NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Khamis, 5 September 2013

Open House 2013 #Air Takdak

Salam Syawal....




Baca tajuk air takdak mesti dah rasa nak tention kan? 
Aku lagi la tention. Hangpa bayang la aku buat tengah masak utk open house tetiba dengaq announcement suruh simpan ayaq. Kalau ampa kat tempat aku apa ampa rasa. Dengan dekat umah aku dah sebok masak macam kenduri kendara. Jiran2 tetangga tengah sebok tolong prepare majlis esoknya. Aku rasa macam nak naik atas katil masuk dalam selimut busuk aku duduk diam-diam. Tapi aku tawakal ja la apa nak jadi majlis harus diteruskan. Bukan umah aku ja sebahagian besaq umah2 kat negeri Selangor ni takdak ayaq kes minyak Diesel tumpah dalam sungai Selangor. Masa ni la korang nak buang minyak la apa la takleh skip sat ka.   
Open house kali ni aku rasa banyak betul dugaan. Lepas balik cuti raya aku kena selsema, batuk, sakit tekak. Sepakej sekali sampai 10 hari. Sehari sebelum pulak aku kena cirit birit sakit perut ya amat. Pagi-pagi lepas p beli ayam aku terus sarung stokin makan ubat terus masuk dalam selimut. Tapi kekdah nya aku tak leh nak lena dok pikiaq pasai ayam 12 ekor tak setel lagi. Adoiiiiii...camno ni..


Tengah2 aku mengeram kawan aku sms tanya ada keja dak nak buat. Dia tengah free. Alhamdullilah terima kasih Tuhan masih lagi mengasihani hambamu yang tak berdaya ni. Jiran-jiran aku sebelah pagi ni semua keja. So tak dapat la no tolong. Depa free sebelah petang ke malam. So by hook or crook aku kena la setel ayam tu dgn bantuan Kak Ila. Luv u cayang. 


Kawan aku dah bawak air garam utk aku minum. Dengan harapan aku get well dgn cepat. Tapi bila dah buat keja aku dah lupa pasai sakit perut. Lupa nak habaq mai menu aku utk open house MerdekaRaya pada 31 Ogos 2013. Aku bajet masak untuk 120 orang makan. Mengalah masak katering.

Nasi Jagung
Ayam Masak Merah
Pajeri Nenas
Hati/Pedal Masak Rempah (Tak Sempat Masak Air Takdak)
Nasi Impit
Kuah Kacang Kerang
Kek Coklat
Kek Alunan Kasih
Bubur Pulut Hitam (Tak Sempat Masak Air Takdak)
Kuih Raya
Air Sirap 

Alhamdullilah majlis berjalan dengan sempurna walaupun ayaq takdak. Sob..sob...Segala kekurangan semasa majlis tuan tanah mohon ampun dan maaf. Terima kasih pada BFF Sazalina dan Norazilah yang bertungkus lumus sepanjang majlis. Tak lupa jugak jiran2 lain yg datang menbantu. TIma kasih banyak2. 






Takut tengok periuk aku. Setakat nak kenduri bertunang memang lepas ni


Peserta pertama ehhh tetamu pertama yg sampai. Cik Sue jauh ni dari Labu Negeri Sembilan. Classmate aku masa Form4/5. Dah dekat 20 yrs tak jumpa. Tq Sue sudi bertandang ke teratak cik puan ni. 





Semua kengkawan lama sudi mai umah cheq. Thank you sangat2. Yang tak dijemput tu bukan tak kawan terpaksa panggil tuju2 ja nak menyeimbangkan jumlah semua tetamu. Ni pun aku dah masak untuk 120 orang makan, Kalau panggil semua mau pasang khemah rasanya ta muat umah  tangga.





My sweet kazen Kak Long and Mona. Kak Long ni wartawan Majalah Laman. 


Jiran-jiran yang malu-malu kucung. Asal aku usung kamera semua muka nak masuk dalam pinggan nasi. 


Kawan-kawan sekolah my lucky. Yang cun melecun segak nak mampos tu Liza model ok. Umur dah 39 badan macam anak dara 23 tahun.


Ada dua family yang datang daripada Melaka. 
Terima kasih sangat sudi datang dari jauh.






Last tetamu balik pukul 10 malam. Nak basuh2 pun tak boleh air takdak. Final majlis tuan tanah pengsan bukan sebab penat ...tapi melungguk periuk belanga pinggan mangkuk pending tak boleh nak settle. Kemas2 apa yg patut ja. Tapi syukur alhamdullilah majlis berakhir dengan selamat.
 AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...