NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Khamis, 4 April 2013

Travelog - Makan Hangin Di Haytai

Hatyai Part 1

Lepas makan kami terus  pegi check in kat hotel. Dah melekit-lekit badan. Maklumlah kan sekarang cuaca sangat2 panas. Kami ambik hotel yg biasa kami check in sebelum2nya. Mak aiiii rate dah naik.. Cekik darah betui. Dulu RM50 semalam dapat 2 katil queen. Redha je lah. 

YONG DEE HOTEL
Taraf : 2-3 bintang kot
Lokasi : Bersebelahan jalan Pink Lady dan Central

Rate terbaru bermula May 2012.
Bilik Double - RM90.00 (Ada dua katil queen)
Bilik Single - RM70.00 (Ada satu katil queen)





Bilik berhawa dingin. Bersih. Yang tu yang paling penting bagi akak. Ada TV melambak channel Siam. Budak-budak duaorg ni leh ja layan katon Siam.
 Ben 10 cakap siam pun depa leh gelak. TV3 pun ada toksah risau kira sentiasa akan updet berita terkini hiburan sensasi. 



Model tak berbayar. Echa always nak enterprem. 




Pandangan sebelah depan hotel. Ada dua ekoq gajah dok jaga. 

Kemudahan
Indoor Parking (Tak payah risau kereta selamat)
WIFI (Area front office shj. Boleh mintak code wifi di reception)
Money Changer
Mini Bar 

------------------------------------------------------------------

Lepas dah mandi wangi2 segala kami keluaq utk ronda-ronda. Kali ni kami ambik Tuk Tuk ja senang pergerakan. Harga THB20 sahaja utk satu kepala. Lokasi pertama Bazar Hatyai atau Market. 

^
^
^

Senyummmmmmmmmm..... 



Pasaipa pulak yg awek siam tepi jalan tu senyum jugak. Takpala senyum kan sedekah. Sila senyum banyak-banyak.



Ni dekat tingkat atas sebelah depan bazar. Fully aircon...Uncle madi dah penin tengok cap. Niat dia hati nak sambaq cap DC. Bazar ni ada bnyk bahagian. Sebelah depan ada dua tingkat. Sebelah belakang pulak ada bnyk lagi tingkat. Tapi dah lewat kami tak leh nak xplore semua, 


Aunty Irah dah mula speaking london dengan siam ni. Akak masa ni tengah2 soping baju kat dalam. Ropanya dia dok bekenan dengan tudung chiffon layer akak tau...Siap dok tanya kat mana nak dapat kat Malaysia. So dua-dua laki bini dok kelentong sakan la.  



Seluar budak cantik2 la xpecially saiz budak2 kecik. Design- K-Pop kaler maler. Akak suka. Aunty yah rembat seluaq kat muaz. Tengok dok mintak tawaq. Dah murah nak murah lagi. Depa kat atas ni kebanyakan boleh ja cakap Melayu basic2 so urusan menjadi mudah. Kalau yg tak reti melayu tu kalkulator la jadi penghubung. 
Dak Ammar sila tengok ja coz awak takdak saiz.



Suka tengok gambaq ni. 


Peluh dah bercerau kita minum dulu. Unik kan balang ayaq depa. Dalam tu semua ayaq buah-buahan. Harga akak lupa pasai papa yg bayaq. Akak sentai minum ja. Pastu kami sambung ronda2 sebelum balik hotel. Malam kami keluaq pulak cari makan. Malangnya hari ni takdak pasar malam kt Greenway hari Rabu baru bukak.
 So ronda-ronda je... lah kat area Central and Pink Lady.


Ni kat depan LeeGarden Plaza yang kononnya kena bom tahun lepas. Kawalan keselamatan agak ketat. Sebelum masuk kena check bag dulu. Ada sumber2 kata tong gas yg meletup. Tak tau la yang mana satu sumber yang betul. Semoga kita semua terlindung daripada kejadian-kejadian buruk hendaknya. AMIN.



Tengokkk !!! Orang nak masuk dalam depa dok loqlaq tang ni lagi. Cepat la bebudak oiiii duit dah gatal2 nak keluaq ni. 



Tempat tujuan kami kedai kasut ni. Akak seriusly tak pernah masuk w/p dah belambak kali mai Hatyai ni.  Irah yang memperkenalkan kedai kasut ni. Ampa nampak tak berjuta kasut...murah2 wehhhhhhh Ni baru tang bahagian gegirl punya kasut. Akak dah ilang akai dah. Kretip-kretip la kasut and selipar depa ni. Salute betoi kat org2 siam ni selalu berfikir di luar kotak. Ampa layan la dulu selipar-selipar ni. 







Ni ha kedainya UDOM SHOES. Lokasi dalam LeeGarden Plaza. Kasut ladies aku lupa nak snap. Sebab tergegeh sangat dok tgk kasut. Sampai lupa ingatan seketika. Bagi penggemar2 kasut jenis peep toe, pump shoes, platform mmg sini la tempatnya. Macam-macam design. Akak ni tak leh nak beli balancing takdak. Satg terpeleottttt....



Ni pulak bubble bag. Sumpah cantik ampa. Aduhhhh time2 aku bajet nak beli benda len benda len yg aku jumpak. Mak sangat tention ok. Yang besar gedabak ni harga dalam THB600 ..convert duit kita dalam RM60 lebih camtu. Amoi siam tu dok ngenyeh ja akak dok snap gambaq kat dlm kedai dia.
 Tima kasih amoi. Nnti saya datang beli tau. 



Dah penat round2 usha kasut. Posing dulu. Walaupun muka meqelit-meqelit tapi ampa tak nampak pun cameraman dah cover baik punya dgn teknik photografi. Agenda seterusnya makan time. Dah lapaq gila dah ni. Lapaq ja gila aku tak gila okkkk...Tapi sebelum makan budak kecik ni dari tadi nak beli menatang shelly ni. Selagi mummy tak beli mmg tak aman la kami nanti.


Servis dah bertukar tangan. So paham-paham la mummy. Abg Ammar tak payah ngade nak beli awak dah besaq. Nak flash back balik 10 tahun lepas ni...Masa aku preggy dak Ammar ni aku ada mai Hatyai. Benda ni jugak la aku bekenan nak beli. Tah aku nak main dgn sapa pun tak tau. Maka darling I pun beli la satu takut dah balik KL mengidam mampoihhhh nak p cari bagi. Sampai ja umah mak mertua kami pun tunjuk la dekat dia...SUMPAH dia suruh buang. Pasaipa....dia takut kenan. Akak kan preggy masa tu. Dengan muka seposen laki aku pun buanglah si shelly ni. sob...sobb....Nak buat camna kena la dengaq cakap org tua. Menantu mithali la konon. 











Kami decide makan ringan-ringan dulu. So beli dulu dekat Ammar selagi tak makan mama dah sakit telinga dengaq lapaq...lapaq..lapaq....Pilihan dia mesti PULUT DURIAN. Harga THB60. Pulut sikit sangat boh durian yg nmpk besaq. Very the...Ok makan dulu ye anak. Kami bantai makan depan gerai ni ja. malas nak p cari tempat duduk. Nama pun pelancong bajet kan. 




Makan-makan jugak..posing tetap posing. Masa ni akak tengah dok pikiaq nak makan PULUT AYAM or PULUT MANGGA. Kang aku bantai makan dua-dua satg mau tak bangun esok pagi.
 Lastly PULUT AYAM jadi pilihan tak tahan tengok ayam merah2 tu.
 Harga ayam sahaja THB70 tambah pulut THB10. Pasaipa trip aku kali semua brg naik harga ha....Biasa harga THB50 ja pun. Semua cekik darah ni.  Dah teringin bantai ja la. 




Kalau ampa nak makan kat Restoren Hamid ada ja kat belakang Central ni. 


 


Last shopping for today. Dari tadi kami dok usha rantai Owl. Harga THB180. Kami beli dua sorang satu dapat dalam THB120. Yahuuu puas hati....Pic kat bawah ni akak ambik dekat google. Gambaq akak snap Ira pakai tah mana ilang pun tak tau. Penin aku nak cari. 
Gambaq dalam PC aku ni dah la beribu lemon.



Satu lagi aku beli wedges gedabak ni. Harga THB200 sahaja. Color ni je la yg ada pun saiz aku. Yang kaler merahnya makngah tu rega THB200. Yang htam meqelit tu THB180 only. Flat jelly bunny akak beli kat atas central rega THB190.







Lepas beli dan belah mai pekena teh tarik depan LeeGarden Plaza ni. Kalau p Hatyai tak pekena teh tarik ni maknanya tak lengkap lawatan ampa tau. Apa yg spesel sangat ???? Mai sini nak habaq...rapat sikit nak cerita.. Tu nampak dak dalam periuk kat bawah tu ada apa ? Ha..DAUN PANDAN. Ayaq panas masak dgn daun pandan. Compom la ayaq depa bancuh semua jadi wangi dan sedap. Serius secawan rasa tak cukup. Tang ni jugak depa juai nasi lemak ayam. Tapi kami dah kenyang makan pulut tadi. Sapa suruh makan pulut mahai.
 PADAN MUKA.





Lokasi betul-betul dekat Mc Donat. 


Ni la ropa ayaq teh ais akak. Semua depa boh dalam cup mcm ni. Habih minum campaq dalam tong sampah. Harga THB20 saja ok. Rasa  5 bintang. Cukup kot.

Dah..dah jom balik...sakit lutut dah ni....otw nak balik p jumpa benda ni pulak dah. Echa dgn aunty dah ketaq tangan nak beli ni. Harga THB350 saiz sama tinggi dengan baby 1 tahun lebih kot. Besaq kan. Mau aku tak gedik2 sama nak beli. Ada satu lagi kaler putih adoiii cantik gila. 




Sampai hotel dok lepaks dulu kat reception update status kat FB.
 Akak lekkkk je. Yang baju oren tu yg over. Ketaq tangan dok upload gambaq. Almaklumkan dia paparanzi kami. So berita kena la cepat  Aunty Irah tak puas hati lagi soping. Sambung soping lagi area depan2 hotel cari baju muaz. Akak dah malas dah lotihh. 


Uncle sharin dok layan budak2 dorang ni. Depa dok buat telenovela. 
  
Watak utama burung tu : Shelly
Echa sbg  Puan Nisa
Ammar sbg En. Amirul.
Akak jadi penonton. 


Geng ibu-ibu dah balik bilik nak mengeram sambil chit chat esok nk soping apa pulak. Duit tinggai banyak mana lagi kena kira dulu. Geng bapaks keluaq pulak cari makan. Depa jumpa burger ni kat ujung jalan. 
Nampak burger Ramly pun ada kat hatyai. 



Oklah dah panjang berjela n3 akak ni ampa pun dah tersengguk-sengguk pa dok baca. Jangan muntah darah sudah....

----BUBAI....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...