NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Sabtu, 18 Mei 2013

Mari Belajaq Buat Brooch Daripada Felt Craft Langkah Demi Langkah

Selamat petang anak-anak semua...

Hari ni mood Hari Guru dah mai. So entri pun harus la ada berkisar bahan-bahan ilmiah no. Baiklah anak-anak murid ku sekalian alam hari ni cikgu nak buat tutorial brooch felt craft kat ampa semua. Craft ni sesuwaiiii sangat la buat dengan anak-anak dara ampa. Aktiviti bersama anak-anak barulah ada kemesraan bersama. Oklah tak yah dok mereben panjang-panjang kita teruskan sahaja dgn kelas kita. 


Bahan-bahan yang diperlukan :
Corak bunga di atas kertas
Kain Felt (pelbagai warna)
Gunting
Jarum
Benang Felt
Kancing Brooch



Memula ampa print out la corak-corak bunga yang bekenan di hati. Kalau yang kretip tu boleh la lukih sendiri save duit ink printer. 
Kemudian gunting bunga yang dah di print out tadi.
Kemudian gunting pulak kain felt ukuran 4 segi. 
Ambik bentuk bunga sematkan guna jarum di atas kain felt Tujuannnya senang la nak gunting kain tu tak bergerak2.



Proses menggunting pun bermula. Gunting cantik2 no ikut bentuk bunga. Paham dah kot no serba sikit.



Lepas tu ambik satu lagi bentuk bunga yang kecik sikit ulangi jugak la proses yang sama. Nampak la nanti bumga tu jadi berlapis-lapis. Kalau ampa rajin buat la banyak lapis pun lagi la shantekkk....


Bila dah siap dua kelopak bunga tu proses mencantum pun bermula. Oppss lupa nak habaq buat satu inti kecik kat tengah2 bunga. Gunting ja lebihan kertas felt. Buat ja la bentuk bulat ka bentuk love ka..suka hati ampa la.
Ambik jarum jahit untuk cantum ketiga2 kelopak bunga. 
Lepas tu ambik kancing brooch jahit di belakang bunga tadi. 



Taraaa......dah siap. Walaupun tak semenggah mana tapi oklah kan...kategori bebudak tadika.. Sekian sahaja tutorial cikgu untuk hari ni. Sampai kita jumpa lagi di lain siaran. Insyaallah....BUBAI....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...