NAK JOINT

Mai La Klik Tengok Promo Best

Rabu, 3 April 2013

Travelog Hatyai -Sawadikap Kap Kun Kap - Yeahhhhh Hatyai Again

Salam uollsssss....


Lepas balik dari Pangkoq terus balik kg kat Kedah. Kami together2 konvoi 3 biji kereta. Sebelum balik sempat lagi singgah Kuala Sepetang pekena Mee Udang. Meletopppp beb..Hari Isnin pegi buat border pass dulu kat SP. Lepas semua dah setel hari  selasa pun bertolaklah dengan my BFF Ira. Kami p dua family naik keta aku. 





Lepas dah penuhkan tank minyak maka bertolaklah kami menuju puncak...BUKAN menuju sempadan Malaysia-Thailand. Friendly Reminder jangan isi minyak dekat Thailand ok..sebab harganya MAHAL. Pesanan dari penaja. Berhenti dulu kat Imigresen Malaysia sila cop border. Buat lintas lansung tabik hormat dekat pak imigresen. Lepas tu bedesupppp masuk sempadan. ooo lupa nak habaq mai kami masuk ikut Bukit Kayu Hitam. Lepas tu keluar berderet mcm anak ayam cop border dekat Imigresen Thailand. Bayar RM1.00 duit ufti. Jalan............Turn papa pulak pegi setel bab kereta. Kami tunggu depan kedai sambil posing2..update status  kat FB. very the gedik.


Wei awat lambat sangat laki aku ni. Dia p cop ka ...p wat pa kat siam tu. Kanak-kanak kandos dah gaduh lapaq ayaq segala dah ni. Alkisah dgn muka tin sardin ropanya dia kena compound dengan Imigresen Thailand sebab last keluar border tahun 2011 tak hantar salinan insurans balik dkt depa. RM200 tu adoiiiiii....Maka bermeetinglah kami sekeluarga. Nak patah balik or nak teruskan perjalanan. Aku dah sentap dah ni.....MIGRAIN. Irah cakap camnilah kita share sorang separuh bayaq compound tu. Adoiii mana la nak cari kawan sebaik hg. Sanggup susah payah sama-sama. Ni buat akak sedih ni.....So lepas p tukaq duit BAHT n setel saman kami teruskan perjalanan dgn agak sebal di dada. Tapi positifkan diri. Mungkin ada rezeki lain menanti kami. Hanya ALLAH sahaja yg tahu. AMIN.

Ok perjalanan ke Hatyai ambik masa lebih kurang 1 jam lebih. Dekat ja pun. Destinasi pertama jalan-jalan cari makan. Cacing-cacing dalam perut semua dah buat demonstrasi mintak makan. 


Gigih sungguh bebudak dua ni baca newpaper, Yg dok kat mesia ni jgn kata nak baca tengok pun dak. Yang dok tulih siam ampa gigih berebut nak baca. Very the. Restoran pertama kami singgah tapi takde makanan goreng-goreng. Petang sikit baru ada so sila berambussss. So pusing lagi cari kedai makanan yang HALAL. Yang tak halal melambak-lambak.

Finally nampak satu kedai depan DIANA Department Store (suparmarket la senang dok store apanya). Jom terjah...Sebelum tu papa parking keta di tempat yg selamat ok takut kena pound-pound lagi sekali. 




Kami lunch kat Kak Sah Muslim Kitchen. Memang sedap. Service pun cepat je. Harga pun berpatutan.


Akak order Nasi Goreng Ketapi. Sebab apa ??? Sebab tak pernah dengaq apa jenih nasi goreng la ni. Hidang atas ketapi ka?? atau dihantar dgn ketapi ka???? So jom kita cuba. Ammar pun cibuk jugak nak tiru mama. Oklah nak nasi goreng ketapi dua.




Ni lah ropanya nampak mcm tak menarik kan. Akak mula-mula conpius gak nasi perasa stoberi ka. Kaler pink ok....Tp dlm gambaq ni tak jelas pinky pinky nya. Tapi rasanya mak aiiii sedap jugakkk....Kena pulak dengan teh ais siam yg mmg terbaik. Syukur alhamdullilah kenyang.


Aunty dok ambik order...Kelas kau ...Bukan leh harap sangat bebudak pattani ni. Satg len kita order lain depa hantaq. ha tulih sendiri senang. Hambekkk. 







Ni bukan iklan buat batuk cap ibu dan anak ok. Ni adalah serbuk pepper aka lada putih. Buat taboq atas nasi goreng. 



Sebelum balik snap foto dulu.  




Dan lagi..

Kos makan untuk seorang 

Nasi goreng Keretapi : THB40
Teh Ais : THB20
Jumlah : THB60

Kadar tukaran setakat 26/3/2013 bersamaan THB10 = MYR9.35.  Memamg timing tak kena  waktu ni pegi Hatyai coz duit kita jatuh agak banyak. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...