NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Jumaat, 26 Julai 2013

Baju Akad Nikah

Salam Ramadhan..

Lama sungguh aku tak updet blog. Kak ton sebok la ampa mana tau.
 Sedaq tak sedaq dah 18 hari kita posa. Sedih no...Aku akan merindui Ramadhan lagi. Ramadhan tahun ni adalah pencapaian terbaik aku dapat p semayang Terawih dgn lebih kerap. Aku p dengaq takzirah ustaz. Aku dengaq ustaz-ustaz berqasidah. Oh..mai...Alhamdullillah Ya Allah kau masih bagi aku kesempatan untuk melakukan ini semua. 
#sambil type ayaq mata mula la nak bergenang...sob..sob..

******************************************************************************

Sebenaqnya aku nak cerita pasai sambungan preparation kenduri adik aku hujung tahun ni. Baru-baru ni depa dah p Jakel usha-usha kain nak buat baju akad nikah.
So nilah pilihan kain bakal adik ipar ahkak...Harga >< RM500 kot.
Color : Beige
Simple but Nice and yg penting tak nampak over sangat. My personal opinion utk baju akad nikah tak yah lah pilih yg serabut2 sangat. 




Gambar kredit pada Mycutemoment 

Aku ada suggest kat adik aku buat baju melayu fesyen macam nabil pakai ni. 
Cutting slim fit. Nampak hensem kan. Tak tau la dia setuju ka dak. Adik aku tu satu haru jugak semua nak simple2. Simple la ni bukan aku suruh boh renda ka lace bagai.




Lepas depa setel bab baju akad nikah time hunting baju nak bersanding pulak.
 Lokasi butik pengantin Busana Fitri. Port ni dah jadi tradisi semua beradik2 aku guna khidmat Fitri. Mak aku pun dah kenai dgn depa ni senang la nak mintak diskaun kan.
Usha-usha dulu la baju2 yang ada coz time ni cuti sekolah so baju pun banyak yang keluaq. Try la yg mana ada dulu. 
Aku suka kaler ni. Memang antara color wishlish la. Tapi kami dah decide nak pakai 
EMERALD GREEN. 
Malangnya design yg cun takdak kat kedai. So next time kena mai la balik. 

***********************************************************

Kepada bride to be yg nak sewa pakaian untuk flower boy dan tuxedo untuk flower boy boleh lah klik 
SEWA TUXEDO DAN GOWN FLOWER GIRL













Selasa, 18 Jun 2013

Warna Tema Kahwin - Jom Jom Kita Pikiaq

Salam uols...

Sihat dak adik2 semua. Alhamdullilah kalau boleh online tu kira sihat la tu kan. Alhamdullilah. Hari ni saja la aku nak share-share kepeningan kepalaan nak pilih wedding theme color utk majlis kawin adik aku. Untuk theme color aku lebih suka pastel color. Tu memang soul color. Tapi untuk wedding outfit kalau boleh nak color yg terang.My laki dah pesan awai2 lagi pakai warna terang dalam gambaq baru nampak meletup cantik. (Nasihat seorang wedding photografer tu) Jom layan warna tema-tema ni dulu sebelum kita keputusan.


Fushia Pink



Teal + Green + Antique Gold + Aqua + White


Turqoise + Pink
Tahun lepas aku bekenan sangat dgn color Turqoise. Teruja betui dgn kaler tu dlm kepala dh planning macam-macam. Tapi lately ni p kenduri semua pakai theme turqoise. Dh mula rasa menyampah. Takde kolor lain ka semua pakai kaler sama ja. Haishhhhhh!!!!! 
So this year aku mula mereka kaler2 lain yg mungkin lebih segar. Chewahhhh.,ayat poyo. Susah betui kalau nk decide color sesuai dgn imej pengantin lelaki ni. Kalau belah pompuan bnyk ja color yg matching. Boh pinky pinky sikit setel. Adik aku awai-awai dh warning jgn nk gatal suruh pakai pink. Ok.
 So color PINK sila pegi main jauh-jauh. Khidmat anda saya hanya diperlukan semasa adik bongsu perempuan saya kawin soon. 
 Tapi aku suka pastel color. Lembut lembut nampak sweet. Dalam kepala otak aku dok pikiaq nk guna theme purple dgn biru. Tapi tona kaler camna yg cun aku nk pilih? Sekali lagi aku penin menggoggle. Tanya mak aku semua taktau dia pun penin. Jom la mak.. kita penin sama-sama. Tak aci la camni. Finally aku rasa best dan fall in love dgn TIFFANY BLUE. Aku nk matchingkan dgn color PURPLE LAVENDER. Melengkapkan lagi dengan suntikan warna PUTIH. Kalau boleh nk boh jugak color SOFT YELLOW. Tamak betui aku ni semua color aku nk harung. Yela semua kaler cantik kan. Tu pasai la kepala otak aku ni berserabut nk pilih.


Tiffany Blue


Purple Lavendar

Mak aku dah siap bagi bajet nak beli kain beli baju Melayu adik kedua aku. Omaigod susah betui nak cari kain kaler ni. Aku p ronda kat Nagoya dengan Kamdar kat 
Jalan TAR takdak la pulak. Tanya kat salegirl Nagoya dia kata color macam akak nak ni memang cepat habis. Aku siap bawak contoh takut silap beli. So aku plan nak p Jakel Seksyen 7 kat Shah Alam. Harap-harap tu adalah setel keje aku. 



Aku dah jumpa sebenaqnya kain color ni masa aku beli baju raya kat Nagoya Jitra. Tapi tgh tunggu mem besaq approve dulu. 
#Adoiii mampu tersenyum dan buat muka toya

TAPI !!!!!!

Adik aku Jannah ajak aku tukaq color la pulak kes tengok baju Nabil kat MELETOPS.
^
^
^
^
Haishhhh

Tapi ok la jugak color ni pun antara wishlish jugak
^
^
^
MINT GREEN







Kepada bride to be yg nak sewa pakaian untuk flower boy dan tuxedo untuk flower boy boleh lah klik 
SEWA TUXEDO DAN GOWN FLOWER GIRL










Isnin, 10 Jun 2013

Cuti Hujung Minggu di Wang Kelian, Perlis

Salam sayang blogger..

Nak up entri lama p cuci mata kat Wang Kelian, Perlis. Tujuan menghabiskan masa cuti kat kampong. Ni bukan rombongan cik kiah noooo....no..no..no...rombongan kami tiga beranak only. Sebelum cik kiah ni melalut lagi meh nak kongsi info berkenaan Wang Kelian ni.

Wang Kelian merupakan kawasan sempadan antara Malaysia-Thailand
 (Wang Prachan). So setiap hari AHAD kita boleh la p soping nun sebelah Thailand tanpa sebarang penggunaan BORDER PASS atau PASSPORT. Tapi jarak bebas drp pos Imigresen Malaysia-Thailand HANYA 
1 Km SAHAJA. Jangan nak berangan nak p sampai HATYAI lak...

Tips kalau nak p soping kat sini aku sarankan p la awai2 belah pagi. So tak lah panas sangat. Nak soping pun rasa tenangla sikit. Satu lagi masalah parking. Kalau ampa sampai lambat silalah menapak kawad kaki utk sampai kat pos imigresen. Yang ni yang selalu buat aku tensi. 

Satu yang unik dan adventure aku rasa perjalanan nak sampai kat sini. Mula tempoh kawasan kampung dan ladang getah. Nanti ampa akan jumpak jugak lokasi ke 
GUA KELAM. On the way balik nanti boleh singgah piknik kat situ uols. Lepas tu ampa akan naik bukit yang berbelit-belit dan bersekolah sangat tajam. Scaryyyyy....Adoi aku tak leh bayang kalau naik bas rombongan camno....




Kami sampai pun lewat jugak dalam pukul 10 pagi cam tu. Matahari dah naik terpacak jugak ataihh pala. Nampak makcik2 dah berpayung bagai. Sek bek dapat parking tak berapa jauh sangat coz kebetulan ada keta yang keluar. Mekasih PAK LONG sebab keluar awal. Tidak terpaksa la menapak sampai huihhhh tapak kasut. 


Ok dah sampai pos imigresen. Jalan terkedek-kedek dalam barisan. Sila ikut arahan yang ditetapkan ok. Kalau bawak fulus sampai USD10,000 sila declare dulu. Yang bawak RM100 ja terus jalan. 




Oooo aku nak habaq kat ampa pasar ni depa panggil 
Pasar Sehari Wang Prachan, Satun. 
Suasana mmg sibuk dengan org yg berjalan kaki. Keta dgn motor Siam pun dok keluaq masuk sempadan. Pelik tui...kita p soping belah sana. Yang orang Siam p soping belah Malaysia. Aku tengok depa banyak dok angkut barang makan macam bawang sampai berguni. Mayb mahal kot dekat Siam. Baju-baju ni depa tak tak layan dah.


Kaum-kaum ibu yang ni la agenda utamanya periuk belanga. Aku pun dua kali lima jugak la. Siap tema Inggeris lagi jangan tak caya..kaler pinky-pinky lagi. Wajib la aku beli satu mangkuk tingkat. Kalau orang utara panggil si'ya.. Harga ikut saiz dan ketinggian. Aku beli yang rega RM10 kot ..alamak lupa la..cukup la untuk 3 org makan. 
Nasihat aku kalau bekenan terus beli tak yah nak survey2  tunggu nak beli dekat Padang Besaq. Sebab harganya dh sangat MURAH. 


Toto n NARITA pun melambak-lambak ada jual. Harga pun boleh tahan murah. Aku tak beli pun dah melambak kat umah tak tau nak simpan kat mana dah. 




Sayup ja mata nak berjalan jauh lagi tu. Tapi kalau di hitung lebih kurang ja macam ronda kat Pasar Pagi Stadium Shah Alam. Bezanya tang ni jalan stret ...kat Shah Alam gerainya ada susunatur. Penat dengan panas sama ja. 

Ammar awai-awai lagi dah dok keep remind nak beli kepala ANGRY BIRD yg warna hitam. Memang murahhh sangat. Balik adik aku pun bising2 pasepa tak beli dia satu. Heloooo !!!!! Awak tu dah leh jadi bini orang ok !! Say No to anak patung.


Risau aku bila Ammar duduk. Buatnya patah kaki kosi tu naya aku beli kat Siam tu. Kualiti kaki kosi tu mcm x brp nk tahan lama aku tgk. Mau kena punggung aku sebulan rasa dah patah.




Tumpuan utama aku tengok ramai yg mai pakat beli basikal fixie opkos la tengah IN la ni kan. Oso  keta dan motor budak2 tu. Macam-macam jenis dan design ada. Ramai yang kata murah sesangat. Orang Thailand pun mai buat rombongan cik kiah, Jangan ampa tak tau. Depa banyak dok angkut benda2 ni semua. 





Barang-barang kraftangan pun banyak depa jual kat sini. Macam bakul rotan dan bubu serkap ikan.  Kot ada yang try tangkap ikan sendiri leh la beli. Kalau x dak skill beli buat perhiasan udah ler...




Thailand ni seperti mana ampa dah tau memang syurga makanan macam kat Malaysia jugak. So tak heran la kat mana pun makanan mestilah jadi tumpuan utama. Macam -macam benda makan yang besa aku tengok dan yg tak pernah tengok pun banyak. 
Pilih la ikut tekak masing-masing. Kalau rasa tekak tak leh nak p tu tak yah la dok gatai beli. Or kalau rasa ragu dgn tahap kebersihan pun jangan beli. 



Daripada pemerhatian aku org Thailand ni memang kretip. Mungkin  faktor kemiskinan kot  depa leh pikiaq benda yang kita sendiri tak leh nak pikiaq. Unik kan acuan pembakar WAFER versi Siam. Tapi rasa so so tak berapa nak matching dgn tekak aku. 


Seperti biasa benda cucuk-cucuk ni memang banyak la.


Kretip tak ? Ko ado ? Jual ayaq dalam bekas yang super unik. Rasa macam nak beli bekas tu bawak balik. Leh wat pakai raya.



Belacan...belacan sapa mau beli. Belacan pun kretip ooiiii...


Cuba ampa tengok cara depa pikiaq. Tak payah nak bawak dapoq yg besaq gedabak. 


Ni rombongan cik kiah dari Siam. Hambekkk kau !! Penuh bas. Bas pun cun bukan main VIP Class. Soping lagi dasyat dari orang Mesia. Segala mak bagai depa angkut penuh bas.







My Ammar dengan polis Siam kot yg jaga sempadan.

Setakat ni jelah serba sikit perkongsian pengalaman aku. Terima Kasih sebab sudi singgah dan baca sampai habis.

-BUBAI-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...