klik nuffnang

NAK JOINT

Isnin, 1 September 2014

Magical Reunion De Langkawi Bermula

Salam semua...


Gila lama tak berblog. Ada hampa kisah ka ? ki.ki..ki..Wat blog syok sendiqi cam ni la...suka suka hati bila nak tulih..Pasaipa kak hgpa ni tetiba qajin nak menulih??  
Ada la tu benda dia nak menunjukkk. (mana ada tak baik tau )




Sebenaqnya memang nak mewar-warkan pun...hik.hik.hik.. grup classy lady kami nak  pegi trip. hoyehhhhh.....Trip dekat ja pown..seqonok macam nak pegi obersea.
GIla tak seqonok a way sat daripada family drp qeja yg memasing melambak. 
Aku dengan Irah  nak la jugak  mencari inspirasi utk design design baru projek
Lea Chempaka - The Kid Kurung.

Ekceli this trip dah dirancang a few month. Besa la aku jugak la tukang jadi koordinator. Bukan senang wei nak atuq nak survey sana sini. Nak compom sapa yg p sapa yg dak. Memasing banyak komitmen. Salah sorang dari ahli tak leh nak p coz termengandung pulak waima anak dia pun nak UPSR tak bbrp hari lagi ni.
(Ok kami paham Izah moga Haikal dapat folo abg dia ke MRSM)

Kalau ikut plan asal kami nak dok homestay ja murah sikit dalam RM150. Tapi bila aku timbang tara balik cam bosan ja kan tengok umah taman sama bentuk macam umah sendiri. 
Tak vacation lansung. 



Idea !! Idea !! Come out plz !!!!

Aku dgn Irah dok sembang sembang jugak pasal isu ni. Maka Irah mula la menyages homestay ni..Wah !!!! nampak melting kan..



Akak mula la berwasap dgn owner this chalet. 
Langkawi D'Chalet
Lokasi : Chandek Kura. Kedawang Langkawi
Rate : RM130.00/nite
Bilik boleh masuk 4 orang
Best !! Best !!

Tapi yang spoilnya kami nak dok betui betui pekan Kuah kalau boleh. Senang nak cari makan minum. Adoiii melepaslah aku  nak feel dok chalet ni. Nak kocak kocak ayaq dengan kaki. Nak pakai sunglases terbongkang ala dugong. So aku terpaksa survey another hotel or apartment area Kuah. Kalau dok hotel tak best jugak coz tak leh nak lepak sekali semua. Alternatifnya service apartment yang paling sesuwaiiiiii. 

Aku dah banyak survey apartment-apartment dekat area Kuah.  Tak best la dok tempat yg sama kan. Sebelum ni dah pernah check-in kat  Sri Lagenda Condo  Best jugak kat situ berbaloi dengan harga dan kapasiti penduduk boleh sumbat macam sardin. Saja nak try overnite kat tempat lain pulak. So aku decided nak check-in ja dekat Century Suria Apartment
Lokasi : Kelebang, Kuah



Aku dah deal dah sebenaqnya dengan owner. Dah janji nak depo dah pun. 
Tapi !!!!!! Pasepa la aku gatai nak p survey tempat lain lagi  ha .......Lastly owner wasap sorry sis apartment dah penuh....
(Qeyau sambil pegang teddy bear)

Tiba-tiba rasa nak pening coz kena cari apartment lain. Tapi rileks ...tarik napas hembusss...aku dah dah dapat apartment lain tapi jauh atas sikit dari Kuah. Malas nak  cakap banyak aku tengok bilik ok katil cam ok ada swimming pool jugak. Kira on ja.

Sri Idaman Apartment, Kuah, Langkawi
Lokasi : Taman Langkawi
Rate : RM250/nite



Tapi aku admire betui dengan satu service apartment ni. Dayang Bay Resort baru ja bukak dekat Kuah. Tapi disebabkan harga agak mencabar kewibawaan nak membayarnya. So kita merenung di kejauhan ja dulu. 





Trip percutian berkonsep bajet ciput. 
Sewa Apartment - RM250.00/nite
Sewa Toyota Innova - RM140 (1 hari stgh)
MInyak Kereta - RM50.00
Total : RM440.00

Dibahagi kepada 8 orang
Sangat Berbaloi !!!
Nanti aku akan wat entry khas untuk bajet selepas selesai cuti cuti mesia ni.









Rabu, 9 April 2014

Hantaran Perkahwinan Sebelah Lelaki

Salamm...

# Ampa layan la pic dulu tuan tanah takdak masa lagi nak merapu. Tengok gambaq lagi baguih dari merapu.














Ahad, 23 Februari 2014

Pilih Pilih Hantaran Kahwin


Qabun mata dak..qabun dak...ha ha ha...#tenyeh mata doploh kali baru nampak. 
Penin gila tengok berpuluh puluh design hantaran. Nasib baik dah banyak kena booked peratus nak memilih dah tinggai ciput. Tak la aku tensi sangat. Tapi tensi jugak yang aku dgn mak kenan semua dah ada org book. Haihhh
Apa ja tinggai kat kami..hu hu hu...aku ingat awai sangat dah mai kenkonon nak booking. Rupanya nan hado..
Ekceli lokasi kedai ni kat SP Plaza Sg. Petani, Kedah. pada b2b yang berhampiran leh la p terjah. 
Harga sewa sebekas = RM20.00

Ok Bai..
















Ahad, 16 Februari 2014

Car Boot Sale Belia 4B Subang, Kota Damansara

Assalamualaikum....

Yeahhh tora datang lagi...car boot sale datang lagi. Nampaknya fenomena car boot sale dah sama dengan fenomena kek keju leleh..nyumm nyum..Kali ini kami bawakan kepada anda anda di luar sana utk datang meramaikan lagi CAR BOOT SALE BELIA 4B Subang. Tapi berbeza sikit konsep drp CBS kat Uptown kat sini boleh jual barang terpakai dan baru.

Lokasi : Tapak Pasar Malam, Jln Pekaka 8/1, Seksyen 8, Kota Damansara
Hari Kejadian : Setiap Sabtu
Masa : 8 pagi - 12 tgh hari

Konsep Barang Terpakai
Spt : cenderahati, hiasan rumah, beg, kasut, buku-buku lama, rekod lagu, video permainan kanak-kanak, setem, duit syiling, perabot, perkakas dapor memasak, permainan sukan, peralatan tukang, aksesori dan lain-lain lagi (barang terpakai yg masih dalam keadaan baik)

Barang-Barang Baru
Spt : pakaian lelaki dan wanita, aksesori, makanan tambahan dll
 (Penganjur menggalakkan barang baru tetapi dijual dengan harga yg lebih murah daripada pasaran)

Perkhidmatan
Spt : Kereta terpakai, kad kredit, insurans, kad top-up dll yang berkaitan.

TIDAK DIBENARKAN
Apa sahaja produk yang terlarang menurut Undang Undang Negara termasuk senjata api dan barangan makanan yang tidak HALAL untuk umat ISLAM khususnya.
Segala jenis dessert/kuih/jeruk/buah yang sudah siap di packing. Nasi lemak/nasi goreng/mee goreng juga tidak DIBENARKAN.

Facebook Fanpage : Carboot sale 4B Subang




















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...