NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Sabtu, 22 April 2017

Hotel Bajet Murah Dan Bessssttt Di Lumut

Assalamualaikum.....

Alhamdullilah hidup lagi tuan tanah setelah dua tahun sunyi daripada dunia penulisan blog. Tak tulis tak termakna tak baca blog. Ahkak hari hari baca blog tauuuu...Entri pertama setelah lama menyepi compomlah cerita jalan jalan. Banyak gila trip jalan-jalan, makan makan dan ron ron setiap cerok muka bumi Malaysia ni. 


Cuti sekolah awal tahun 2017 Kak Non bawak Ammar dengan adik jalan jalan di Lumut Perak. Plan Kak Non nak ikut jalan belakang sepenuhnya dari Sg Petani. Saja nk tengok kampung kampung. Cemuih tengok highway. Disebabkan Kak Non plan last minit tak tau nk check in kat mana. Call bbrp buah chalet area Teluk Senangin dan Teluk Batik semuanya full house. Plan B Kak Non dah ready towel selimut bantal semua dah sumbat dalam keta kot kot leh tumpang check in masjid.


Ondaway bertolak Kak Non gugel blog terjumpa satu review hotel iaitu GM Holiday Hotel (lupa pulak blog mana). Baca review macam best ja. X buang masa call direct hotel. Alhamdullilah ada vacant room. Receptionist yang menyambut panggilan pun mesra pelanggan. So kita teruskan perjalanan tanpa perlu risau tempat nak bermalam.





Pandangan Hadapan Hotel

Alamat 
No. 37 & 38, Persiaran Pantai Impian
32200 Lumut, Perak
05-6838898

Senang ja nak cari hotel ni dari simpang empat ambik arah nak ke Jeti Pangkoq. Senbod ada jangan risau. Kak Non mai dari arah AEON Sitiawan so kona kanan la nak menghala ke GM Holiday Hotel. Hotel ni berada agak atas bukit di deretan rumah kedai. Banyak jugak hotel hotel bajet lain di deretan kedai yang sama.  Contoh macam pix kat bawah yg sempat Kak Non snap.





Valley View Hotel ni bersebelahan dengan GM Hotel satu owner saja. 




Lepas selesai urusan check in dan pembayaran menonong la geng jemaah Kak Non. Pihak hotel akan bagi kad kunci, remote TV dan remote air cond. Masa nak check out kena return semula 3 item ni kalau tak lambat la urusan check out  hgpa. 
 Segala bantal angkut masuk bilik. Wowwwww memang bilik lawa nak mampusss kemas cantik deko terkini cek sukaaaa. 
Ada dua ekoq towel itik lagi atas kate mcm hotel star star pulak rasa. 
Alhamdullilah lena tidor kami malam ni.




Tandas yang bersih lengkap segala 


TV pun ada Astro Ria syok...syokkk...








2 ulasan:

  1. NZED GuestRoom | Cheap Accommodation Room in Lumut, Perak

    Enjoy PLEASANT stay experience for CHEAP accommodation room with GREAT value for money in one of the TOP locations in Lumut, Perak

    Careline: 012-5067575 @ 018-9734575
    Website: http://www.nzedguestroom.com

    BalasPadam
  2. NZED GuestRoom | Bilik Penginapan Murah di Lumut, Perak

    Nikmati pengalaman penginapan yang MENYERONOKKAN bagi bilik penginapan MURAH dengan nilai HEBAT bagi wang di salah satu lokasi TERATAS di Lumut, Perak

    Talian Mesra: 012-5067575 @ 018-9734575
    Laman Sesawang: http://www.nzedguestroom.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...