NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Khamis, 18 September 2014

Magical Reunion de Langkawi - Part 1



Salam semua readers..


Ekspedisi kami ke Langkawi bermula di Hentian bas Jalan Duta. 
#nakmuntahbacaintro
macam aku nak g panjat Gunung Kinabalu pulak berekspedisi bagai. kik kik kik
Aku, Zila n Shelly naik bas dari KL ke Alor Setar

Harga tiket bas KL ke Alor Setar = RM42.30 (Mara Liner)

Bas akan bertolak 11:00 malam. Ramai jugak orang memalam ni tak cuti sekolah pun. Takan semua nk p Langkawi gak kot. 


Selpiaq adalah penting walau di mana saja. Walaupun di tempat-tempat awam.


Dan diatas bas. 
Aku nak story sket pasai pengalaman aku naik bas waktu tgh malam. Seriously aku tak tidoq baq hang. Bas ni laju giler wei. Tak tenang jiwa raga aku.
Neber sebelah aku tu kroh..kroh..krohhh...
Part yg paling scary dekat Terowong Menora tu. turun bukit kot...dia selamber bomba jer laju. Potong memotong dah menjadi biasa sejak awal tadi. Kalau ko potong lori aku accept lagi la. Dah lori tu muatan berat opkos la dia jalan cam siput. 
Ni segala keta bas habih dia potong. Habih ayat doa aku dok berzikir dalam bas tu mintak kami semua selamat. Bro depan kosi aku pun macam kucing nak beranak gayanya. Compom kecut perut cam aku gak lettew sampai terpelanting jatuh henpon la. 
Pukul 4 pagi kami dah sampai Shahab Perdana. 
Alhamdullillah. Tima kasih Kak Tie sudi terima kami bertiga ni check in sat kat homestay hgpa walaupun kami kena kontrol cun. Kak Tie dah siap warning...WARNING...besaq sikit. Abg botak ada kat umah jaga kelakuan anda. Baik KakTie kami menurut perintah. 
Kami control cun sat ja masuk ja bilik tutup pintu mula la ..kik..kik..sessi lawak sarkas.


Hari ni (Sabtu) 6 September 2014. 
Hari yang kami tunggu tunggu sangat untuk bergedik gedik di Langkawi. Maklumlah semua dah beranak pinak. Sedikit kebebasan yang suami bagi akan kami gunakan semaksima mungkin. Nah hai.....ayat.
Perancangan dah diatur dengan teliti dan berjalan mengikut seperti yang dirancang.
Utk pengetahuan hampa ni adalah Mini Reunion kami yang kedua selepas trip ke Pulau Pangkor bersama keluarga masing-masing. Tapi trip kali ni kami decide free dari anak-anak dan suami.
Hgpa boleh ja baca entri lepas mini reunion Pulau Pangkor 

Pangkor Part 1
Pangkor Part 2
Pangkor Part 3
Pangkor Part 4
Pangkor Part 5


Suasana pagi di Kuala Kedah ceria sungguh dgn kehadiran mama-mama vojes ni
#matakeatas
Pagi-pagi pekan Aloq Setaq dah hujan lebat. Aku cam besa la bila hujan  mula la hati ni tak sedap nak naik bot. Kami lepaking dulu kat umah Azah. Pekena nasi lemak sotong yang mantop sedap sementara nak tunggu feri pukul 10:45 pagi. 
Harga tiket feri dari Kuala Kedah ke Langkawi : RM23.00 (dewasa)

Aku lupa nak toce kat Azah selaku penaja bekfes kami pagi tu. Geng tintong aku dah cover up entri tu boleh la cekidot di sana.
INILAH KALAKALA


Rombongan cik kiah dah naik bot. Mana lagi ni tak cukup korum ?


oooo sini ropanya hang Zura. Dah kena undi keluaq AF gayanya.


Minah koporat dengan backpack.


Muka-muka riang sebelum episod horror bermula. Aku jugak takdak dalam gambaq ni. Ciss...kuang asam betui. 




Hangpa nak tau dah pasepa aku kata horror. Sebab aku melugai dengan staf staf feri tu. First masuk depa kata duduk ja kat seat mana pun coz orang tak ramai. Tapi bila masuk oiiii penuh kot feri ni. Seat kami pun dah ada orang lepaking. 
Ok no big deal kita lepaking kat seat lain. Kata kosong kan.

Bila dah sonok-sonok camni. Dah selpiah bagai. Tetiba sorang sorang hamba Allah datang claim seat dorang. Kami pun bukak ayat sama macam staf feri bagitau. Abang..Kakak..Adik ...dok la tang mana pun coz ferry tak penuh katanya..
Ok alasan boleh diterima pakai.
Once bila feri dah mula full masalah dah mula timbui. 
Datang makcik dengan pakcik yang uzur takde tempat nak duduk. Merayu kat aku bagi suami dia duduk. Takan aku tak bangun kot. Kesian kan...So kami semua bangun tapi nak duduk kat mana ni??? semua tempat penuh. Feri pun dah hidup enjin.
So solutionnya panggil staf feri tolong setelkan. Yang aku hangit sangat cara depa setel masalah. Senang cerita takde tindakan bijak pun. 
Kalau aku bagitau bodo piang marah dak !!! Tapi tu la yang berlaku masa tu. 

Semua tiket ada no seat kan. Tak boleh ka hang bagitau penumpang duduk ikut no seat yang betul. Takat dok pegang tiket melilau mata sini aku pun boleh buat. 
Geng aku jugak yang terpaksa guna ayat yang paling berhemah untuk duduk kat seat asal kami. Yang geramnya depa pun tak mau bangun. Pungkoq dah kena paku kot.
Yang staf boleh berdiri pose pose hensem takde arahan pun suruh dorang tukar tempat. 
#kalauhensemtakpagak
 Memang angin gila meroqan betui masa tu.
At last lepas dolak dalih dapatla kami duduk walaupun berselerak. 
It's ok. It not big deal what. As long we can sit. Itupun atas usaha sendiri cari tempat duduk. 5 orang dari kami naik ke dek atas yg pada mulanya dorang tutup. 
Sekali lagi wat kami angin staff tu boleh cakap
"Biaq p depa muntah dok ataih"
Hello !!!! Dah tempat takdak pasepa kami tak leh naik atas. 
Tolong la wahai adik-adik bot jaga tingkah laku anda. Ini dah melibatkan imej dan nama Langkawi tau. 

Horror yang kedua aku nak story mory keadaan laut beralun gila weiiiiii..paham ka ?
Beralun tu laut bergelora aka bergelombang. First time aku rasa nak muntah gila. 
Aku dok check haram takdak plastik depa gantung pun. Kang aku muntah ataih lantai padan muka. Dah la budak cina sebelah aku dah wek wek. Sabo je la. 
Paling teruk Anarita dgn Irah. Depa yang dok ulang masuk toilet. 
Akhirnya kami sampai dengan selamat. Walaupun kepala aku agak tintong tapi aku kena setel transport kami sepanjang dua hari kat sana. 
Perjalanan ambik masa kira-kira 1 jam setengah sahaja dari Kuala Kedah. 

-----------------------------------------------------------------------------

2 minggu sebelum tu aku dah book kereta Toyota Innova daripada 
En. Atan (nnti aku bagi contact no)
Harga : RM110.00 (24 jam)
Aku mintak extend masa untuk setengah hari lagi coz mayb kami akan naik bot sebelah petang hari Ahad.
so En. Atan offer RM140.00 sahaja. 
Deposit kunci RM100 ye adik-adik (WAJIB)

Sampai ja kat jeti geng keta sewa mai pickup kami hantaq kat office kat area Pekan Rabu. Tempat orang dok naik bot p pulau tu. Urusan agak smooth. So recomended la dorang ni.

Lepas ambik keta kami pun terus p kat apartment. Semua dah letih kot campoq dengan geng geng loya pun dok ada lagi. Apartment kami kat Jalan Padang Gaong Kuah. Area Taman Langkawi. Tak susah pun nak cari. Nanti aku wat n3 khas untuk apartment ni.
Lepas dah urusan checkin ambik kunci terus naik ke apartment. 
Lega la rasa dah sampai. Saat ni aku nampak katil empuk ja.

Ok dah masuk kita berebuttttttttt...kik kik kik..perangai bedudak betui. Opkos i dapat masterbed room. Bukak sliding nampak swimming pool. kik kik kik

Belanja gambaq kasi panas vontot dulu..view dari balconi bilik aku.






Lepas lepaks, solat zohor kami pun keluaq p meronda Langkawi. Destinasi pertama Kota Mahsuri. Perut aku dah nyut nyut lapaq tapi terpaksa bertabah sebab nak makan laksa punya pasai. 
Welcome to Kampung Kedah


Masih mencari arah tujuan aka macam taktahwan hala. Sebok ja dengan gajet depa. Mentang-mentang la tab aku tak brp nk sihat. Dok off diam-diam ja. 



Ternampak pulak makcik menjuai kuih peneram.
 Makan panas-panas adalah sangat layan. Serius sedap. 



Mata aku ternampak dia memakai sandal jenama Birkenstock. 
Makcik kayo la kawan aku ni.





Bergambar ria di Telaga Mahsuri. Telaga pun dah kena blocking dek kaler blocking depa ni.



Woit woit sila tanggalkan kasut



Kami menjadi ahli mesyuarat tangga sahaja tak payah la nak bukak kasut. Aku takdak dalam gambaq ni tak aci..takpa kita boh la gi gambaq..sat sat..



The best capture aku suka pix ni. 
Kredit to hengpong Anari dan di photog oleh Ira. 


Anari sentiasa sebok dengan hengpong gambaq cantik dia. Kau ado??? Aku takdo.
#tundukmalu



Kami lagi..dalam mood berbeda..


Aku senyum ja... ko dok menghapdet hengpong pink tu.
#motipnakbelihpbaru



Ahli mesyorat spek hitam. 



Dah dah jom p tempat len pulak...


Ternampak pulak port ambik gambaq. Segala keris tombak mahsuri aku rasa dok bersilang. Pakat sebok ambik posisi. 
#gelengpalaaku


Tengok la mak-mak orang ni depa raga'ih (panjat) habih. Tak ingat depa ni mak orang.. bukan baru habih SPM.



Gambaq ni awakan. Nampak hepy dan cute mute macam teletubbies..


Yeayyyy !!!!!!!



Kik..kik..kik...ni gambaq pedajei namanya. 



Atas jamban .... jambatan pun jadi. Kasi angkat kaki sketttt.....


Last post depan Makam Mahsuri. Mood pun kembali ke era Mahsuri sat.

Info Kota Mahsuri

Kompleks Mahsuri terletak kira-kira 12km dari Pekan Kuah ialah tempat dimana ikon lagenda Langakawi iaitu Mahsuri dikatakan dikebumikan.
 Disini kita boleh melawat satu makan yang dikatakan Makam Mahsuri disamping melawat replika rumah Kedah, muzium kecil serta membeli cenderamata yang bertemakan Pulau Langkawi.
Kita juga disajikan dengan pementasan teater Lagenda Mahsuri jika anda datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang. 

Tiket Masuk 
RM7.00 (Dewasa)
RM3.50 (Kanak-Kanak)





4 ulasan:

  1. Opcos tak akan luput dalam ingatan cheq #LANGKAWI, 2014, gumbira suka ria

    BalasPadam
  2. sweet memory never die in my heart....che wahhh!!!!

    BalasPadam
  3. Insyaallah panjang umuq kita repeat lagi trip kita ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...