NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Jumaat, 19 September 2014

Magical Reunion de Langkawi - Part 2



Salam readers..

Laksa Power ?? Ada ka macam power rangers rasa dia. Jom kita p pekena dulu baru mau tau. Lokasi sangat senang nak cari. Terletak di tepian pantai deretan gerai-gerai sementara di bahu jalan antara airport ke Pantai Chenang. Few years dulu aku p ada satu ja gerai. La ni mak aiii penuh tak tau nak pilih mana satu sedap ni. 
Belasah ja la yg mana pun.




Kami pilih gerai paling hampir dengan parking keta. Semua order menu yang sama laksa dgn ayaq nyoq. Aku plan nak kongsi  makan ja dgn si Ira. Dia bantai p order semangkuk. Kan dah aku makan tak habis, I is menjaga kecantikan tubuh badan. 
#matilakenakutuk



Nampak seksi dan mengiurkan dak laksa ni ???
Komen ikhlas aku... rasa dia tak brp nak sampai. Sampai mana? 
Maksud aku tak cukup kick la. Bukan la aku nak kata tak sedap lansung. Sedap jugak.
Tapi tak sepower rangers namanya. Laksa Utara (Jitra Mai) kat area Shah Alam/Kota Damansara  ni lagi sedap kot kuah melekat pekat likat. 
Dan dan ayaq liuq aku tap tap tap.

Harga Laksa: RM4.00 semangkuk
Kelapa : RM4.00 sebiji

Terpulang la ikut kehendak tekak masing-masing ada yg kata sedap. Tekak aku ni memang mengada-ngada lebih. Ada banyak lagi pilihan gerai lain yang mayb menepati piawaian SIRIM. kik..kik.. 


Spoilnya nyoq ni makan cara original gila. Bukan taste aku la tu. Mau kalau nyoq tu tawaq tak manih nak rasa apa wei. Kalau kat area umah aku ni depa tambah la sikit ayaq gula bagi pecah rasa tu. Bagi lagi umpphhh. Ada ketui ais sikit segaq la tekak. 
Dah bayaq RM4 telan jugak la bagi habih. 
P kait sendiri la kak oiii banyak songeh sangat. 
Macih Zura belanja kami semua. 
Murah rezeki hg no.


Opss lupa satu lagi Zura ada order pasemboq. Variasi nampak sangat banyak pilihan. Harga agak pricey. Rasa so-so saja. Kuah dia sangat manihhhhhhh macam aku. 
Agaknya hari tu mayb tertumpah gula agaknya. Marilah kita bersangka baik. 
Mungkin hari lain sedap kita tak tau kan. 




Memang best duduk lepak tepi pantai dgn bff sambil makan laksa korek-korek nyoq.
Layan gelak-gelak trowback kisah lama. Wonderful world of disney betui..

-----------------------------------------------------------------------------------------

TELAGA HARBOUR, PANTAI KOK


Gendang gendut tali kecapi 
Kenyang perut suka hati.
Lokasi Pengambaran : Telaga Harbour, Pantai Kok

Sedikit Info

Telaga Harbour di Langkawi adalah tempat tumpuan berlabuh kapal-kapal mewah yang boleh dilawati secara percuma di Langkawi. Menjadi kebiasaan pelancong untuk datang bergambar berlatarbelakangkan kapal-kapal mewah.
Telaga Harbour juga adalah antara tempat yang menarik di Langkawi untuk bersarapan dan minum petang sambil melihat pemandangan indah kapal-kapal yang berlabuh.
Antara tempa makan menarik yang menjadi tumpuan ialah kedai roti eksklusif The Loaf milik mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed.
Khabarnya kedai roti ini menggunakan teknik pembuatan tradisioanal roti Jepun disamping mengetengahkan sajian Asia dan Eropah lainnya.
Untuk kemudahan pengunjung jeti ini juga mempunyai kemudahan 
surau dan stesen minyak.


Ni sebenaqnya muka-muka malas nak berjalan. Peyut dah kenyang. Signal kemalasan pun mula la terpancar. Kita kasi pose dulu bagi mata bersinaq seindah sang suria.


Kami berposing habis-habisan laksana artis URTV. 


Mencari gaya


Takdak gaya



Habih Gaya


Belanja satu pix kita kak tie togeder geder. Cubaan untuk memuncungkan mulut supaya nmpk muka kuwus adalah fail.
Macam ropa siput sedut dah aku tengok. pffttt


Kanak-kanak ambik tiang sorang satu. Pose ..Pose !!! 


Anari jugak yang terserlah. Kuwus kuwus dok depan. Shelyyyy cepat diet bagi kuruihh len tahun kita lak dok depan.


Lepas dah berfotoshoot lets move on. Banyak lagi tempat len nak p. Kami jalan sampai hujung konon-konon menikmati keindahan alam. Padahai kalau boleh nak suruh Shelly bawak keta angkut kami tang ni. Melampau betui. 

Kami patah balik ke arah Pantai Chenang. Plan nak pegi Cable Car secara otomatik terbatal pasai keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Mau nnti ada yang muntah darah pulak kat atas tu. Jenuh. 
Menyusuri Pantai Chenang adalah perasaan yang sangat best. Tapi serius aku dah penat rasa nak lena ja time ni. Nak angkat kamera godang pun takut jari patah pasai dah letih. Kami ingat nak lepak dekat beach tapi tak tau port mana best. Sembang punya sembang terlepas sampai Pantai Tengah. Ok la janji pijak pasiaq. Tanda kami berlapan dah sampai bersama-sama. Lepak bersama-sama tepi pantai. Lupa lak nak ambik gambaq trademark kasut macam ni...

Gambar pinjam cik gugel

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PANTAI TENGAH



Banyak aktiviti laut yang boleh hgpa cuba tang ni. Antara kita berlapan sapa agaknya berani nak cuba parasailing ni ?? 



Muka takjub gila tengok para sailing. 
Nampak ada gerai macam best. So kami p lepak minum-minum sebelum balik terus ke apartment. Aku dah tak lalu rasa tengok jalan. Macam nak pejam mata ja. 
Makcik drebar dok pesan aku jangan dok lena satg dia tak tau jalan balik.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PANTAI CHENANG

Lepas Maghrib kami patah balik ke Pantai Chenang coz nak makan malam serta nite walk. Lokasi dituju Restoran Haji Ramlee. Variasi makanan aku malas nak selpie. 
Asai kenyang sudehhhh.. Ada budak budak buskers jugak kat sini. Sambil makan leh la ting tong ting tong layan lagu. Lepas makan cadangnya nak pegi Uptown depan Underwater World. Petang tadi dh nampak depa dok pasang kanopi. Malam ni harus terjah. Aku beli shawl lagi dan lagi. Adoiiii...
Uptown ni katanya dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Best jugak la ada tempat lagi nak perabih duit sebelah malam.
Variasi barangan kebanyakan produk berasaskan Langkawi  macam baju bajan tema Langkawi, cenderamata dan makanan. 







Gambaq request. Noni ...noni...hg tangkap gambaq aku sekepin pakai topi ni.
OKEY



----------------------------------------------------------------------------------------
Hari kedua 7 September (Ahad)
Hujan lebat membasahi bumi Langkawi. Sedap betui aku lena sejuk-sejuk ni. Tapi kami tak boleh nak bermalas-malasan ataih katil banyak lagi agenda nak kena setel. Petang ni kami dah nak balik. Sob..sob..sob..
Pagi tu kami turun bekfest kat kafe dalam keadaan hujan lebat dan tak mandi..
(ssssyyyyy.jgn ceqita kat orang tau)
Plan tu naik bekfes baru nak bersiram. Ehhh !! boleh pulak depa ni ajak p Beras Terbakaq. GIla ke hapa ni. 
Tanpa banyak songeh kami on ja la. Pagi pagi buta dah sampai Beras Terbakar.
 Kedai pun baru nak bukak. Ko mampu jadi orang pertama ?
Kami ja mampu tau.

BERAS TERBAKAR




Berjalan dengan semangat waja nak terjah kain batik berkodi-kodi ni. 


Peace !!! Kita selpie dulu depan kedai spek RM10


Tak aci...Aku nak jugekkkkkkk



Kedai pun tak bukak lagi. Biaq lantak...


Dah jumpa kedai batik yang berkenan di hati



Sucinya muka pagi...teetttttt..takpa yang penting bawak handbag Jellybunny dgn baju tidoq. Kau adoooo..


Sessi pilih beg langkawi


Kak saya ambik yang ni...I suka PINK tau


Aku ni pun sibuk pilih jugak..tak beli pun


Aku pun 


Aku tengok keychain sudehhh...sepaket RM5 ja tau


Aku pun


Cun dak beg Langkawi kami. Color blocking lagi.


Kenangan bersama kami 


Semakin ramai 


Kami semua


Tima kasih pada abam mana tak tau tolong snappy pix kami. Sek bek jadi eloq.



Irah : Lihat tudungku cantik kan..baru beli semalam
Yatie : Ada aku kisahhhh

Dah-dah.. jangan nak mengarut soping soping dah. Berkodi bawak balik ni. Jom balik mandi, pakai awa-awa nak check out dah.



Kami bertiga


Depa berlima


Tunjuk sana



Tengok sini




Last pose before check out. Destinasi kami seterusnya 
SHOPPING TIME

-------BUBAI------

3 ulasan:

  1. memang terbaikkk lah skrip hang ni nonie...sampai aku tergelak sorang2....

    BalasPadam
  2. Aku pon. Kukikkukikkukik...x henti2...syonok sgt2. ..lap u lah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...