NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Sabtu, 8 Februari 2014

DIY Centre Piece Meja Pengantin/Tetamu

Salam semua...


Hari ni nak story pasai DIY centre piece meja makan pengantin dan meja makan tetamu pengantin. 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Lidi
Gam
Tin Susu
Kertas Pembalut
Bunga Recyle
Surat khabar lama/Span Bunga (ikut mana dan)
Design Sendiri



Memula ampa design la sendiri nak buat pesen lagu mana signage kat atas tu, Kalau tak berapa nak ada bakat ampa leh la google printable design pastu tambah tambah ja la ayat-ayat sendiri. 



Tin susu terpakai yang dah lama kumpul. Cuci bersih buang besi besi tajam tepi tepi tu. Satg luka tangan pulak. Gambar ni sebelum di proses. 



Lepas tu ampa balut la tin tu bagi nampak semenggah comei sikit la no. Ampa leh ja balut ikut kreativiti masing-masing. Guna pembalut hadiah ka. Tapi aku guna reben kertas. Semuanya recycle. Sep..Sep...



 Bunga yang maklang aku nak buang mak aku kutip ambik. Dia tanya nak pakai ka nak buang. Jangan dok buang la mak oiiii....Tunggu sat ada guna ni..


Hasilnya selepas SIAP....Satg ada pulak yg tanya la ...nak buat camna kak. 

Ishhh ..ishhh ampa ni manjers sungguh. Senang ja pun. Kalau ikut folo cara kedekut aku sumbat ja paper lama dalam tin tu.
 Tapi kalau nak hasil lagi kemas letak span bunga tu. 
Lepas tu ambik la bunga bunga cinta tu susun ikut kreativiti. Tujuan nak tutup span or paper lama tu. Lepas tre cucuk la lidi yg kita dah tampal dengan sticker. Final lekat la reben untuk memaniskan lagi penampilan.. Hi ..hi.hi...Ha..senangkan...Cepat p buat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...