Lepas dah makan nasi kandaq lemak pun dah berkole-koleh (korang paham ka) buat2 paham p la. Jom kita pakat p JUNGLE TRACKING. Kat mana ?????? Dekat ja tak yah p jauh2 Semuanya ada dsini..hmmm
Ini bukan kali pertama akak tracking tapi kali ke-3. Macam lah champion sangatkan.So apa dok tunggu jom kita explore apa yang ada di FRIM Kepong. Ha....ada yg tak tau apa menatang FRIM tu...ishhh.ishhh
FRIM ada lah singkatan drp Forest Research Institution Malaysia
Sedikit Info Canopy Walk
Terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong dengan ketinggian 300 meter dari aras laut, titian yang menjadi tarikan utama ini telah dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna. Laluan silara sepanjang 150 meter ini digantung dari pokok ke pokok dengan ketinggian 30 meter dari aras tanah.
Sistem titian dan pelantar ini akan memberikan pengalaman yang istimewa untuk pengunjung merasai dan menikmati pemandangan panorama di dalam hutan dan persekitara Kuala Lumpur dari jarak jauh.
Titian silara dibuka kepada orang ramai dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Pendaftaran terakhir ialah pada jam 1.30 petang. Ia ditutup pada hari Isnin dan Jumaat. Tempahan awal dan belian tiket perlu dibuat di FRIM One Stop Centre.
Waktu operasi adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa (titian silara akan ditutup apabila hari hujan dan akan dibuka semula dalam tempoh 2 jam selepas hujan berhenti dan keadaan cuaca adalah baik.
Pertanyaan:
Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM
03-62797592 atau 03-62797649
Harga tiket:
RM10.00 (Bukan Warganegara)
RM5.00 (Warganegara)
RM3.00 (Pelajar 13 tahun dan ke atas – perlu menunjukkan kad pengenalan pelajar)
RM1.00 (Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah)
Tiket beli disini ok Kedai Cenderamata
Ok dah beli tiket ....sila mulakan perjalanan anda menyusuri hutan yg indah ....ciptaan Tuhan.
Ok kita dah sampai....bukan sampai puncak lagi......sabaq..baru sampai starting point pendakian ja....so tingkatkan stamina..minumlah 100 plus...
Naik lagi kak oiiiii....Penat nak mampuih...nak kata tobat dak jugak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan