NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Khamis, 25 Mei 2017

KRABI DAN HATYAI l Penginapan Bajet di Aonang selama 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikummm....semua


Entri ni khas untuk penginapan kami sepanjang 4 hari 3 malam di Krabi dan Hatyai. Kak Non menggunakan website Booking.com untuk urusan tempahan tanpa sebarang bayaran. 

3 BEES GUESTHOUSE, AONANG

470, Moo 2 Muang, Ao Nang, Krabi 81000, Thailand

Phone: +66 75 695 461


Boleh Klik Link Di Bawah Utk Booking



Jarak guesthouse ke Aonang Beach



Sedikit info mengenai guest house ini dimiliki oleh keluarga Italian. Kakitangan mereka sangat friendly dan membantu. Overall Kak Non sangat berpuas hati dan akan repeat jika berpeluang berkunjung lagi. 

Lokasi guest house di tepi jalan dan sangat strategik. Hanya 15 minit berjalan kaki untuk ke Aonang Beach. Kemudahan makan dan public transport adalah mudah diakses.

Kemudahan
FREE WIFI
Laundry
Airport Shuttle
Non Smoking Room
Family Room



Tetamu tidak dibenarkan memakai kasut. Kebersihan sangat di utamakan.






Wall of fame...Haaa,,haaa tempat kami selfie


Bar Kaunter. Complimentary drinks disediakan. Pagi kami akan bancuh ayaq disini dan makan bekalan yang dibawa dari Malaysia. 
Jimat kan selama 4  hari





Room 3: Standard Twin Room
Air-conditioned room offers a cable TV and a fridge. Free toiletries are included in an en suite bathroom. Please note that the window of this room opens to the hotel corridor.


Room costs

7 % VAT is included.
10 % service charge is included.
1 % City tax is included.
Total costs of this room:THB 1,200

THB1,200 = RM154.00
Bahagi 2 pax = RM77.00 seorang untuk 3 malam

Suasana bilik dah cukup selesa untuk sekadar tidur. 
Dilengkapi air con dan kipas. Safety deposit box juga ada di dalam bilik. Kemudahan TV pun ada tapi tak sempat nak tengok pun banyak masa dihabiskan kat luaq. Mini fridge juga ada ok walaupun bilik murah.

Paling best bilik air bersih ya amat. Sangat sangat rekomen kalau hgpa nak check in kat sini.




Extention plug juga disediakan. Bagus betul depa ni. Cuma hgpa kena la bawak international adapter kepala dua sahaja. 
Tak bawak pun banyak ja ada jual kat sana. 



Bersih kan. 
Bilik Kak Non tingkat satu nasib baik. Tidak lekang lutut iols.




Mereka juga mempunyai perkhidmatan tour desk. 
Hgpa boleh juga menempah segala pakej pulau dan lain-lain disini. 
Menyesal pulak aku tak tempah ja kat depa ni. 










Rabu, 24 Mei 2017

KRABI DAN HATYAI l Trip Percutian Bajet 2017 (5 hari 4 Malam)

HATYAI - KRABI ( HARI PERTAMA)

Assalamualaikum wahai insan-insan yg sudi singgah....

Hari ni nak blog tentang catatan perjalanan dan memori sepanjang trip percutian ke Krabi-Hatyai selama 5 hari 4 malam. Trip yang disertai 6 orang mak mak yang kental nak berbackpackers walaupun usia dah menjengah 40an. Thank you fren 
Ku Yah, Elly, Kak T, Zila and Anarita. Hgpa memang ohsem dan sangat bersemangat sepanjang perjalanan kita.

Bila anak-anak dah menginjak dewasa barulah kami berpeluang utk menikmati percutian bersama teman teman. Terlampau banyak untuk dikongsi suka dan duka kami sepanjang 5 hari bersama. Alhamdullilah terima kasih Ya Allah.....

Kami memilih untuk overland ke Krabi menggunakan perkhidmatan keretapi dan van komuter. Perjalanan bermula di Stesen Komuter Sg Petani. Subuh subuh kami dah tercongok menunggu komuter trip pertama dari Butterworth. 




Luggage dah siap packed duit dah pun siap tukar di kedai cina pekan Changlon. 
So LET'S GO and HAVE FUN.

Tiket Komuter



Kami mengambil tren komuter yang pertama dari Butterworth pada pukul 5:59 pagi. Tiket berharga RM9.30 untuk sehala. Tiket boleh dibeli on the spot tak perlu booking.

Stesen KTM Sg Petani


Part tiket dah setel kami menuju ke platform 2 untuk menunggu komuter sampai. Sempat lagi selpiaq beberapa das. Walaupun tema backpackers tapi gaya macam nak naik flight ber luggage bagai. Tak kisah la janji vogue. 
Kak Non jugak nak heqet kan.


Melentok hang adik tu lena 


Auwwww peloles iols



Orang lain semua muka muka kemasai pagi tapi puak puak ni dok hingaq dalam komuter. Conok la tu....


Cafetaria KTM Padang Besar




Tren Siam lambat lagi so kami ambik heavy bekfest dulu. Hangpa boleh naik tingkat atas untuk makan dulu sebelum teruskan perjalanan. Time ni kaunter tiket Siam pun x bukak lagi. Imigresen Malaysia dan Thailand pun tak punch card lagi. 


So kami santai santai ja dulu.


Hangpa jugak boleh isi white card siap siap kat sini. Ada pakcik pakcik yang buat servis tulis white card dengan bayaran RM1.00 sahaja. Senang qeja. 




Nak habaq nasi lemak ni sedaaaapppp walaupun pedaihhhh. Must....must try klu hgpa bekfest kat sini. Bekfest kami pagi ni di taja oleh Elly. Thank you sayang. Harga nasik lemak ni x salah Kak Non RM1.50 sahajo.

Ruang Menunggu




Kalau hangpa tak sempat nak tukaq duit Baht boleh la tukaq dengan kakak kakak ni yang dok melilau kot stesen. Harga sama ja aku tukaq kat kedai.


THB100 = RM7.80










Wefie dulu sementara tunggu imigresen bukak kaunter. 

Sila jangan muntah hijau ok.






Kaunter tiket Train di buka pada pukul 9:00 pagi dan 2:30 petang sahaja. Tiket berharga RM10 = THB70 perjalanan dari Padang Besar ke stesen Hatyai. Kami pakai duit Malaysia dulu malas nk kacau duit baht.



Sekitar Stesen 



Kaunter Imigresen



Dah boleh beratuq cop buku merah. Imigresen kat sini tak yah nk selit selit RM1. Semua dah setel jom kita naik train.. yahuuuuuuu




Tren dah sampai dari Hatyai. Grup kami get ready untuk masuk ke gerabak. Tempat duduk takdak nombor ya... free seating. Mana kosong bantai ja duduk.



Alhamdullilah kami dah dapat tempat duduk. 
Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam. 


Sampai ja kami kat stesen Hatyai bermulalah episod macam macam ado. Kalau mengikut ittinery kami akan mengambil tuk tuk untuk ke Bus Station Hatyai. Disana kami akan memilih pengangkutan sesuai dengan masa. 



Tapi cerita lawaknya pemandu tuk tuk bawak kami ke Travel Agent seberang jalan stesen tren dan memaksa Kak Non turun. Strategi nak offer pakej leteww. Kak Non dah tau trick trick busuk depa ni. 
Banyak yang dah kena sembelih harga. Ok fine kita bagi peluang. 

Sessi pujuk memujuk pun bermula. Agent memula offer THB1900 (RM244.00) pergi dan balik ke Krabi menggunakan van komuter. Hgpa ni memang kan qeja nak melingkup duit kami. Aku dah malas nak layan propa depa ni. Terus aku dgn Irah blah dan suruh driver hantar kami ke stesen. Tak putus asa depa follow aku sampai tuk tuk dan cuba offer lagi. Memula depa nak THB1000 (RM128.00) pergi dan balik. Sebab aku nak depa hantaq sampai guesthouse kat Aonang. Kalau setakat Krabi nak bayar lagi kos trasnport untuk ke Aonang.

At last depa setuju dengan harga aku THB800 (RM102) pergi balik 
Hatyai - Aonang. 
Sahih maki aku tu. Hangpa tunggu aku masuk kelas bahasa Siam nanti. 
Cuba hgpa tengok brp banyak beza harga. 

Satu lagi nak share dengan hgpa ...hasil risikan dengan akak Pattani yang naik satu van masa otw balik tambang van cuma THB230 (RM29.00) satu hala sahaja sebenarnya.
 Hgpa try la bargain mana tau dapat lagi murah.


Travel Agent Berhadapan Train Station






Station Bas Hatyai
73, Chotevittayakul Road, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla, 90110, 90110, Thailand


Tips nak backpack ke Krabi dan Phuket dengan kos yang murah hangpa naik ja bas. Next time Kak Non tak mau dah naik van jenuh jadi ikan sardin 5 jam dengan panasnya. Kalau naik bas ada la tempat khas untuk letak bag. Kalau dalam van hgpa bayang la semua depa sumbat. Kami empat orang duduk belakang sekali senakkkk... Dua orang lagi geng kami duduk seat depan lega la aircon sejuk puihhh puihhh.

Suasana Dalam Van


Sekitar Bus Station Hatyai


OTOP Trang










Kira-kira setengah perjalanan kami van akan berhenti  untuk makan. Tapi 15 minit sahaja masa yang diberikan. Kak Non tapau ja makan dalam van kang dia tinggai aku naya. Ohh lupa nak habaq lokasi pit stop kami adalah di OTOP Trang kira macam RNR la kat Malaysia. 
(mcm amazing race pulak pit stop) 

Anggaran jarak Padang Besar ke Trang 190km

Kat sini ada halal restoran, kedai souvenir, gerai gerai makanan halal dan non halal serta food mart menjual produk makanan Thailand. Kebanyakan halal jangan risau. Surau untuk solat dan tandas juga ada untuk kemudahan pengunjung. 
Bersih pulak tu. 


Lokasi van akan menurunkan penumpang. 
Semua muka dah toya ...muahhh..muahh


Kira kira 5 jam perjalanan kami pun sampai di bandar Krabi. Suasana bandar lebih kurang sama sahaja dengan bandar Hatyai. Penumpang yang lain turun kecuali kami. Tiba-tiba pemandu van mengarahkan kami turun dan 
mengeluarkan semua luggage kami.
Haiiii ko ni dah kenape bukan aku dah kata tadi hantaq sampai Aonang ka. 

Drama swasta apa pulak hgpa nak buat ni. Aku tau dah rasa drama nak mengumpan beli pakej pulau la pulak ni. Sebab lokasi drop-off depan travel agent. Memang seperti yang diduga aktiviti mengumpan kami utk membeli pakej pakej pelancongan bermula. Malasnya nak layan. Dah la kami penat macam nak mampus. Nak kena dengar pulak khutbah ayam itik dorang ni. Lepas blaaa..blaaa. aku dah decide mmg tak mau ambik. Depa ni memang bangsa tak mau mengaku kalah tau. Dia bagi kami 20 minit untuk diskus. Takdenya kami diskus kami lepaking ja kat luaq tu.

Cukup 20 minit dia mai tanya balik nak beli ke dak pakej depa. Sorry...BIG NO.
Pemandu van tadi memunggah semula luggage kami ke dalam van. Dan hantaq kami ke Aonang. Tapi aku salute la depa ni meniaga tak reti putus asa.




Akhirnya pukul 4 petang kami tiba dengan selamatnya di 3 Bees Guesthouse Aonang.
Berhenti untuk makan di Trang 15 minit.
Tiba di Krabi 3:20 pm

Semua muka ada senyummm. Uncle van yang tolong snapkan gambaq.



Urusan check in berjalan dengan mudah kerana kami telah membuat booking melalui Booking.com sebulan yang lepas. Nanti Kak Non akan buat review khas penginapan kami selama 3 malam di Aonang. 
Jommm masuk bilik tak sabaq nak tidoqqq. Lenguuh oiiii sehari perjalanana.


---------------------------------------------------------------------------


Selepas berehat dan buat apa yang patut kami keluar sektar guesthouse untuk mencari Sim Kad. Wifi guesthouse tak boleh connect la pulak. Semua nak update dekat family masing masing.

Ok jumpa kedai hp selang bbrp blok dr guesthouse. Owner pun friendly dan boleh berbahasa Inggeris senang keja. Kami guna telco DTAC untuk seminggu. Data laju sampai x habis guna. Sebelum ni aku setia dengan telco AIS. Tapi kedua kedua telco semua lajuuuuuuu....

Sim Kad DTAC - THB49 (RM6.00)
Topup - THB100 (RM12.80)





Rombongan Kak Non dah tak sabaq sabaq nak explore Aonang. Kami jalan kaki shj malas nak ambik tuk tuk.
 Nak exercise kaki seharian kami qeja duduk sampai berakaq juboq.




Muka ada sinyummmmmm


Aonang here we come !!!!!!!!



Rohanee Thai-Malay Seafood
101 102 81000 ตำบล อ่าวนาง Mueang Krabi District, Krabi, Thailand
Open : 1100am -1200am



Sebelum menyusuri pekan Aonang kami singgah makan malam dulu di Restoran Rohanee berhampiran dengan guesthouse sahaja. Gamble ja sedap ke tak sedap perut dah menyanyi. Tapi Alhamdullilah all the food yang kami order semuanya sedap sehingga menjilat jari dan tangan. Nanti Kak Non buat entri khas tentang food dan harga ya. Dinner kami mendapat tajaan sepenuhnya oleh Kak Elly. 
Thank you darling.

Masjid Aonang



Selepas dah selesai makan ..tenaga pun dah kembali kami berjalan jalan untuk mencari pakej Island Hoping pada keesokan pagi. Ternyata memang banyak travel travel agent di sepanjang perjalanan menuju pekan Aonang. Tapi semuanya mahai mahai belaka. Banyak promosi 50% dilekatkan di premis mereka untuk menarik perhatian pelancong.

Apabila kami sampai di sekitar Masjid Aonang suasana menjadi semakin meriah dengan deretan gerai gerai makanan halal dan aktiviti jual beli semakin rancak. Banyak gerai gerai menjual pakaian dan souvenir. Ada di antara kami dah mula shopping. Hmmmmm....




Kak Non dan Ku Yah berjumpa dengan satu travel agent di sebelah masjid Aonang. Uncle Siam tu pun very friendly dan rajin memberi penerangan satu persatu. 
Kami mula tertarik dengan layanan dan tawarannya. Akhirnya kami bersetuju dengan tawarannya memandangkan kami pun dah letih sebenarnya.

Daripada plan nak ke Phi Phi Island dah bertukar Ke Hong Island. Kami membeli pakej private long tail boat. 

 Satu bot THB5880 (RM753.00)
Kos seorang/6 org  THB980 (RM125.00)

Pakej Hong Island
Hong Beach
Hong Lagoon
Paradise Island

/




Massage & Spa Centre





Selepas setel menempah pakej pulau kami naik tuk tuk menuju ke centre of Aonang . Kira kira 500mtr mungkin dari masjid. Dah x larat nak menapak. Kat sini memang gila happening sampai Kak Non pening nak tengok yang mana satu dengan deretan kedai, travel agent, pusat massage dan hotel. Walaupun letih gila tapi semangat masih berkobar kobar.

Sekali lagi cubaan nak sembelih kami oleh tuk tuk roda tiga. Nak charge pergi balik utk 3 org THB300. Ko dah gila ka hape...Dekat ja kot. Kami cuma bayaq THB50 utk perjalanan satu hala sahaja drp masjid. Tu pun aku rasa mahal gila. Silap jugak tak tanya dari awal. 


 Memang best gila la area ni rasa tak sempat nak cover semuanya utk satu jam. Esok malam kita mai repeat lagi. Member-member Kak Non dah sebok menyoping. Tapi harga boleh tahan mahal kena la pandai bargain. Malam ni adalah Wesak Day semua aktiviti sosial di Thailand direhatkan. hahahahhah alim jugak depa ni respek .
 So suasana malam tak bising seperti selalunya dengan live band dan cik pon yang berkeliaran. Sorang kak pon pun aku x jumpak.













LAST WEFIE sebelum balik tidoq. 
Balik ke guesthouse ambik tuktuk THB30 sahajo. Jumpa esok di HONG ISLAND..Ta..taa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...