NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Selasa, 14 Mei 2013

Jalan-Jalan Cuci Mata Di Pavilion Bukit Bintang

Salam..salam..tak jawab dosa tanggung sendiri no...


Berpeluh dik non...nak menghapdet entri tertunggak bila mana kemalasan dah tahap gaban lawan raksasa. Ok entri ni sambungan dari SINI no. Kalau tak baca kang ampa 
 terbangang-bangang lak tengok depa ni nak jalan p mana dari mana seropa ahli UMNO balik meeting. Tema hari ni takdak kaitan dengan mana-mana parti politik ok..sekadar kebetulan ja no kami  terpakai kaler sedondon. 
But I love this kaler. Theme raya aku tahun ni ELECTRIC BLUE. Cer ampa tengok font kaler pun pakai kaler yg sama. Nampak keobsesan aku kepada kaler ni.


Puak-puak ni sebenaqnya baru ja keluaq dari PWTC lepas menqabihkan duit membeli buku. Dapat la pulak goodies beg free dari Bank Rakyat. Tu yang ala-ala mak datin baru keluaq dari butik. Sebenaqnya depa ni nak p ambik qeta parking kat dalam Sunway Putra Mall. Tak tau kan kat mana kan!! kan !! lan !!! 
Tu nama baru dulu pakai nama The Mall. 
Tu la eksen sangat tak mau soping kat sini asyik naik SOGO, Mid Valley, One Utama. The Mall tu dah kira mall tahap senior warga emas dah la. Sedari aku kecik dah ada mall ni. Kalau nak mai Kelumpo mesti nak p The Mall sebab ada ala2 theme park masa zaman 80'an. 




Kami dah plan nak p merayau kat Pavilion. Saja ronda ronda cuci mata kot-kot la ada beg LV sale leh la aku beli. Lepas dah parking keta snap no tiang. Ampa jangan tak tau tu mmg tabiat aku rasanya org lain jugak kot kat Kelumpo ni masuk shopping complex mesti tangkap gambaq tiang parking tu. Pasaipa ??? Jgn buat pasai boleh dok sesat cari keta tak jumpa dlm shopping mall yang besaq2 ni. 
Aku dah ada xperience oiiii....

Aku lupa nak share lokasi Pavilion dek non oiii kat Jalan Bukit Bintang. Terletak di tengah2 kawasan segi tiga emas Bukit Bintang. Kawasan yang femes tu ler mcm ala-ala Bervely Hill gitu. Sedikit sejarah aku nak share kat ampa dulunya tapak Pavilion ni Sek Men Perempuan Bukit Bintang sekolah yang tertua di Kuala Lumpur. La ni sekolah ni dah pindah nun dok tang Cheras. Nama pun dah upgrade jadi Sekolah Sri Bintang Utara. Ha...baru ampa tau kan....Tidak selenga ja tak tau sejarah. 

Nak mai sin pun tak susah... lagi-lagi kalau ada GPS...kan kawan-kawan. Kalau malas nak drive jangan susah hati naik ja Monorail senang. Ada dua stesen yang terdekat Stesen Bukit Bintang dgn Stesen Raja Chulan. Pas tu ampa jalan la sikit eksesais.




Agenda pertama cari tempat makan. Perut dan buat konsert K-Pop (K-Pop tuuuuuu). Makannya bulan di Grand Palace ye.. Hanya sekadar lalu dan pandang sahaja. 


Sebelum makan haruslah membuang apa yang patut dulu. Dan tidak lupa jugak foto gedik di sekitar kawasan tandas. 


Model Starbucks...leh ka 


Sesi perbincangan MAKAN DIMANA berlansung di depan kedai ni. Shelly dok suggest kami try makan belut dekat Japanese Restaurant. Bluekkkkk !!!! Aku rasa kalau aku makan mesti pengsan bangun pengsan bangun lagi dan terus pengsan!!!!



Setelah berjalan mengikut kaki akhirnya masuk kedai tokwan jugak...Order pun benda yang sama jugakkk..Opss hari ni ekceli besday BFF Asmiza. Yang mana satu ??Tu yang dok cakap tepon sambil pekup telinga tu. Tah menda la dok pekup-pekup tu takut taik telinga cayaq kot. 


Zila hang leh jadi model ayam kepci.
 Sangat berbangga dan ceria ketika menikmati  ayam kepci. 


Ha...yang ni dah habis tepon haruslah berfoto gedik dulu sebelum membaham ayam kepci. The best part sambil makan sembang sampai tak hingat dunia. Wei ampa sedaq dak kita dok kat public. Semua pandang-pandang kita tau macam retis...


Perut dah kenyang ayuh kawan-lawan kita shopping...ha..ha..ha,, shopping la sangat.  Ternampak butik Gucci terus berebut-rebut nak duduk bawah tu. Yang pastinya aku jugak la jadi tukang snap. Lepas depa ..depa..depa dan depa..(mereka)



Tak leh jadi aku pun mesti enterprame. Siap cekak pinggang lagi. Tu amaran aku sebenaqnya dekat Shelly. Kalau gambaq tu tak jadi memang siap la. Jalan lagi terjumpa butik Prada. Haruslah foto gedik lagi. Cer tengok gambaq mak-mak orang yang perasan retis ni.. Tak kuasa mak !!!!




The best is aku leh tangkap gambaq sorang-sorang. Ko ada !!! Thanks Shelly kerana berjaya snap gambaq retis pencen ni. Cantiknya tudung aku...Beli online ok.


Ada cerita disebalik gambaq ni. Tu la dah tua semua pakat tak sedaq diri. Suruh jalan sikit cari ayaq pancut kat entrance semua tak mau. Lepas kami lat ta li lat zila yang pegi survey. Aku besa la alasan sakit lutut malas nak jalan. Yang dorang dalam gambaq ni gatai pakai heel bagai. Hambek kau !!! Yea!!!! kami dah jumpa ayaq pancut. Itu tandanya kami dah sampai Pavilion. Ha..ha..ha...Lepas ni ampa jangan nak eksen dengan aku. Aku dah sampai pavilion tau. Siap ambik gambaq kat ayaq pancut lagi....


Ok zila sbg perhargaan aku tangkap gambaq hang dulu depan ayaq pancut.
 Cheeseeee !!!


Yang ni jangan cakap la tak mau kalah memanjang. Pas kamera aku yang gojes ni nak jugakkk tangkap gambaq guna Blackberra. Haishhhh !!!! Semua sebok nak hapdet status kat fesbuk la tu.


Woi ! Woi ! Gosip aahhhh


Cuba la ampa tengok kawan aku ni. Dari jauh lagi dia dah order aku nak ambik gambaq makan eskem ni..Kang aku kata terencat kecik hati. Very the betuiiiii....



Aku suka la tengok gambaq yang ni..nampak comeiiiiii.....


Bila aku ada mestilah bertambah comei gambaq ni


Dear Coach mintak mahap banyak-banyak la aku dah terbeli handbag yg pirate punya. 


Ok jom kita jalan tang lain pulak....cemuih dah tengok ayaq pancot weiiii !!!! Ayuh melintas jalan. Pandang kiri kanan kiri balik. Betui ka direction aku ni..conpius.



Motip aku ambik gambaq ni? Opkos la sebab sama nama dgn anak aku Ammar. 
Betui takdak motip makcik ni.


Jalan-jalan jumpa pakcik-palcik basking ni. Saya suka !! Saya suka !!!
Best nok depa boh lagu lama. Mau ja aku nak dok bersila depan ni. Kalau bersila kena bayaq lebih la kot no...


Hujan dah turun lebat giler wei...Sempat la jugak masuk Butik H & M. GIler jugak tengok baju budak2. Harga pun not bad. Masih dalam kategori mampu milik. Terutama yang dok dalam Offer Bin tu. So sementara tunggu hujan turun kami masuk dulu dalam Fahrenheit 88. 

Oppss mencari selipar untuk shelly. Dia gatai sangat nak pakai heel. Lepas tu buat sakit kaki bagai alasan nak beli sandal baru. Sek bek ada Vincci kat dalam tu. Dapat la beli sandal yang agak gojes jugak rega RM39 kot. Tidak hang beli la sandal Gucci.
 Pas dapat sandal keluar dengan muka qenyeh sebab kaki dah tak sakit. Kami perabih masa dalam Brands Outlet. Alo..lo..loo aku suka. Jumpa seluaq skinny yang dicari-cari untuk Ammar. Merata dah aku cari takdak size. Bulan depan aku leh la pi beli untuk pakai raya nanti. Hensem la anak aku .




Hujan tak reda lagi kat luaq. Kami decide nak p minum-minum. Susah nau nak makan dalam ni tak banyak Halal Restaurant. Aku tanya abang guard dia kata kat sini takdak makanan muslim. Tapi bila aku dok tinjau-tinjau ada Station Kopitiam. Subway pun ada gak kat sini. Tapi tekak aku tak rasa lak nak makan. 
 Ok girls jom kita kopi-kopi dulu. So kami pun order and chit chat sampai la hujan berenti. Aku pun risau tahap gaban gak dah la hujan. Nak balik nek komuter dengan orang ramai giler. Tima kasih As sebab drive hantar kekami ni balik ke pangkal jalan. Sobs...sobs...sobs...



Last part sebelum berambuihh balik. Tudia kasaqnya ayat bini sapa la ni. Kami bawak keluaq la kad besday utk As. Beli kat Pavilion tau. Hang boh dalam frame tau As.


Buat sahabatku .. Asmiza
Smoga panjang umur lagi dirahmati 
Semoga dimurahkan rezki lagi diberkati 
Smoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang terindah buatmu..insyaAllah... 
Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan... 
Kami sentiasa disisimu... 
Semoga detik-detik waktu yang berlalu 
Adalah kebahagiaan yang tak hilang 
Semoga dengan bertambah usiamu 
Akan bertambah iman di dadamu.

Selamat Hari Lahir.. 
Ikhlas dari hati seorang teman 
Terima kasih atas setiap kebaikan 
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan 
Moga Allah memberi ganjaran 
Syukur kami pada Tuhan atas pertemuan 
Moga ukhwah akan berkekalan 
Maafkan diri kami yang serba kekurangan 
Yang tak sunyi melakukan kesilapan

------AMIN----

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...