NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Khamis, 18 September 2014

Lorong Belakang Seksyen 7


Salam readers..

Hari ni aku nak bawak hgpa bergedik santai dekat Seksyen 7, Shah Alam. Sebenaqnya aku tak tau kewujudan tempat ni sejak bila mungkin tahun lepas kot. Terlepas gerabak ketapi aku ni. Nak pegi Art Street Penang tak kesampaian lagi. Takpe kat sini pun ada kita p berfotogedik kat sini dulu. Takde sebarang bayaran dikenakan ya.

Lokasi 
 Lorong Belakang Kawasan Komersial Jalan Plumbum Q7/Q Seksyen 7 Shah Alam

Cara nk datang pun senang saja seksyen 7 ni berhadapan dengan gate belakang UITM.  Nampak bangunan Jakel tu dah betullah. Masuk saja dekat deretan butik-butik online yang famous amos . Nampak ja butik tudung Pearl Haya dah sampai ler.

Sedikit Info
Program pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebaeang aktiviti yang bermanfaat.

Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu '3D Painting', '3D Installation', 'Street Furniture' dan 'Painting On Site'

10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan Shah Alam atau 'Shah Alam Community', tarikan pelancongan atau tourist attraction dan berkonsepkan kehijauan atau 'green concept'.
Sumber : MBSA


Korang boleh nampakkan butik-butik famos amos kat sebelah kanan dan kiri lorong laman seni. 




Ramai kot orang yg datang bergambar kat sini. 






























































3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...