NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Isnin, 1 September 2014

Magical Reunion De Langkawi Bermula

Salam semua...


Gila lama tak berblog. Ada hampa kisah ka ? ki.ki..ki..Wat blog syok sendiqi cam ni la...suka suka hati bila nak tulih..Pasaipa kak hgpa ni tetiba qajin nak menulih??  
Ada la tu benda dia nak menunjukkk. (mana ada tak baik tau )




Sebenaqnya memang nak mewar-warkan pun...hik.hik.hik.. grup classy lady kami nak  pegi trip. hoyehhhhh.....Trip dekat ja pown..seqonok macam nak pegi obersea.
GIla tak seqonok a way sat daripada family drp qeja yg memasing melambak. 
Aku dengan Irah  nak la jugak  mencari inspirasi utk design design baru projek
Lea Chempaka - The Kid Kurung.

Ekceli this trip dah dirancang a few month. Besa la aku jugak la tukang jadi koordinator. Bukan senang wei nak atuq nak survey sana sini. Nak compom sapa yg p sapa yg dak. Memasing banyak komitmen. Salah sorang dari ahli tak leh nak p coz termengandung pulak waima anak dia pun nak UPSR tak bbrp hari lagi ni.
(Ok kami paham Izah moga Haikal dapat folo abg dia ke MRSM)

Kalau ikut plan asal kami nak dok homestay ja murah sikit dalam RM150. Tapi bila aku timbang tara balik cam bosan ja kan tengok umah taman sama bentuk macam umah sendiri. 
Tak vacation lansung. 



Idea !! Idea !! Come out plz !!!!

Aku dgn Irah dok sembang sembang jugak pasal isu ni. Maka Irah mula la menyages homestay ni..Wah !!!! nampak melting kan..



Akak mula la berwasap dgn owner this chalet. 
Langkawi D'Chalet
Lokasi : Chandek Kura. Kedawang Langkawi
Rate : RM130.00/nite
Bilik boleh masuk 4 orang
Best !! Best !!

Tapi yang spoilnya kami nak dok betui betui pekan Kuah kalau boleh. Senang nak cari makan minum. Adoiii melepaslah aku  nak feel dok chalet ni. Nak kocak kocak ayaq dengan kaki. Nak pakai sunglases terbongkang ala dugong. So aku terpaksa survey another hotel or apartment area Kuah. Kalau dok hotel tak best jugak coz tak leh nak lepak sekali semua. Alternatifnya service apartment yang paling sesuwaiiiiii. 

Aku dah banyak survey apartment-apartment dekat area Kuah.  Tak best la dok tempat yg sama kan. Sebelum ni dah pernah check-in kat  Sri Lagenda Condo  Best jugak kat situ berbaloi dengan harga dan kapasiti penduduk boleh sumbat macam sardin. Saja nak try overnite kat tempat lain pulak. So aku decided nak check-in ja dekat Century Suria Apartment
Lokasi : Kelebang, Kuah



Aku dah deal dah sebenaqnya dengan owner. Dah janji nak depo dah pun. 
Tapi !!!!!! Pasepa la aku gatai nak p survey tempat lain lagi  ha .......Lastly owner wasap sorry sis apartment dah penuh....
(Qeyau sambil pegang teddy bear)

Tiba-tiba rasa nak pening coz kena cari apartment lain. Tapi rileks ...tarik napas hembusss...aku dah dah dapat apartment lain tapi jauh atas sikit dari Kuah. Malas nak  cakap banyak aku tengok bilik ok katil cam ok ada swimming pool jugak. Kira on ja.

Sri Idaman Apartment, Kuah, Langkawi
Lokasi : Taman Langkawi
Rate : RM250/nite



Tapi aku admire betui dengan satu service apartment ni. Dayang Bay Resort baru ja bukak dekat Kuah. Tapi disebabkan harga agak mencabar kewibawaan nak membayarnya. So kita merenung di kejauhan ja dulu. 





Trip percutian berkonsep bajet ciput. 
Sewa Apartment - RM250.00/nite
Sewa Toyota Innova - RM140 (1 hari stgh)
MInyak Kereta - RM50.00
Total : RM440.00

Dibahagi kepada 8 orang
Sangat Berbaloi !!!
Nanti aku akan wat entry khas untuk bajet selepas selesai cuti cuti mesia ni.









2 ulasan:

  1. Ask for money, and get advice
    Ask for advice, get money twice
    I'm from the dirty but that chico nice
    Ya'll call it a moment, I call it life

    I just wanna feel this moment
    Come on, feel this moment...

    BalasPadam
  2. The most happening vacation to me wt my bestie classy lady..love u olls...ketat-ketat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...