NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Ahad, 21 September 2014

Magical Reunion De Langkawi - Shopping TIme di Idaman Suri dan Kompleks Ismail Group



Salam readers...

Macam ni punya hasil soping pastu ada kat Langkawi kurang dari 48 jam hgpa rasa boleh terkecuali drp bayaq cukai dak ni ??? 
Dua kali hangkut oiii dari Kompleks Ismail Group tu. Tak caya !!!
Tak yah lah aku tunjuk yg belakang. Yang depan ni pun dah nauzubillah..sesakkk


PANDUAN CUKAI DI LANGKAWI

JENIS BARANGANBERCUKAITIDAK BERCUKAI(LARANGAN)
PERLU PERMIT
Barangan Kaca
(Pinggan, Mangkuk, Gelas dan Sebagainya)
Coklat
Pakaian
(Pelekat, Baju T dan Sebagainya)
Minyak Wangi
Jam Tangan
Minyak Gamat
Kamera
Rokok*
Minuman Keras
Kain Batik
*Layak Pengecualian
DI BAWAH 19, PERINTAH DUTI KASTAM
(PENGECUALIAN) 1998

PENGECUALIAN CUKAI
-Berada di Langkawi tidak kurang dari 48 jam
-Memgemukakan bukti bagi syarat di para i seperti contoh-contoh berikut : 
a) Tiket Feri/Kapal Terbang ke Langkawi
b) Manifest penumpang
c) Surat tawaran kursus sijil kehadiran
d) Resit (hotel atau tempat penginapan)
e) Dokumen lain yang dapat memuaskan hati pegawai kastam bertugas


BUTIRAN 19, PERINTAH DUTI KASTAM (PENGECUALIAN) 1998



BARANG-BARANG YANG DIKECUALIKAN CUKAI 

i) Minuman yang tidak melebihi 1 liter

ii) Tembakau yang tidak melebihi 225gm (bersamaan 200 batang rokok)
iii) Pakaian tidak melebihi 3 pasang
iv) Kasut 1 pasang
v) Makanan tidak melebihi RM75
vi) 1 unit barang letrik atau berkuasa bateri (bimbit) untuk kegunaan Personal Care dan Hygine tidak melebihi 1 unit setiap satu
vii) Barang-barang lain termasuk cenderamata tidak melebihi RM500 bagi barangan selain para i & ii di atas dan tayar tiub

BUTIRAN 19, PERINTAH DUTI KASTAM (PENGECUALIAN) 1998
Sumber : Website LADA







Jom ikut aku kita terjah apa yang menarik di Idaman Suri.
Magic Pan jenama Idaman Suri sangat murah. Ada tiga saiz
Besar : RM75.90
Sederhana : RM57.90
Kecil : RM34.90


Aku beli saiz paling cinonet. Cukup la dgn saiz family aku. Tak beli aku rasa rugi tahap nak bunuh diri pulak satg. Baik aku rembat satu. Kita try test tengok best x brand ni. 
Kalau magic kot aku boh tepong dia bertukaq jadi pizza. Akan ku beli yang saiz besaq pulak. 



Segala jenis pinggan melamine dan kaca bagaikan menari-nari di depan mata ku.
Ciss... Daripada nawaitu nak beli magic pan SAHAJA. Bila nampak pinggan putih suci ni aku dah jadi gelabah bewak. Cubaan untuk menyusun. 
Aku dok bayang presentation setting atas meja aku  mesti ngancam ni. Dah lama aku nak cari white plate petak cam ni. Stok yg ada kt umah semua bulat-bulat ja.




Eh ! White plate ni dah sampai umah la..kik kik kik. Meh nak share rm nya.
Candy Tray 30x17 : RM7.50
Candy Tray 25x15 : RM5.50
Candy Tray 13" : RM7.00 (Bentuk Kelopak daun)
Lotus Bowl : RM18.00



Awas !!! Pisau tajam



Ekskusip gila kan set ni. Cantik sangat. Tapi tak berapa nak matching la kot dengan rakyat marhain cam aku ni.


Kak Tie dah dapat idaman hati. 


Water pitcher : RM8.50
Aku nak beli tapi tangan bawak dua ja. So lupakan sat


Set sudu gerpu polkadot ni omei gila



Sudu mudu. Dah belambak kt umah tengok di angin lalu saja.


Raga soping comei haihh pastel pastel color. Gud strategy...



Ni nak balik meniaga kat Sg Layaq.



Kompleks Ismail Group

G1, Kompleks HIG

Jalan Penarak, 07000,

Kuah, Langkawi.


Senang ja nak cari bersebelahan dengan Kondo Istana. Kalau otw nak p Idaman Suri dah boleh nampak sebelah kanan kita. Kalau rasa nak soping sampai lebam silalah check in dekat hotel Ismail Group ni. 





Toinkkk !!!! Spot  the balloon luggage. Beli dalam Kompleks Ismail Group ni.



Mereka bertiga riang gembira


Okay !!!!  Dipersilakan masuk Cik vision, Puam Corelle, Madam Luminarc dan suku sakatnya untuk memperagakan koleksi-koleksi terbaru 2014. 
Hgpa layan ja la mata tengok koleksi koleksi pinggan mangkuk yg ada kat Langkawi ni. Semua cun cun mengancam siap RM nya sahaja.











Setakat ni ja la ceqita soping-soping kami di Langkawi. Opps lupa soalan tadi kami kena bayaq cukai ke idok ??
Jawapannya : 

ANGGUK KAPLA  SATU KALI

Sinopsis Cerita 
Sampai dekat kastam dia tanya berapa orang semua. Kami jawab 8 orang. Senang citernya dia tak bukak dah checking  setiap sorang. Dia andaikan setiap sorang dari kami belanja RM100. Total kena tax RM80.00 sahaja. Okayla tu dari dia cekidot semua barang lagi bnyk rasa nak kena tax. 
Hu..hu..hu

----BABAI----






                        





1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...