NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Rabu, 1 April 2015

Trip Bajet Hatyai 2015 : TEASER MAK MAK JALAN LAGI

Assalamualailum...


Musim cuti cuti and the gang tiba lagi. Ini adalah siri yang ketiga selepas Pulau Pangkor dan Langkawi. Perancangan dh diatur selama 4 bulan. Perjalanan santai menaiki keretapi sambe menikmati keindahan alam buana. Tapi bbrp minggu sebelum nak bertolak baru terhegeh-hegeh nak book tiket ketapi. Hasilnya........nando. Tiket direct KL-Hatyai is penuh u know. Teori aku mmg tak menjadi. Ingatkan ambik cuti weekend santai ja tak dak org p cuti cuti Hatyai ..ehhh ropanya depa lagi awai dari aku.

So back up plan aku naik bas dari Jalan Duta ke Sg Petani pada 3 April 2015. Tren ke Hatyai pukul 7 pagi melalui stesen Sg Petani.

Harga tiket bas Transnational Jln Duta ke Sg Petani = RM39.60 

Bbrp minggu sebelum Irah dah pegi stesen ketapi nak beli tiket tapiiiiiiii ropanya tiket short distance tak dijual awal ya. Omaigod. Dan lebih sadis lagi bila aku check on9 dgn KTMB tiket semua fully booked. Sel otak tiba-tiba tak berhubung seketika. Kami diberitahu oleh kerani kaunter yg bertugas utk datang pepagi 3/4 utk check availability. 

Hari ni 1/4 sempena menyambut GST ...Ira pegi sekali lagi ke kaunter tiket KTM  utk buat pengesahan status tiket. Status terkini ada 20 saja lagi seat kosong utk perjalanan 4/4/2015. Macam teluq di ujung tanduk ja status tiket ni.
 Doakan kami ya utk dapat tiket tu. sob..sob..sob

Kepada yang nak travel jauh terutama Hatyai better beli tiket lebih awal dan ambik sleeper coach. Tak merasa la jugak aku nak tidoq dalam ketapi. 

KTMB E-Ticket

Contoh Harga Tiket Perjalanan Drp Sg Buloh Ke Hatyai



Coach : Premier Night  Standard Class
Upper Berth Adult : RM110
Upper Berth Child : RM66
Lower Berth Adult : RM119
Lower Berth Child : RM75




Coach : Superior Night Class
Upper Berth Adult : RM53
Upper Berth Child : RM34
Lower Berth Adult : RM59
Lower Berth Child : RM40




Coach : Superior  Class
Windows Seat Adult : RM47
Windows Seat Child : RM28
Aisle Adult : RM47
Aisle Child : RM28


Coach : Economy  Class
Windows SeatAdult : RM26
Windows SeatChild : RM15
Aisle Adult : RM26
Aisle Child : RM15




Backup plan aku mencari van sampai ke Imigresen Bukit Kayu Hitam. Dr sana aku ambik ja van dari Danok ke Hatyai. Kenapa aku tak ambik direct ja van dari Malaysia terus ke Hatyai kan lagi senang. Jawapan dia kami tak mau membazir utk kos transportation yg tak masuk akal. Bayangkan kos sewa van sahaja dr Sg Petani ke Bukit Kayu Hitam  RM500. Pitam aku dengaq. Kos naik tren dari Sg Petani -Hatyai RM20 sahaja . Brp bnyk kami leh jimat kat situ. Dengan keadaan tukaran duit yg murah sekarang ni aku menjadi lebih kedekut taik idung masin.

Kat mana nak tidoq ??
Planning kami utk check in di Pink Lady Hotel utk 2 malam. Hopefully ada vacant room. Uitttt....jgn la bersalah sangka sangat kami bukan nak p tengok Tiger Show dalam Pink Lady tu. Harga bilik yg agak murah dan berdekatan dengan hot spot sangat memudahkan kami nnti.

Doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat ya . 

----------------------------------------------------------------------------------------------

3 April 2015

Alhamdullilah misi bersabaq dan berdebaq  menunggu tiket berjaya. Seawal pukul 8 Irah dah terpacak depan kaunter. Sekali beli harung utk tiket geng  Alor Staq.
Setel bab tiket. Boleh tidoq lena mimpi makan tomyam dahhh.

Perjalanan aku akan bermula pada petang ni dgn cik Elly kuraku. Bas yg dijadual pukul 5.45 petang pospon sampai 630 petang. Disebabkan hujan lebat menggila di KL kebarangkalian besar jem juga adalah sangat gila daripada Pudu Sentral.

Pasaipa la aku p dapat bas Transnational satu row ada 4 seaters. Bas baru dah best dah. Yang tak best kaki lutut semua dah naik kejung. Sempittttt..
Sampai ja dekat RTC Ipoh ada info bagitau ada bad accident dekat depan. Jem gila katanya. Bayangkan 8 jam kaki aku merekot dalam bas. Sepatutnya pukul 11 dah sampai kat Sg Petani. Tapi time tu kami masih dok sangkut kat Terowong Menora. 

Tapi alhamdullilah kami selamat sampai SP. Malam ni check in kat Villa Irah.Sampai ja terus melahap spagetti. Lapaq tahap gaban dah. Last makan heavy masa tgh hari semangkuk kecik nasik dgn teloq dadar. Tengok kura sebelah rasa nak belah makan.  

GOOD NIGHT





3 ulasan:

  1. Salam sis..
    nak tanya kalau nak sewa van dari imigrisen bukit kayu hitam ke stesyen bas mahal ke

    BalasPadam
  2. Terbaikla non my bestie...nnti kita p lagi na

    BalasPadam
  3. info berguna.. saya tgah survey2 budget hotel dan plan nak pg sendiri....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...