekal sampai bila-bila. Sama macam kita simpan gambaq. Sambil baca sambil qenyeh.

Cau Cin Cau
Wassakam






Sabtu, 8 Februari 2014

DIY Centre Piece Meja Pengantin/Tetamu

Salam semua...


Hari ni nak story pasai DIY centre piece meja makan pengantin dan meja makan tetamu pengantin. 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Lidi
Gam
Tin Susu
Kertas Pembalut
Bunga Recyle
Surat khabar lama/Span Bunga (ikut mana dan)
Design Sendiri



Memula ampa design la sendiri nak buat pesen lagu mana signage kat atas tu, Kalau tak berapa nak ada bakat ampa leh la google printable design pastu tambah tambah ja la ayat-ayat sendiri. 



Tin susu terpakai yang dah lama kumpul. Cuci bersih buang besi besi tajam tepi tepi tu. Satg luka tangan pulak. Gambar ni sebelum di proses. 



Lepas tu ampa balut la tin tu bagi nampak semenggah comei sikit la no. Ampa leh ja balut ikut kreativiti masing-masing. Guna pembalut hadiah ka. Tapi aku guna reben kertas. Semuanya recycle. Sep..Sep...



 Bunga yang maklang aku nak buang mak aku kutip ambik. Dia tanya nak pakai ka nak buang. Jangan dok buang la mak oiiii....Tunggu sat ada guna ni..


Hasilnya selepas SIAP....Satg ada pulak yg tanya la ...nak buat camna kak. 

Ishhh ..ishhh ampa ni manjers sungguh. Senang ja pun. Kalau ikut folo cara kedekut aku sumbat ja paper lama dalam tin tu.
 Tapi kalau nak hasil lagi kemas letak span bunga tu. 
Lepas tu ambik la bunga bunga cinta tu susun ikut kreativiti. Tujuan nak tutup span or paper lama tu. Lepas tre cucuk la lidi yg kita dah tampal dengan sticker. Final lekat la reben untuk memaniskan lagi penampilan.. Hi ..hi.hi...Ha..senangkan...Cepat p buat.





Jumaat, 7 Februari 2014

Tutorial Bunga Crepe Giant

Salam...salam..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..PEACE

Hari ni aku nak share projek diy aku untuk menghasilkan sendiri pelamin. Untuk menjimatkan kos bunga aku dah decide untuk buat bunga drp kertas crepe. 
Projek yang sangat simple semua orang boleh buat dan hasil yang sangat ohsem.
Ampa leh la google kat youtube untuk tutorial yang lebih jelas. 

Bahan-bahan 
Kertas Crepe 10 pcs
Pisau/Gunting
Dawai/Reben
(Aku prefer ikat dgn reben)


Bentangkan kertas crepe macam kat bawah. Aku guna 10 helai. Lagi banyak lapisan so bertambah la kelopak dan lebih cantik. Aku tak gunting kertas ni coz nak buat giant flower. Kalau nak saiz kecik gunting je la kertas crepe tu ikut saiz yg ampa nak.


Pastu lipat macam nak buat kipas lipas...Lepas dah sampai ending ampa ikat dengan reben. Sebab apa aku prefer guna reben coz lebih mudah  berbanding dawai. Tangan pun tak sakit nak ketatkan ikatan. Lebih kemas aku rasa. 


Lepas dah ikat segala.. gunting hujung bentuk scallop. Ni optional tak gunting pun takdak masalah negara pun. Tapi nak nmpk efek lebih cun melecun ampa guntinglah jangan melawan. Ok dah belummm...


Akhir sekali...ampa bukaklah setiap lapisan kertas tu. Bukak dengan penuh kasih sayang. Nampak tak??



Tadaaaa.....dah siap. So ampa boleh lah hias ikut kesesuaian majlis. 





Ni la hasilnya DIY pelamin bersanding adik aku. Tak siap lagi ni...Bunga crepe gedabak tu letak kat tengah2. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...