NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Ahad, 19 Mei 2013

Perkelahan di Ulu Yam, Sg Tua Selangor

 Salam kecerian...........

Nampak tak muka keceriaan tu..senyum pun seindah suria. haruslah mood semua dalam keadaan best sebab nak pegi piknik. Plan terkejut tergempaq so aku pun takdak masak apa la. Yang jadi tukang masak Cik Na coz depa yang buat planning. So aku sefamily tumpang bedal ja la. Plan kami ni nak pegi piknik dekat Ulu Yam, Selangor. Pic ni snap dekat Empangan Batu.



Lokasi Ulu Yam di Sg Tua tak jauh sebenaqnya dari Batu Caves. Nak cari pun tak susah mana bila sampai ja Batu Caves ada ja signboard ke Ulu Yam. Wowwww jalan nak masuk ke Ulu Yam ni agak bengkang bengkok berbelit belit penin jugak pala aku ni. Sebelum sampai ampa akan jumpa Empangan Batu..sangat cantik.Ramai orang dok memancing kat situ.


Sepanjang jalan nanti ampa akan nampak la sungai di sebelah kanan.Tengok tang mana port best masuk ja la. Sepanjang jalan tu semua port berkelah. Port yang kami p ni dekat area Sg.Tua. Ada banyak lagi port menarik kat kawasan ni yang aku sendiri pun belum xplore lagi. 


-Tempat Menarik -



Rock Resort, Ulu Yam

Woods Resort, Ulu Yam Perdana
Air Terjun Sungai Sendat
Sungai Tua Ulu Yam
Hutan Rekreasi Ulu Yam



Pondok-pondok pun banyak dibina dekat kawasan sungai. So senang dan selesa la aku rasa. Tapi time weekend ni memang ramai la orang. Berserabut juga la kepala otak aku. Kami jalan menyusuri sungai konon nak jauh sikit drp orang. Nak kawan dgn beruk kot makcik ni....takmau kawan dgn orang...hi..hi..hi

Bila dah dapat port cantik....bentamg tikaq...hmmm sangat nyaman weiiiii. Ammar terus terjun dalam sungai macam tak mandi setahun. Adoiii....tak leh tengok ayaq lansung. Takdak nak riki line ada boya ka apa ka.. Mintak simpang.



Cer tengok perangai anak aku. 


Aktiviti selain drp mandi manda ampa boleh membina istana pasir...ha..ha..
..TAK CAYA...cer tengok budak-budak tu gigih pakai cawan polistren dok main pasiaq. Nak buat camna anak orang pekan tak pernah main pasiaq..keciwi betuiii.


Lepas dah bergembira buat CASTLE..drama ayaq mata pun terjadi..Pasaipa ??? 
Kes berebut cawan..berebut kawasan..leh cam tu. Dah menganga si KIMI sentap dengan kakak IKA.



Ni jiran sebelah. Depa bakaq ayam..Menyembuq-nyembuq bau. Rasa macam nak pergi bagi salam pun ada bawa pinggan dok bersila.Jeles I tau. Nanti nak mai lagi bakaq ayam jugak ...up lagi dengan ikan sekali...



Kemudahan kat sini terutamanya tandas aku rasa kurenggg sikit. Masih tak berapa nk bersih. Mana-mana p kat Mesia ni susah sangat ka nk dapat tandas bersih? 
Tandas kat sini kena bayar no bukan FREE. Kalau sepuluh kami ampa nak terkencing 10 x lah kena bayaq. 
Gambar kat atas ni tempat salin baju. FREE. Kalau yang ni pun kena bayaq memang sangattttttt la. Tapi sebelum nak menyalin mata haruslah mengecheck atas bawah depan belakang. Mana la tau kot ada yang baik punya dok SKODENG. 


My laki baru nak berendam lepas sibuk dok buat sesi photo photo dengan ayaq sungai.


Aktiviti sampingan susun batu sapa paling tinggi. 



Susunan batu ni agak lucah aku rasa. 



Kawan baik aku Ina dengan Zul. Orang Kedah jugak.


Ayaq sungai ni sangat SEJUKKKKKKKKKKK. Aku sendiri pun tak berani nak mandi. Rendam kaki pun dah rasa macam ketui ais. IKA sampai qeyau-qeyau (nangis) nak naik. Tak tahan sejuk. KIMI lagi la baru celup kaki terus tak mau. Ammar ja enjoy habis. Aku tak tau la kulit apa budak ni boleh tahan sejuk. Bukan sejam tapi berejam-rejam dia mandi. Papa Zul dukung bawak naik kakak IKA yg dah terketaq-ketaq tak leh nak jalan. Siannn die...




Selain aktiviti mandi manda ampa leh jugak menikmati keindahan hutan yg  masih terpelihara keasliannya. Kalau yg minat fotografi tu leh la makro kat sini. Cantik giler...Dua tiga keping dah la share kang ampa nak menyampah pulak. Ok aktiviti kami berakhir disini. Insyaallah ada kesempatan kita datang lagi. Terima kasih Tuhan di atas keindahan alam ini semoga manusia akan sentiasa menghargai dan memelihara alam ciptaanMu. AMIN

---Bubai---










Sabtu, 18 Mei 2013

Mari Belajaq Buat Brooch Daripada Felt Craft Langkah Demi Langkah

Selamat petang anak-anak semua...

Hari ni mood Hari Guru dah mai. So entri pun harus la ada berkisar bahan-bahan ilmiah no. Baiklah anak-anak murid ku sekalian alam hari ni cikgu nak buat tutorial brooch felt craft kat ampa semua. Craft ni sesuwaiiii sangat la buat dengan anak-anak dara ampa. Aktiviti bersama anak-anak barulah ada kemesraan bersama. Oklah tak yah dok mereben panjang-panjang kita teruskan sahaja dgn kelas kita. 


Bahan-bahan yang diperlukan :
Corak bunga di atas kertas
Kain Felt (pelbagai warna)
Gunting
Jarum
Benang Felt
Kancing Brooch



Memula ampa print out la corak-corak bunga yang bekenan di hati. Kalau yang kretip tu boleh la lukih sendiri save duit ink printer. 
Kemudian gunting bunga yang dah di print out tadi.
Kemudian gunting pulak kain felt ukuran 4 segi. 
Ambik bentuk bunga sematkan guna jarum di atas kain felt Tujuannnya senang la nak gunting kain tu tak bergerak2.



Proses menggunting pun bermula. Gunting cantik2 no ikut bentuk bunga. Paham dah kot no serba sikit.



Lepas tu ambik satu lagi bentuk bunga yang kecik sikit ulangi jugak la proses yang sama. Nampak la nanti bumga tu jadi berlapis-lapis. Kalau ampa rajin buat la banyak lapis pun lagi la shantekkk....


Bila dah siap dua kelopak bunga tu proses mencantum pun bermula. Oppss lupa nak habaq buat satu inti kecik kat tengah2 bunga. Gunting ja lebihan kertas felt. Buat ja la bentuk bulat ka bentuk love ka..suka hati ampa la.
Ambik jarum jahit untuk cantum ketiga2 kelopak bunga. 
Lepas tu ambik kancing brooch jahit di belakang bunga tadi. 



Taraaa......dah siap. Walaupun tak semenggah mana tapi oklah kan...kategori bebudak tadika.. Sekian sahaja tutorial cikgu untuk hari ni. Sampai kita jumpa lagi di lain siaran. Insyaallah....BUBAI....





Selasa, 14 Mei 2013

Jalan-Jalan Cuci Mata Di Pavilion Bukit Bintang

Salam..salam..tak jawab dosa tanggung sendiri no...


Berpeluh dik non...nak menghapdet entri tertunggak bila mana kemalasan dah tahap gaban lawan raksasa. Ok entri ni sambungan dari SINI no. Kalau tak baca kang ampa 
 terbangang-bangang lak tengok depa ni nak jalan p mana dari mana seropa ahli UMNO balik meeting. Tema hari ni takdak kaitan dengan mana-mana parti politik ok..sekadar kebetulan ja no kami  terpakai kaler sedondon. 
But I love this kaler. Theme raya aku tahun ni ELECTRIC BLUE. Cer ampa tengok font kaler pun pakai kaler yg sama. Nampak keobsesan aku kepada kaler ni.


Puak-puak ni sebenaqnya baru ja keluaq dari PWTC lepas menqabihkan duit membeli buku. Dapat la pulak goodies beg free dari Bank Rakyat. Tu yang ala-ala mak datin baru keluaq dari butik. Sebenaqnya depa ni nak p ambik qeta parking kat dalam Sunway Putra Mall. Tak tau kan kat mana kan!! kan !! lan !!! 
Tu nama baru dulu pakai nama The Mall. 
Tu la eksen sangat tak mau soping kat sini asyik naik SOGO, Mid Valley, One Utama. The Mall tu dah kira mall tahap senior warga emas dah la. Sedari aku kecik dah ada mall ni. Kalau nak mai Kelumpo mesti nak p The Mall sebab ada ala2 theme park masa zaman 80'an. 




Kami dah plan nak p merayau kat Pavilion. Saja ronda ronda cuci mata kot-kot la ada beg LV sale leh la aku beli. Lepas dah parking keta snap no tiang. Ampa jangan tak tau tu mmg tabiat aku rasanya org lain jugak kot kat Kelumpo ni masuk shopping complex mesti tangkap gambaq tiang parking tu. Pasaipa ??? Jgn buat pasai boleh dok sesat cari keta tak jumpa dlm shopping mall yang besaq2 ni. 
Aku dah ada xperience oiiii....

Aku lupa nak share lokasi Pavilion dek non oiii kat Jalan Bukit Bintang. Terletak di tengah2 kawasan segi tiga emas Bukit Bintang. Kawasan yang femes tu ler mcm ala-ala Bervely Hill gitu. Sedikit sejarah aku nak share kat ampa dulunya tapak Pavilion ni Sek Men Perempuan Bukit Bintang sekolah yang tertua di Kuala Lumpur. La ni sekolah ni dah pindah nun dok tang Cheras. Nama pun dah upgrade jadi Sekolah Sri Bintang Utara. Ha...baru ampa tau kan....Tidak selenga ja tak tau sejarah. 

Nak mai sin pun tak susah... lagi-lagi kalau ada GPS...kan kawan-kawan. Kalau malas nak drive jangan susah hati naik ja Monorail senang. Ada dua stesen yang terdekat Stesen Bukit Bintang dgn Stesen Raja Chulan. Pas tu ampa jalan la sikit eksesais.




Agenda pertama cari tempat makan. Perut dan buat konsert K-Pop (K-Pop tuuuuuu). Makannya bulan di Grand Palace ye.. Hanya sekadar lalu dan pandang sahaja. 


Sebelum makan haruslah membuang apa yang patut dulu. Dan tidak lupa jugak foto gedik di sekitar kawasan tandas. 


Model Starbucks...leh ka 


Sesi perbincangan MAKAN DIMANA berlansung di depan kedai ni. Shelly dok suggest kami try makan belut dekat Japanese Restaurant. Bluekkkkk !!!! Aku rasa kalau aku makan mesti pengsan bangun pengsan bangun lagi dan terus pengsan!!!!



Setelah berjalan mengikut kaki akhirnya masuk kedai tokwan jugak...Order pun benda yang sama jugakkk..Opss hari ni ekceli besday BFF Asmiza. Yang mana satu ??Tu yang dok cakap tepon sambil pekup telinga tu. Tah menda la dok pekup-pekup tu takut taik telinga cayaq kot. 


Zila hang leh jadi model ayam kepci.
 Sangat berbangga dan ceria ketika menikmati  ayam kepci. 


Ha...yang ni dah habis tepon haruslah berfoto gedik dulu sebelum membaham ayam kepci. The best part sambil makan sembang sampai tak hingat dunia. Wei ampa sedaq dak kita dok kat public. Semua pandang-pandang kita tau macam retis...


Perut dah kenyang ayuh kawan-lawan kita shopping...ha..ha..ha,, shopping la sangat.  Ternampak butik Gucci terus berebut-rebut nak duduk bawah tu. Yang pastinya aku jugak la jadi tukang snap. Lepas depa ..depa..depa dan depa..(mereka)



Tak leh jadi aku pun mesti enterprame. Siap cekak pinggang lagi. Tu amaran aku sebenaqnya dekat Shelly. Kalau gambaq tu tak jadi memang siap la. Jalan lagi terjumpa butik Prada. Haruslah foto gedik lagi. Cer tengok gambaq mak-mak orang yang perasan retis ni.. Tak kuasa mak !!!!




The best is aku leh tangkap gambaq sorang-sorang. Ko ada !!! Thanks Shelly kerana berjaya snap gambaq retis pencen ni. Cantiknya tudung aku...Beli online ok.


Ada cerita disebalik gambaq ni. Tu la dah tua semua pakat tak sedaq diri. Suruh jalan sikit cari ayaq pancut kat entrance semua tak mau. Lepas kami lat ta li lat zila yang pegi survey. Aku besa la alasan sakit lutut malas nak jalan. Yang dorang dalam gambaq ni gatai pakai heel bagai. Hambek kau !!! Yea!!!! kami dah jumpa ayaq pancut. Itu tandanya kami dah sampai Pavilion. Ha..ha..ha...Lepas ni ampa jangan nak eksen dengan aku. Aku dah sampai pavilion tau. Siap ambik gambaq kat ayaq pancut lagi....


Ok zila sbg perhargaan aku tangkap gambaq hang dulu depan ayaq pancut.
 Cheeseeee !!!


Yang ni jangan cakap la tak mau kalah memanjang. Pas kamera aku yang gojes ni nak jugakkk tangkap gambaq guna Blackberra. Haishhhh !!!! Semua sebok nak hapdet status kat fesbuk la tu.


Woi ! Woi ! Gosip aahhhh


Cuba la ampa tengok kawan aku ni. Dari jauh lagi dia dah order aku nak ambik gambaq makan eskem ni..Kang aku kata terencat kecik hati. Very the betuiiiii....



Aku suka la tengok gambaq yang ni..nampak comeiiiiii.....


Bila aku ada mestilah bertambah comei gambaq ni


Dear Coach mintak mahap banyak-banyak la aku dah terbeli handbag yg pirate punya. 


Ok jom kita jalan tang lain pulak....cemuih dah tengok ayaq pancot weiiii !!!! Ayuh melintas jalan. Pandang kiri kanan kiri balik. Betui ka direction aku ni..conpius.



Motip aku ambik gambaq ni? Opkos la sebab sama nama dgn anak aku Ammar. 
Betui takdak motip makcik ni.


Jalan-jalan jumpa pakcik-palcik basking ni. Saya suka !! Saya suka !!!
Best nok depa boh lagu lama. Mau ja aku nak dok bersila depan ni. Kalau bersila kena bayaq lebih la kot no...


Hujan dah turun lebat giler wei...Sempat la jugak masuk Butik H & M. GIler jugak tengok baju budak2. Harga pun not bad. Masih dalam kategori mampu milik. Terutama yang dok dalam Offer Bin tu. So sementara tunggu hujan turun kami masuk dulu dalam Fahrenheit 88. 

Oppss mencari selipar untuk shelly. Dia gatai sangat nak pakai heel. Lepas tu buat sakit kaki bagai alasan nak beli sandal baru. Sek bek ada Vincci kat dalam tu. Dapat la beli sandal yang agak gojes jugak rega RM39 kot. Tidak hang beli la sandal Gucci.
 Pas dapat sandal keluar dengan muka qenyeh sebab kaki dah tak sakit. Kami perabih masa dalam Brands Outlet. Alo..lo..loo aku suka. Jumpa seluaq skinny yang dicari-cari untuk Ammar. Merata dah aku cari takdak size. Bulan depan aku leh la pi beli untuk pakai raya nanti. Hensem la anak aku .




Hujan tak reda lagi kat luaq. Kami decide nak p minum-minum. Susah nau nak makan dalam ni tak banyak Halal Restaurant. Aku tanya abang guard dia kata kat sini takdak makanan muslim. Tapi bila aku dok tinjau-tinjau ada Station Kopitiam. Subway pun ada gak kat sini. Tapi tekak aku tak rasa lak nak makan. 
 Ok girls jom kita kopi-kopi dulu. So kami pun order and chit chat sampai la hujan berenti. Aku pun risau tahap gaban gak dah la hujan. Nak balik nek komuter dengan orang ramai giler. Tima kasih As sebab drive hantar kekami ni balik ke pangkal jalan. Sobs...sobs...sobs...



Last part sebelum berambuihh balik. Tudia kasaqnya ayat bini sapa la ni. Kami bawak keluaq la kad besday utk As. Beli kat Pavilion tau. Hang boh dalam frame tau As.


Buat sahabatku .. Asmiza
Smoga panjang umur lagi dirahmati 
Semoga dimurahkan rezki lagi diberkati 
Smoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buatmu..insyaAllah... 
Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan... 
Kami sentiasa disisimu... 
Semoga detik-detik waktu yang berlalu 
Adalah kebahagiaan yang tak hilang 
Semoga dengan bertambah usiamu 
Akan bertambah iman di dadamu.

Selamat Hari Lahir.. 
Ikhlas dari hati seorang teman 
Terima kasih atas setiap kebaikan 
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan 
Moga Allah memberi ganjaran 
Syukur kami pada Tuhan atas pertemuan 
Moga ukhwah akan berkekalan 
Maafkan diri kami yang serba kekurangan 
Yang tak sunyi melakukan kesilapan

------AMIN----
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...