NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Selasa, 30 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC




Kerusi yang menjadi saksi bahawasanya aku menunggu sampai kebas punggung. Lokasi kejadian ruang legar PWTC depan CIMB Bank. Salam...salam semua rakan bloggers hari ni nak buat entri pasai
 PESTA BUKU ANTARABANGSA lagi. Selepas dah berjanji setia aku dengan BFF nak p terjah pesta buku secara berjemaah.
 Plan tak mau p waktu weekend satg buku tak nampak kepala orang yang penuh. Walaweiiiii hari isnin ketika pukul 9 pagi orang dah ramai merenyutt. Banyak grup dan rombongan budak2 sekolah yg mai sebelah pagi. 


Lokasi pertama kami terjah publisher Karya Seni terletak di Bilik Melaka. Semua novel yang best2 giler. Fren-fren aku semua dah mula melaboq duit tang sini. Kawan-kawan aku ni  memang hantu novel.  Sek bek aku tak terasuk sama.




Cer tengok masing-masing dah seropa orang meroyan pun ada. Semua depa nak beli. Aku pun hampir nak meroyan jugak tengok novel2 tu tapi kontrol cun  ja la. Zaman dah berubah aku lebih terarah dengan majalah2 fesyen dan perkahwinan. Sesuai la dgn kerjaya aku ok !!!!  


Pa..dia la yang lawak sangat si shelly tu , Bukan beli majalah UJANG pun...Lawak Kampus pun bukan.. yang gelak tak mau mau tu. Konpius aku !!!!


Ok cukup-cukup sudah p beratoqq..bayaq..banyak lagi booth len nak p. Hasil hunting mak-mak budak ni novel :

My Precious Iris karya Melur Jelita
I Love You Stupid karya Melur Jelita
Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah


Shelly


Asmiza


Zila


Beralih ke Dewan Tun Hussein Onn pulak ada himpunan buku-buku terbitan PTS Publication. Kat sini penyertaan drp Embassy Of Saudi Arabia pun ada. Pak arab hensem2 oiiiii




Booth ni kalau aku bawak Ammar mau rebeh bahu aku dengan RM. Semua dia nak angkut. Hasil rembatan aku dua buku ni je la for my son. Dia memang peminat tegar Lawak Kampus and komik seangkatannya. Sebab nak menerapkan minat membaca dari kecik kita sokong ja la anak-anak kita kan.



Kawan-kawan aku kat mana? Tu cuba ampa temgok dah tenggelam dengan orang. Gigih mencari buku. Zila yang rembat kat booth ni kalau tak silap aku booth terbitan Jemari Seni. 


Ohhhh I'm in love dengan deretan2 novel remaja ni. Kalau p Pustaka Rakyat kat Sg Buloh usha2 jugak. Kenape ?? Sebab tertaksub dengan cover buku yang super cun da cute. Opkos banyak tema PINKY. Kebanyakan hasil karya 
Ain  Maisarah memang sangat berbakat. Ni la rupa wajah penulis novel remaja. Comei tak kak ton ?????





Wowww....best tengok TAJUK. wink wink....Gabungan pink dan pepel memang sentiasa SERASI BERSAMA.
 Mak-mak dah penuh soping novel. Sekarang time beli novel anak-anak remaja la pulak. Semua nak beli oiiiii semua buku comei.


Ada ka sapa2 nak ambik jadi model mak-mak budak ni. Aku siap sedia menjadi manager.


Beralih ke tingkat seterusnya As dah mengadu lapaq. Hmm kami semua dah bedai makan awai2 lagi. So singgah sat minum-minum kat cafe di ruang legar tingkat satu. Mekasih shelly sebab belanja kami. 







Sebelum makan posing dulu. Makan sandwich dok berejam. Sek bek tak kena halau. Dah la bising sembang gelak sembang gelak. Tu la rutin kami bila jumpa. Sesungguhnya hari ni sangat best dan akan mencatat satu lagi kenangan manis antara kami..hu..hu.hu...







Ni la novel hasil rembatan kengkawan aku. Jumpa lagi tahun depan di
Pesta Buku Antarabangsa 2014. Sesiapa yg belum berkunjung masih ada masa sehingga 5 May 2013 bersamaan tarikh hari Pembuangan Undi bagi seluruh rakyat Malaysia.
Kami takdak kena mengena dengan mana-mana parti politik ok. Warna adalah secara kebetulan. 
 Jom kita ke agenda seterusnya...WINDOW SHOPPING !!!!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...