NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Jumaat, 7 Februari 2014

Tutorial Bunga Crepe Giant

Salam...salam..tak jawab dosa..jawab dapat pahala..PEACE

Hari ni aku nak share projek diy aku untuk menghasilkan sendiri pelamin. Untuk menjimatkan kos bunga aku dah decide untuk buat bunga drp kertas crepe. 
Projek yang sangat simple semua orang boleh buat dan hasil yang sangat ohsem.
Ampa leh la google kat youtube untuk tutorial yang lebih jelas. 

Bahan-bahan 
Kertas Crepe 10 pcs
Pisau/Gunting
Dawai/Reben
(Aku prefer ikat dgn reben)


Bentangkan kertas crepe macam kat bawah. Aku guna 10 helai. Lagi banyak lapisan so bertambah la kelopak dan lebih cantik. Aku tak gunting kertas ni coz nak buat giant flower. Kalau nak saiz kecik gunting je la kertas crepe tu ikut saiz yg ampa nak.


Pastu lipat macam nak buat kipas lipas...Lepas dah sampai ending ampa ikat dengan reben. Sebab apa aku prefer guna reben coz lebih mudah  berbanding dawai. Tangan pun tak sakit nak ketatkan ikatan. Lebih kemas aku rasa. 


Lepas dah ikat segala.. gunting hujung bentuk scallop. Ni optional tak gunting pun takdak masalah negara pun. Tapi nak nmpk efek lebih cun melecun ampa guntinglah jangan melawan. Ok dah belummm...


Akhir sekali...ampa bukaklah setiap lapisan kertas tu. Bukak dengan penuh kasih sayang. Nampak tak??



Tadaaaa.....dah siap. So ampa boleh lah hias ikut kesesuaian majlis. 





Ni la hasilnya DIY pelamin bersanding adik aku. Tak siap lagi ni...Bunga crepe gedabak tu letak kat tengah2. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...