NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Selasa, 2 April 2013

Travelog Pulau Pangkor - Sayonara Pulau Pagkor - Till We Meet Again


Episod syahdu.....Hari ni last day kami kat Pangkor. Lepas pegi Island Hoping balik chalet anak-anak sambung berendam lagi kat kolam sampai kembang. Lantak ampa la. Cukup time ampa tak naik kami tinggai. Jumpa En. Mashoor mintak extend check out time pasai tak nampak gaya nak siap pukul 12. 

Lepas akak setel semua urusan pembayaran bilik terus packing2. Takde benda pun nak packing. Akak berdua ja dgn Ammar. Shopping ???Jauh sekali. Setakat beli sotong gula sepaket RM4 apa la sangat. Lebih kurang pukul 1 kami semua dah ready dekat kaunter reception nak booking van ke jetty. OMG kami terkandas dekat sejam lebih  sebab bertembung dengan masa check out semua hotel. Cuaca dah la panas. Serabut dengan orang ramai. Pihak chalet dengan baik hati nya buat sesi karoke sementara tunggu pinky van. Grup kami bertembung pulak dgn grup dari Kilang Yoe's dari Shah Alam. Ooooo ramainya akak pening. Geng kami tak karoks pun dah puas melalak semalam. Bagi can je la kat geng warga emas. Anak sapa la baik sangat ni..

Tapi ok lah jugak kami sempat buat sesi photoshoot keluarga dan anak-anak. Sambil sembang2 habihkan balance cerita yg ada siaran tertunda. Gelak-gelak lagi sampai pecah perut. Akak tak tau la org lain pun sama ke dak dgn geng kami ni. Asal jumpa ja gelak..asal gelak ja jumpa. Conpius....Kadang aku terpikiaq jugak masuk Maharaja Lawak compom menang ...MENANG SORAK....hi..hi..hi...Entry ni akak dedicated khas buat teman-teman tersayang Irah, Izah, Yati, Zila, Shelly and As..tak lupa jugak buat BFF akak yang lain. Tak semestinya ampa tak ikut reunion bukan kawan baik kan. So layan je gambaq gambaq yg sempat disnap. 


Nak jugak boh video Najwa Latiff. Ingat umuq dah nak masuk 4 series tak minat Najwa Latif. 


Segak sungguh kita no. Ni dikala umuq 37 tahun.


 Lokasi : Taman Pertanian, Bukit Cerakah, Shah Alam - skrg dah tukar nama jadi Taman Botani Negara
Agenda : Ikut rombongan sekolah lepas habis SPM


 Ni masa zaman kegemilangan sweet 17th....segak sungguh anak sapa la ni. Lokasi : Depan umah warden SMVSP2 Sg Petani. 
Agenda : Nak pi raya


Ni akak ...dengan my only son Ammar..pakai .seluar hijau K-POP...


 Ni Cik Yah la ni dia tukaq nama glemer sikit Ira. Dia pun ada blog ampa boleh baca coleteh dia kat SINI. Sebelah dia yg rambut rebonding tu  daddy, echa and muaz. 


Yang ni Suhaily. Kami panggil dia Shelly Kura.. Pasaipa..lambat segalanya. Tapi dalam kerjaya dia berjaya ok. 


Yang ni Yatie org Seberang Perak, Aloq Setaq mai noooo. Hubby tak bawak pasai bajet nak gelak besaq. Bawak hubby dia kena control ayu. Anak dah tiga, Kak Long, Kak Ngah and Fitri. Dah jadi geng dengan anak akak tau. 



Ni pulak kawan aku Izah dgn anak-anak teruna. ooo ampa semua pakat pakai baju tema segala. Mentang-mentang darling I takdak. Kawan akak ni nmpk macam lemah lembut control ayu. Nampak saja ok !!!!! Tapi urat dawai tulang besi. 



Yang tema merah segala ni kawan aku As. Nama glemer dulu2 As Jala.  Pasaipa ....RAHSIA. Anak dara segak2 cepat laku ni. Yang comei kecik tu Ammar yg sporting baby. Mama dia bersembang bagai nak rak dia menten comei ja dlm stroller. 


Last sekali fren akak Zila. Bukan Zila Bakarin ok !!!! Hubby mmg best sporting. Anak dara 3 orang sorang suka majuk-majuk.....Hero dia dah melazer mak dia kalau sembang smp tak ingat dunia. 




Sessi photo anak-anak. Mak-mak semua sakit tekak terjerit2 nak atuq. 


Setelah beberapa kali snap ni ja lah yang terbaik pun.  Penat ooooo. Boleh la tu anak-anak oiiii drp takdak lansung, Yg best tu semua pandang camera ikut mak -mak masing-masing. 




Ammar dengan Haikal. Sorang tecikkk sorang besar .......



Aku sibuk-sibuk dekat bilik ampa dok posing2 sini. Ini tidak ADIL.

^
^
^
^











Last word....


Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya. Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela. Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.

SEKIAN- TAMAT-







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...