NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Selasa, 16 Oktober 2012

Terma Dan Syarat Sewaan Baju

Salam semua ..khas untuk B2B semua kami menawarkan khidmat sewaan baju untuk FLOWER GIRL dan FLOWER BOY untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda. Harga sewaan adalah sangat berpatutan dan berbaloi. Baju ini juga sesuai untuk party harijadi anak-anak anda atau untuk sesi fotografi puteri kesayangan anda, Berikut adalah terma dan syarat sebelum membuat sewaa, Sila baca dengan teliti ye. XOXO

Terma Dan Syarat Sewaan Gown Untuk Flower Girl/Birthday Party


1. Harga yang dipaparkan di blog tidak termasuk kos pos, Penghantaran baju menggunakan khidmat POS LAJU sahaja.

2. Baju juga boleh diambil sendiri di tempat kami. Lokasi: Sg. Buloh, Selangor.

3.Deposit sebanyak RM30 hingga RM50 akan dikenakan untuk tempahan sehelai baju. Setelah bayaran DEPOSIT + SEWAAN + KOS PENGHANTARAN diterima barulah dikira anda telah menempah baju daripada pihak kami.

4.Tempahan tanpa sebarang bayaran tidak akan dilayan.

5.Baju hendaklah dikembalikan kepada pihak kami dalam keadaan bersih tanpa ada sebarang kekotoran dan kerosakan. Sekiranya berlaku deposit akan di potong atau tidak dikembalikan.

6. Baju hendaklah sampai kepada kami selewat-selewatnya 5 hari dari tarikh majlis. Jika berlaku kelewatan pemulangan, caj RM/10 per hari akan dikenakan. Jika kelewatan melebihi 7 hari dari tarikh akhir pemulangan, deposit anda tidak akan dikembalikan.

7.Sekiranya ingin membuat tempahan sila baca terma ini dengan teliti. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...